Thursday, November 10, 2011

Bosan rupanya

 Salam alaik..
tak lama lagi rasanya blog ni akan gulung tikar..
aku memang tak menyempat semenjak masuk Gombak nak update apa-apa..

hmmm..
sibuk..serius busy..
cuba untuk mencari masa untuk diri sendiri.
demam, cirit-birit, hampir asma, batuk n selesama tu dah bole adapt dah ngan diri aku kat Gombak.
tapi enjoy la...student life  kata orang.
maka...live the life lah kan..

pastu, assignment punya pasal..sampai bole gadoh2 sampai demam..HAHA.
very lembik la afuan wehh..
midterm exam pulak..
xpa..yang ni ok ja..sebab aku memang bukan jenis yang stay up.
mata aku ok..tapi otak aku jammed.

kepada sesiapa yang ada masalah...any kind of masalah ...
be calm..follow ajeeewww...
kalau masalah ngan manusia, mintak maaf tapi before tu bawak bawak la BERBINCANG
kalau ada masalah ngan buku, rebus ja buku tu ok..
nanti ok la tu.
adios..



Loading...

Saturday, October 1, 2011

Out from Comfort Zone

Salam alaik tsheeeeeeeeeemuaaa..
sebulan lebih aku tak buat post baru dan jujur aku tak blogwalking.
biasa..aku aku kat UIA memang malas nak online. sebab utama : LOADING.
nama blog aku  LOADING pon ada kaitan dengan masalah kelajuan siput babi internet disini. harap maaf

ok ok.. straight....I  am officially an IIUM Gombak student now after the bai'ah ceremony.
well.. taa'ruf week is the very very 'best' ever. Tak boring langsung. Seroiusly proportional.

Lepastu add and drop course session..
the very very 'best' jugak sampai kena buat manually.
kaki aku macam dah nak tercabut nak cari lecturer bagai mintak signature.
maka sem depan, aku akan jadi seperti pelesit untuk merampas group/class yang aku nak secara online.
total credit hour for this semester : 12.5
ya sangat sikit gila.

datang pulak PTPTN.
terima kasihlah sebab susahkan aku..
kena apply lagi sekali lepastu aku akan dapat duet pinjaman tu lambat.
(aku memang suka isi borang ribuan kali)

Maka, kesabaranku amat dicabar selama aku duduk kat UIAM Gombak ni.
tak..tak..bukan salah UIAM..salah aku senarnya =.="
mahallah/ asrama aku jauh gila dari kelas...
kbai.

Thursday, August 25, 2011

khamis yang spontan #1

Salam alaik. #25 Ramadhan

Tiba-tiba tadi aku nampak status member aku yang meng'quote' kan ayat-ayat terbaek Maria Elena. Alaa, yang pasal hijabers tu.

Tiba-tiba aku terfikir, kenapa sebelum ni kita dok dengar ceramah, bukak youtube pasal aurat kita tak terkesan pon. (maksud aku kepada yang tak terkesan la, contohnya aku)

Tiba-tiba baru aku teringat, writing is an art of Psychology.

Tiba-tiba baru aku terfikir, writing is an art of Communication.

Tiba-tiba aku rasa, Writing may influence readers :)

Tiba-tiba aku rasa, bloggers have their own creativity and they can also influence people indirectly !

Tiba-tiba aku rasa, wow!! aku pon seorang blogger :)

Tiba-tiba aku rasa..ok...perasannya aku. sekian.



p/s : Selamat HAri Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin
p/s 2 : Tqvmlove Cik Soly for the very first card raya for this year :)



Loading...

Tuesday, August 23, 2011

Matang

Salam alaik... #23 Ramadhan

PTPTN aku dapat full. big thanks..

Bahagia bila dapat tahu kawan segelak sekamceng sudah matang
Tahniah

Gembira bila dapat tahu sahabat sebilik semeja sudah menjadi orang berwawasan.
Tahniah

Aku?
Bila?
Lupakan...



p/s : nak jahit manik kat baju....


Loading...

Monday, August 22, 2011

Gajiku~Pemergianmu~

Salam alaik. #22 Ramadhan

Ayahku pulang dari kerja lepastu bagi tahu bos aku dah kasi gaji.
RM850. esok aku cashkan ok.
alahaaiii..aku bajet bos aku nak kasi sekali duet raya cukup RM1000..hahaha
apakan daya...aku hanya kuli~~wuu~

esok..nak bank in entrance fee UIAM Gombak = RM310
top up duet spect baru = RM200

alih2...RM850 tinggal 2 ringgit sengah ja nanti..
apalah naseb..
tu la hampa ni...
waktu ada duet beriban2 takmau simpan...joli sana sini~

la ni nak buat apa??

senyum..tak perlu kata apa-apa


ngeh3...
ahaaai duet...kusangkakan ku bisa berjoli lagi denganmu..
apakan daya hamba...dulu menjoli tak ingat nak simpan...


p/s : wuuu..mintak maaf semua..tak dapat nak blogwalking lebat2 sebab buat kueh raya...


Loading...

Friday, August 19, 2011

Berkongsi Rasa

Salam alaik. #19 Ramadhan

ahaaa..lama tak buat entry baru.
So, harini mari berkongsi rasa dengan saya~

Apa yang menyebabkan anda membuat pengakuan 'seseorang' itu ialah seseorang yg paling istimewa untuk awak semua??

sebab dia memahami awak?
sebab dia mencintai awak? (wekkkk!!)
sebab dia selalu buat awak tersenyum?
sebab dia selalu buat awak bahagia??

Eh, betul ka? awak benar-benar tahu maksud bahagia? ^^
Secara personal, BAHAGIA ialah berkongsi rasa

kongsi rasa menyampah
kongsi rasa geram
kongsi rasa baran
kongsi rasa cemburu
kongsi SEMUA rasa
dan tidak semestinya rasa 'seronok' sahaja.

bila awak-awak semua kongsi rasa ini, barulah bahagia itu akan datang dan anda akan saling menghargai kerana bukan calang-calang orang yang dapat berkongsi semua rasa dengan awak. Percayalah.



Mungkin anda kurang fahan dengan kaedah BERKONGSI RASA ini. Tapi setelah anda berjumpa dengan Mr Right atau Princess.. anda akan tersenyum :) Bila?? ouh...di luar bidang saya :)
Dan disetiap badai yang menimpa pada hari ini, ingatlah, disitulah kekuatan akan terbina.

Selamat Berpuasa !!



Loading...

Monday, August 15, 2011

Berhenti kerja | Sambung belajar

Salam alaik. #15 Ramadhan

Ya Allah..
Hari ni last day aku kerja.
Tak sedih pon.
Nak prepare masuk UIAM Gombak pulakkk..
Borang scholar+PTPTN dah hantar.
Revision belum.
Isi borang enrollment belum.
Bayar yuran belum.
Beli barang-barang belum habis.
Baju raya pon belum siap..haha..ada plak kena mengena.

Apa-apa pon. Go Afuan !! 4.0 for every semester??? hoyeahhh!! -__________-



dan untuk semua yanag akan sambung semester pada bulan September lepas raya ni.
Belajar rajin-rajin.
Jangan nak enjoy manjang.
HAVE A LIFE


Loading...

Sunday, August 14, 2011

EINSTEIN SEORANG DISLEKSIA

Salam alaik. #14 Ramadhan

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.

Sebenarnya aku tengok movie Taare Zameen Par tadi. Cerita tu pasal seorang kanak yang bernama Ishaan yang mengalami gangguan DISLEKSIA (Dyslexia) tetapi ibu dan ayahnya tidak perasan mengapa keadaan anaknya sangat teruk dalam pelajaran. Jemput lah tengok, harus menangis punya lah.




Dyslexia disorder ini tidak mempunyai ubat untuk menyembuhkan tetapi hanya perhatian yang dapat memajukan seseorang yang mengalami gangguan ini. Sekali pandang, orang yang mengalaminya kelihatan normal. Mungkin disekolah, golongan ini diperlekehkan kerana 'kebodohan' mereka. Padahal, daya imiginasi mereka amat tinggi mengalahkan guru besar sekolah mereka. Kreatif.




Beberapa cendiakawan dahulu mengalami gangguan disleksia ini antaranya Albert Enstein (Physician), Leonardo da Vincci (genius creature) dan Edison (yang mencipta mentol). Mereka tidak boleh membaca dan mengeja pada awal kehidupan mereka. Tetapi, lihatlah. Mereka ialah golongan yang banyak buat perubahan kepada dunia ini. 

Setiap kanak-kanak mempunyai bakat sendiri.

Jika hendak anak-anak berlumba. Jangan pelihara anak-anak tetapi peliharalah kuda-kuda.


Life is all about GIVING CHANCE and totally not about GETTING NUMBER ONE.

but now, he's still alive


sumber : http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179 dan Google

p/s : tengoklah movie tu..sangat menarik..bukan cerita cinta. tadak banyak menari-nari :P


Loading...

Friday, August 12, 2011

GA | Kad raya dari Solicious StoriNori

Assalamualaikum kawan-kawan. #12 Ramadhan sudaa...

nak habaq mai ni...ni nak mengurat Cik Solicious StoriNori dapatkan kad raya untuk tahun ini..


salam ramadhan untuk cik soly jugak!

hik3...last dapat kad raya waktu tingkatan 2 rasanya. Member-menber kasi..Eksited gila ni dapat kad raya.. Rasa mcm retisss gitu orang hantar kad raya...Tapi lepas tu raya tahun lepas ada jugak org hantar tapi x pos la..dia bagi by hand..tapi ok la..dapat jugak an...


Btw, oh Cik Soly....adakah potensi untuk saya mendapat kad raya? HAHA..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA !!



Loading...

Sejarah ini dipadam | Indon vs Melayu

Lokasi : Di sebuah perkampungan di Kedah Tua
Masa : Selepas Subuh adam
Masyarakat : Melayu + Indonesia


Cerita bermula apabila masyarakat Melayu di Kedah Tua menjemput masyarakat Indonesia untuk membuat persembahan tarian Jawa di sana. Sungguh asyik masyarakat Indonesia menari-nari dengan lemah lembut. Para jelita yang menari bersanggul dan memakai baju kebaya pendek sedondon semuanya. Sungguh ralit. Tetamu yang hadir sungguh terpukau dengan liang lintuk.





Punca :

Tanpa diduga selepas acara tarian, tiba-tiba ada seorang penari itu menjerit bahawa ada barang yang dibawanya hilang dan dia menuduh masyarat Melayu Kedah Tua lah yang telah mencuri. Masyarakat Melayu yang penuh dengan adat dan sopan terasa dicabar bila dituduh sebegitu. Maka pada malam yang ditemani purnama mengambang itulah menjadi saksi darah masyarakat Melayu dan Indon telah tertumpah di bumi Kedah Tua. Beberapa orang Melayu dilarikan ke Indonesia termasuk seorang perempuan jelita di kampung itu. Maka bermuram durja lah seluruh kampung.





Perkembangan :

Selepas empat kali purnama, perempuan yang jelita itu dapat melarikan diri semula ke Kedah Tua menaiki sampan yang dicurinya di tebing laut. Dengan bersaksikan kejora yang bertebaran di semesta, ombak badai dia tempuhi untuk kembali ke tanah tumpah darahnya. Mengikat selendang merah di pinggang sebagai simbol semangat membara.

Sampai di muara Kuala Kedah, dia terus berlari mencari rumahnya. Ibu dan tiga orang adiknya sedang dalam ketakutan kerana masyarakat Indonesia masih belum berhenti menyerang Kedah Tua dan negeri sekitarnya. Lampu minyak tanah sengaja dipadam bagi memastikan puak Indon tidak menyerang di rumah itu. Mereka semua terus berpelukan.Dan menangis dalam derita kebahagiaan.






Klimaks :

Malang tidak berbau. Puak Indon berjaya menghidu darah Melayu di rumah itu. Perempuan jelita itu sekali lagi dibawa lari ke Indonesia dan rumahnya terbakar dan seluruh keluarganya ditanam hidup-hidup. 


Pengakhiran :

Tiba-tiba aku terjaga dari mimpiku. Dan tamatlah peperangan itu.



p/s : jangan marah aaa...(aku rasa mcm tak jadi ja)
p/s2 : SELAMAT MEYAMBUT HARI KEMERDEKAAN !!!

sumber : mimpi+otak merapu


Loading...

Thursday, August 11, 2011

High Speed Potography

Salam alaik.. #11 Ramadhan

ok..hari ni kita ringan-ringan ja.
semua gambar-gambar ni akau amik kat photobucket.
selamat mencuci mata!!





















cantik kan?? cepat gila photographer tu tangkap...
aku yang 'parkinson' bila tangkap gambar ni...asyik gegar ja...haha..
ok dah... selamat berbuka!




Loading...

Wednesday, August 10, 2011

Lagu MERDEKA Pilihan.

Salam alaik...hihhi...nak join segmen Musicbrilliant ni..hehehe.. ni la lagu yang paling saya minat...dari sekolah rendah memang lagu wajib ni..hihihi...






TANGGAL 31 BY ALLAHYARHAM SUDIRMAN HJ ARSHAD





lagu pilihan anda?? :)


Loading...

Siapa mampu NIKAH awal ?

Salam alaik. #10 Ramadhan

Siapa mampu nikah awal ? Aku tak mampu nikah awal. Sekian. Aku tak mampu nikah awal sebab aku tak bersedia untuk menggalas dua tanggungjawab yang sangat berat.




Tanggungjawab 1 : Kepada ibu bapaku yang telah memberi sepenuh kepercayaan untukku belajar bersungguh-sungguh

Tanggungjawab 2 : Bernikah dan memberi komitmen kepada suami sekaligus kepada keluarga mertua
.

Maka aku membuat pilihan untuk menggalas satu persatu tanggungjawab itu didahulukan dengan TANGGUNGJAWAB PERTAMA. Bagi aku, tiada apa yang lebih menggembirakan kedua ibu bapa kita melainkan mereka mahu melihat anak-anak mereka berjaya. InshaAllah akan aku laksanakan sehingga mereka tersenyum puas.




TANGGUNGJAWAB KEDUA aku akan laksanakan setelah berjaya mendapat segulung ijazah dan lagi molek selepas mendapat pekerjaan tetap. Inginku berkongsi gaji pertama bersama orang tuaku. (gaji yang ke seratus empat puluh pon kena share jugak).


Aku tak mampu menggalas keduanya-duanya sekali memandangkan bahu aku tidak sekuat mereka yang lain. Dan aku rasa setiap individu tahu kemampuan diri masing-masing. Aku pernah berbincang bersama pensyarahku, beliau berpendapat, biarlah belajar dan berjaya dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.


Kerana hanya yang sudah berkahwin sahaja yang tahu betapa beratnya tanggungjawab itu. Bayangkan, kalau sebelum nikah kita mempunyai 5 beradik, sekarang dah jadi 10 beradik. Kalau dulu ada 50 saudara mara,sekarang dah ada 100 saudara mara. Senang kata, semuanya sudah jadi dua kali ganda. Dan kalau setakat pihak lelaki menggunakan duet ibu dan ayah mereka untuk bernikah + kahwin..errr...bagi aku, DIA BELUM MAMPU MENYARA AKU.




Kesimpulannya, aku masih belum bersedia untuk bernikah. Anda bagaimana??




"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)



nota : sumber gambar dari Google dan Photobucket


Loading...

Tuesday, August 9, 2011

MERDEKA !!

Salam alaik. # 9 Ramadhan

MERDEKA !!!
Bulan Merdeka kan ?? semangat lah ni.


Jalur Gemilang

Sekolah Rendah

Selalunya sambutan kemerdekaan di sekolah disambut pada bulan September memandangkan 31 Ogos, 1 Malaysia cuti kan?? Murid-murid mesti seronok punya pada hari tersebut sebab tak payah bawak beg berat-berat.hohoho


Waktu sekolah rendah,cikgu-cikgu akan memastikan semua murid membuat 'songkok merdeka' masing-masing termasuk perempuan. hehe. Maka, macam-macam rupanya. Bintang yang mempunyai 14 bucu sering menjadi masalah kepada pelajar untuk estimate ruang melukis. hehe (termasuk aku)



tegok songkok adik2 tu..dulu kami buat sendiri.

Lepastu, ramai-ramai pakai sambil memegang lirik lagu Sudirman dan menyanyi dengan sepenuh hati

Tanggal tiga puluh satu...
bulan lapan lima puluh tujuh...
(sambung)
Sebelum itu, tidak dilupa menyanyikan lagu kebangsaan kita. Lirik lagu kebangsaan digubah dan seni katanya ditulis oleh Saiful Bahri.



Lepastu mesti ada pertandingan melukis dan mewarna bertemakan Hari Kemerdekaan. Dan aku mesti tak menang sebab aku 'memang pintar melukis+mewarna'. HAHA


Haaa.. terlupa pulak, pakaian pada hari sambutan tersebut ialah baju kurung, cheongsam, sari, baju melayu dan banyak lagi. Jeans+top tak dibenarkan.


Panjang kan entry aku kali ini. Maka, isi terakhir ialah Bunga Raya warna merah itu yang mempunyai 5 kelopak itu melambangkan 5 rukun negara.Mungkin juga bagi kita (orang Islam) melambangkan 5 rukun Islam ^_^


ada sejenis ikan suka makan bunga raya ni...ikan apa tah??

ANDA PULA BAGAIMANA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DI SEKOLAH ??




nota : gambar dari En. Google
p/s : tahun ni yang ke-54 okeh..

Loading...

Friday, August 5, 2011

Nasi Dagang vs 8 Rakaat

Salam alaik. # 5 Ramadhan (24 days left)

huuu~lambat online hari ni. Lenguh tangan isi tender.

Moreh..tarawikh..

Situasi di kebanyakan surau dan masjid dewasa ini ketika bulan Ramdhan menjelma.
Ramai manusia akan hadir untuk solat tarawikh berjemaah. Tidak kira lelaki mahupun wanita dan tak terkecuali budak berumur 6 tahun.

sumber : google

Semestinya jumlah jemaah masjid atau surau meningkat dengan mendadak.
Kalau sebelum Ramadhan, jumlah jemaah masjid hanya mencukupi saf(barisan) pertama sahaja.
 *kadang-kadang setengah saf
Tapi bila tibanya bulan puasa, Saf disurau tidak mencukupi. Alhamdu Lillah.Sampai begitu sekali.Baguslah, lepas Ramadhan bagai mana pula ?? Waktu subuh?? Zohor??


Bab moreh pula.

"Jah ooo Jah..kelasss Surau bawah rumah aku. Moreh nasik dagang. Surau kau mampoo??" Kata Bedah kepada Jah yang tinggal Kampung Pening Lalat.
sumber : google

"Weh kawan-kawan, malam ni kita serbu surau kat Kampung Niyang Rapik. Aku dengar imam kata malam ni moreh makan lemang dan rendang tok." kata Mamat yang berusia 6 tahun kepada kawan-kawannya yang berumur 15-24 tahun.

"Apa lah diorang ni..Buat moreh sikit,50 bungkus je kau tahu. Aku pon tak sempat merasa. Dah la malam ni makan roti jala cicah kari daging." Kata Melor kepada Melati.


"hahahaha...aku sempat tapau 10 bungkus nasi dagang moreh malam tadi..padan muka depa tak dapat moreh tu...HAHAHAHHA!!" bisik Mak Cik Embun kepada diri sendiri.


KAuuuuuuuuuuuu!! macam-macam kerenah kalau bab moreh. Semua peringkat umur masing-masing ada strategi untuk dapatkan moreh..hahahaha!!
Eh taklah...bukan semua. aku yakin yang membaca ni tak kisah bab moreh..

Kesimpulannya, entry aku tiada kesimpulan. Tapi aku nak hampa yang buat kesimpulan.
Apa tujuannya kita pi tarawikh?? Apa tujuan kita pi solat jemaah ??




Loading...

Thursday, August 4, 2011

Blog : Mari berbincang secara sehat

Salam alaik.. # 4 Ramadhan

Sebelum memulakan penaipan dengan lebih panjang, aku nak berterima kaseh kepada En RepublicAku (aku tak tahu nama sebenar beliau) kerana telah membuat entry yang sungguh mantoppp!! (ya aku sedang membodek) hoho.

Atas kecetekan ilmu aku, aku tak fahan sangat dan mula keliru dengan penulisan beliau. Tapi selepas berbincang dengan beliau dan Luqeem. Dah faham. hehe

Alhamdu Lillah, pada hari ini dunia maya terutama pada laman sesawang blog telah membuka minda aku untuk terus menjadi manusia yang kreatif dan kritis dalam berfikir. Kalau budak sekolah dipanggil KBKK. HAHA. *cukup skema ayat aku hari ini

Perbincangan dalam sebarang isu di dalam blog (di ruangan komen) menjadi semangat untuk sesiapa sahaja(blogger) untuk terus menekan papan kekunci bagi memastikan pembaca paham apa yang cuba penulis sampaikan(membalas komen). Harus diingatkan disini, orang yang komen sangat memberi impak kepada blogger.

Kalau komen

"saya sudah membaca!!"

"nice one" 
penulis sendiri tidak tahu respon sebenar pembaca. Penulis tidak tahu apa yang pembaca inginkan. hoho (bajetakubloggerterhebatkasinasihat)

Orang yang nak taip komen pula, janganlah terlalu  'garang' dalam menyatakan pendapat.. tetanjat boboi. Mungkin pendapat penulis dan penaip komen berbeza. Tetapi susunlah ayat supaya tidak ada pihak yang akan menganggap kita nak cari gaduh..

Lagi satu, aku yakin penulis langsung tidak memaksa pembaca menyokong bulat-bulat pendapat mereka. Kerana itulah, ruangan komen tersedia supaya kita sama-sama dapat bertukar pendapat dan membuat perbincangan secara sehat.



Loading...

Wednesday, August 3, 2011

heyyyy...uols VOT ke TOP ?

Salam alaik..#3 Ramdhan.

*ahhh..terus tak jadi nak buat WW

gay,homoseksual,lesbian..auWW !!

bahasa mereka (GAY)

meks/iols : aku
uols : hang/kau
jejanz : seorang gay


"alaaa..dah puasa..so iols kena la puasa ##$%^ juga..rindu la uols"

"hello?? meks bukan drag..meks adek2 a.k.a jejanz tau..MAMPOO??"

"kaedahnyew la kan uols pakai short pants bulan puase..tak takut dosa ke??"

"uols semua..tengok la hot pic meks ngan BF meks.. uols volee ke? "

"uols...warna kulit muka iols x sekata la...jom la facial uols.."

"ok uols semua. barang wajib meks yang perlu dibawa untuk vacation ialah...lip balm, losyen, mascara maybelline dan yg paling penting... DU**X"

"hey..uols ni TOP ke VOT??"



hahahaha!! ya..antara dialog gay yg dapat aku ubah sikit dari yang asal..(tapi ada juga aku reka sendiri)hahaha..

Kesimpulannya...dah ramai orang kat Malaysia ni jadi macam ni..punca?? antaranya sebab patah hati dengan perempuan...perempuan reject ka apa ka...lebih kurang la..Maka...semoga kita semua terlindung daripada perkara-perkara yang sangat tidak bagus ini..

Rasulullah tak mengaku umat wehh...nauzubillah...Bencilah perbuatannya bukan dirinya. Doakan semoga 'jejanz' ini bertaubat dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Aminn..



p/s : aku tak jumpa perempuan bas semalam waktu balik kerja..sob3..haha

Loading...

Tuesday, August 2, 2011

eh..eh...Awak la..

Salam alaik.. 2 Ramadhan
puasa lagi aku hari ini.

Ramadhan memang betul-betul menguji kesabaran..
Sebelum gerak ke office tadi, aku macam dah bertekad takmau mai kerja dah. *penat*
macam orag lain tak kerja pulak kan?
ni semua sebab kena pi kerja naek bas, so kena bangun awal sebab bas tak tentu.
dan aku sangat mengantuk.macam budak-budak..tahniah afuan!!



"eh..ehh...dia la"

"eh..budak yang selalu balik kerja tunggu bas dengan aku"

"tersipu-sipu malu"

"ouh...rumah awak kat sini rupanya"

"haa..kat sini lah rumah I"

"waaaa..jodohnya kita"
"hehe..eh2, harini awak x pakai tudung belit-belit dah ke?"

"tak..harini kite pakai tudung bawal je..comel gak an?"

"erk??ok la...hihi.."


bas berhenti

"jom lintas jalan sesame"

"jom2"

"oklah..saya p kerja dulu ok"

"ok..balik kerja bole jumpa lagi"

berpisah

hahahahah...dialog kat atas tu semua aku reka sediri.. aku terjumpa seorang perempuan yang selalu tunggu bas waktu balik kerja..tak sangka nak pi kerja pon naek bas sekali..haha..selamat berkenalan..*tapi dia jarang senyum =.="

Kesimpulannya...marilah kita bersabar dengan kerenah manusia dalam bulan yang mulia ini.hoho




p/s : aku perempuan straight..sekian
p/s 2 : nawal addina...saya tak tiru awak kan? hihi.btw...admire all you conversation entry ;)


Loading...

Monday, August 1, 2011

BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK

Salam alaik..*terketar2...first time join segmen




OK. start sekarang..aku masa kecik waktu sahur sampai sekarang dah 20 tahun hidup, tak suka sahur dengan makanan yg berkuah.. tak lalu.antara pilihan aku, telur masin, ayam goreng, nugget makan ngan nasik pon boleh. Kalau tuang kicap makan ngan nasik hangat2 perghhh!! mahu terangkat selera aku walaupun mata tertutup..wohoooo....dah la nak bangun bukan maen 'senang'.

dan tak dilupakan....jeng!jeng! jeng! Telur Dadar.. tapi tak gebu la..tadak masa aku ak pk gebu ka tak..pikir lepas sahur nak tidoq balik ja...hehehe...



wee~sedap ohhhhh....pasti tidoq balik..pastu mak ayah sekali lagi berperang untuk kejutkan aku subuh..perang ngan anak2 oke...sebab aku suka dengan telor dadar ni bukannya apa..senang la mak aku nak buat memandangkan pagi2 macam tadak mood nak masak gulai bagai tuh kan.Sebab utama.telur dadar tidak berkuah...aku tak suka makan sahur dengan nasi yg ada kuah...tak lalu.heheh..ok sekian


p/s : emm...En Ben.ni first time tahu..mcm tak paham ja...hoho


Loading...

Tarawikh, BF dan Hadith

Salam alaik..1 Ramadhan.
siapa tak sahur?? aku dah lapar ni.

ehemm..
tiba2 rasa macam tak biasa nak buat entry.

1. Kes tarawikh 8 atau 20 rakaat??
Jawapan aku yang hina  : Ikut kemampuan, kalau mampu buat 20 baguslah. Kalau tak larat, buat 8 pon boleh. Ingat perkara sunat, jangan sampai ada yang pengsan masa buat 20 tu. (ada ka orang pengsan stakat sekarang?) Yang buat 20, jangan nak berlagak hero nak pandang serong orang yang buat 8 tu. hoho. Lepastu, dah bagus buat solat sunat, jangan nak sesuka hati sesedap tapai ubi tinggal solat wajib. (lapar)

2. Isu nak tayang gambar GF atau BF dalam blog ??

Jawapan aku yang dina : Kes ni, senang ja cakap. Perempuan la yang ramai buat. Kauuuu!! BF aku hensem..Kau ade?? takde diam. Padan muka aku. Aku tadak BF hensem, kalau aku ada, aku pon nak letak jugak. Suweettt gituh kennnn?? haaa..meh aku nak tapak muka kau sedas. Simpan la untuk collection sendiri. Nanti kalau ditakdirkan korang clash, korang cerita pulak korang mencik la BF korang yang curang tu. Korang memang padai jaga maruah diri sendiri. Tahniah.

3. Isu ayat Quran kekal dan sahih tetapi Hadith ramai yang meriwayatkan, jadinya rasa macam was-was.

Jawapan aku bukan seorang ustazah : Isu ni senang ja, aku harap ramai lepas ni yang prihatin terhadap ciri-ciri periwayat hadith (thiqah, daya ingatan yang kuat dan bnyak lagi aku tak ingat). Lepastu, aku harap, jangan ada yang belajar sendiri tentang tafsir Quran dan Hadith. Korang berguru lah. Pastikan guru korang itu betul-betul berilmu ('alim dan jujur). Kang tak jujur, dia tipu korang pulak.hehe. Belajar sendiri belajar dengan sapa murid2?? YA, Syaitan walaupun bulan puasa syaitan dah diikat.


p/s : Kes dan isu diatas adalah yang aku suka bila aku blogwalking tadi. sekian. aku dah lapar.


Loading...

Saturday, July 30, 2011

Mereka Bertanya

Mereka bertanya

Kenapa kau suka kan dia
Sebab dia adalah hidupku

Kenapa kau sayang dia
Sebab dia sayang aku

Kenapa kau suka dia
Sebab kami serasi bersama

Kenapa kau sayang dia
Sebab dia melengkapi aku

Tanyalah aku
Kenapa kau suka dia
Aku jawab kerana suka tidak memerlukan sebab

Kenapa kau sayang dia
Aku jawab kerna sayang juga tidak memerlukan sebab

Ia hadir tanpa dipinta
Ia pergi tanpa dipaksa
Ia kembali lagi dengan air mata
Ia pergi lagi, maka ia bukan milik kita.

Maka bersyukur dengan apa yang ada.
Kebahagiaan kita tak sama
Tak perlu dikejar, namun perlu dicari
Tak perlu memaksa, tapi memberi masa.

-A an-


p/s : Salam Ramadhan Kareem.


Loading...

Saturday, July 23, 2011

Majnun

Qais merupakan anugerah buat Laila
Laila adalah nyawa buat Qais

Biarlah terhalang kisah mereka
Qais masih menanti tanpa keluh

Laila sanggup menangis bertahun lamanya
Walau dirinya sudah sah dimiliki shabab lain

Qais hanya mahukan Laila
Laila mahu sehidup semati dengan Qais

Qais berpisah dari keluarga tersayang
Demi mencari cintanya yang jauh

Mengalirkan daun-daun kering di sungai
Mengharap Laila mencapai kasihnya

Qais yang dahulunya segak
Kini terbiar seperti bangunan runtuh

Runtuhlah hati mengharap disatukan
Namun hanya penantian sehigga mati

Qais menjadi majnun
Laila kini telah dikuburkan

Tetapi cinta mereka tidak mungkin kan terkubur
Walau keduanya telah pergi menghadap Ilahi...

-Qais Laila-




Loading...

Friday, July 22, 2011

Kaedahnya lah kan.. (Hot Couple lah sgt)

Salam alaik..

Cerita couple.

Farid = Pakwe
Anna = Makwe

1. Kalau Anna tidak suka dengan Gadis A, jangan hasut Farid untuk tidak berkawan dengan Gadis A sebab Gadis A tidak buat salah pon dengan Farid.

2. Kalau Anna tidak suka dengan Lelaki A iaitu kawan Farid, jangan pulak nak hasut Farid untuk tidak berkawan dengan Lelaki A.

3. Anna jangan nak mengada2 jeles kalau Farid tak komen kat status FB Anna tetapi Farid komen kat status Gadis lain. HAHA..tu bukti cemburu buta. Sama sebalik nya jika Farid jeles atas sebab yang sama.

4. Farid pulak jangan nak tergedik mangongkong akaun FB Anna jika ada lelaki laen yang add Anna. Be
matured.

5. Farid kena bersyukur jika Anna tidak komen status FB Farid sebab banyak jugak jenis kawan-kawan Farid benci kalau asyik Anna ja nak komen...lepastu nak manja2 taik kambing kat FB.. nak manja pergi tempat lain..Kawan-kawan Farid akan jadi menyampah kat Anna kalau asyik berbuat begitu..sama sebaliknya jika Farid tidak komen kat status Anna.





6. Anna tolong jangan nak mengada-ngada nak lunch atau dinner dengan Farid kalau Farid dah bagitahu dia dah set nak makan dengan kawan-kawan dia..be rational dan don't be selfish...memang pon kawan2 lagi penting buat Farid..HAHA

7. Anna jangan nak marah-marah kalau Farid busy dengan society atau any other benificial activities..
Patutnya bersyukur sebab Farid tidak lemah dalam bab pembahagian masa dan bab menguruskan program..

Takkan asik nak buat aktiviti berdua ja...apa pon tak boleh. Nanti hampa kawen, kenduri mesti smooth punya!! haha..mungkin Anna akan rasa diri tidak dihargai tetapi igat, students need their own space..you have no right to sempitkan..huhu

8. Anna!! Tolong jangan nak obses dengan Farid..kemana sahaja anda pergi , anda akn bawa Farid bersama..ingat best ka?? Give space to your friends also...They need you much.

9. Farid please jangan nak amek tahu sangat lah Anna nak pakai baju warna apa,handbag apa bila Anna nak keluar. Kalau boleh jangan amek tahu terus. Serabut tahu takkk??kesian Anna.



10. Segala apa yang berada diatas ni, semua perigatan buat penaip entry ni jugak...Dan, kalau aku kasi attention kat Anna atau Farid dalam mana2 ciri di atas, ia adalah vice versa..sama ja..huhu...

adios...pendapat aku k.sekian
love other life, live your life :)

Loading...

Annisa dan Poligami dan Origami

Salam alaik..dah jumaat yey!!esok cuti!!




o.o.o.o.o...kau lah penebus cintaku...oooooo..suria atas duniaku..
ku tak akan pernah bisa...lalalala~~ [dimana-dimana]
kekasihku di jalanan yang berliku..
disaat ku perlukanmu...lalala~[beribu sesalan]
haaaa...
sapa tengok TV3 slot SAMARINDA pukol 10.30 yang akan ada 3 kali iklan dan setiap iklan lebih kurang 5 minit ituu...??? yess..aku peminat ANNISA !!!
sangat seronok...Selalunya cerita Melayu akan habes dengan magic...Yang dah mati akan hidup semula...hahaha...*betul ka?
Tapi cerita ni akhirnya Faris(Zamarul Hisyam), Balqis(Rozita Ch Wan) meninggal...Balqis meninggal selepas koma beberapa minggu..
Dan Anna (Fiza Elite) yang merupakan isteri pertama Farid baru mengetahui yang sebenarnya Balqis adalah madunya. Balqis adalah kawan karibnya juga..Sangat sedih ok..


Dalam cerita ni tema nya bukan percintaan tetapi persahabatan.
Anna dalam cerita ni bagitahu Balqis sebelum meninggal, sekiranya Balqis memang mencintai Farid, Anna akan mempertimbangkan Balqis untuk menjadi madunya. (Anna memang tidak sanggup bemadu dengan sesiapa sebelum ni)
Kerana tidak dapat melahirkan zuriat buat suami tersayang, dia lebih rela dirinya dicerai jika Farid ingin berkahwin lagi.

Ok...THE END pasal Annisa.

Ceritanya sekarang..
Adakah perempuan diluar sana sanggup bermadu??tepuk dada tanya selera..
Aku memang suka makan madu tambah2 biskut Cornflake Madu..sangat sedap.

Kalau jawapan aku..
MENGAPA TIDAK??
Ya aku sanggup bermadu jika itu takdir aku.
Jika aku juga sama keadaanya seperti Anna (tidak boleh melahirkan zuriat buat suami tersayang).
Aku tak sanggup nak rampas kebahagiaan yag sepatutnya dimiliki oleh si suami (iaitu mendapat zuriat).
Biarlah dia kahwen tapi tolong, jangan ceraikan aku. iskiskisk...sedihhh wooo...macam kacang lupakan kulit pulakkk...

Apa masalah aku cakap pasal POLIGAMI?? tak..aku pon ada pendapat aku pasal poligami ni...
Kalau lelaki itu dah sanggup untuk berlaku adil, izinkan dia. Dia ada hak.Cewahhh...
Tapi kalau sebab semata2 nafsu dia nak kahwen lagi?? Sila ceraikan aku dan kahwenlah dengan mana2 perempua yang dia suka...wallah hualam..ini pendapat aku SEKARANG!!!

Origami??hehehehe..acan ja..



Loading...

Thursday, July 21, 2011

Jenis dia bila terasa hati atau kena marah...

salam alaik..

kepada :

GOLONGAN BERUSIA

dengan golongan ni biasanya dia kena marah la..tapi bila dia kena marah, maka dia terasa hati dan marah jugak sikit.
Sapa suka kena marah?? bagtahu aku...haha
ok...dia bila terasa, dia tak kan tengok muka orang tu jika orang tu cuba nak explain kenapa dia buat macam tu...contohnya orag tu marah2 melawak ja...ahhhaiii...nak buat macam mana, dia nak terasa jugak.
So, dia TAKKAN TENGOK MUKA ORANG TU. Dia tak bermaksud nak jadi kurang ajar pon, tapi dia risau air matanya akan mengalir. malu la kalau menangis depan orang kan?? haaaa...
Dan juga, bila orang yang buat dia terasa, dia akan diam. Jawab pon macam taknak jawab. Sila jangan paksa dia untuk bercakap..anda takkan faham sebab dia akan bercakap sambil nangis..hahahah..kesian.

GOLONGAN MUDA

Untuk golongan ni pula,
Dia ni selalu marah orang...hahaha..
Sebab golongan muda ni selalu bikin dia panas!!
Maka..kata2 yang 'sedap' lah yang akan disajikan..huhu
tapi kan...kalau golongan ni marah dia...welll!! dia akan diam..
Kalau dalam phone kena marah..jangan harap dia akan jawab apa2 soalan dr org yang marah dia tu...
ngada2 kan dia?? ya lah...dia terasa..apa boleh buat..pastu dia akan nanges....macam biasa lah..hahaha..
untuk pengetahuan semua..dia ni tak cukup matang lagi...hoho~

TAPI
percayalah..jenis dia, dia marah tak lama..
buat la apa pon kat dia...dia akan tak cakap dengan orang yg marah dia dan tak tengok orang yang marah dia paling lama 2 hari...
tapi dia senang maafkan orang..selepas sejam dia terasa hati dan nangis2, terus dia maafkan..
haaaa....memafkan lebih baek kan..

p/s : aku rasa sama ja jenis dia bila terasa hati atau kena marah dengan 2 golongan ni..hahaha


Loading...

Sexual Harrasment ??

Salam alaik.
I'm coming homeeeeeeee with a big gorgeous smile on my face
coming homeeeee..
coming homeeee..

HAHAHAHA!!
Asmana Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang membuat bisnes 'manpower supply'.
Foreign workers dari Nepal, India, Indonesia dan Vietnam pon ada.
Manpower supply ni contohnya CLEANER, TUKANG POTONG RUMPUT, JAGA KEBERSIHAN PENANG BRIDGE since syarikat ni di Penang.
But mostly, pekerja banyak bekerja di hospital.
Hospital Balik Pulau, Penang, Seberang Jaya, dan ada dua tiga hospital lagi di utara Semenanjung Malaysia ini..huhu..(ayat taknak kalah skema wehh)



Aku??
aku keja dalam pengurusan syarikat ini.
Kebanyakan semua pekerja dalam pejabat ni menganggap aku sebagai seorang pelajar yang membuat praktikal.(sebab tu aku hanya dapat alaun dan tak dapat gaji, sekian)
Dan banyak pengalaman aku berkerja.
Dari kena 'usha' pelik oleh pekerja-pekerja dan sexual harrasment.
Yess!!sexual harrassment...HAHAHAH!!
Jangan terkejut ya..perkara seperti ni memang akan anda lalui dalam alam pekerjaan.
Takkk...aku tak kena raba apatah lagi 'berat kes'...berani??
Pernah la kalau aku nak pass barang kat pekerja lelaki kat dalam pejabat ni, aduhaaaiii..nak jugak buat2 terpegang tangan aku..barang tu besar..should be tak kena..memang gatal!!! wadda heccckkk!
HAHAHA.. aku tahu kat sekolah dulu pon ada kan?? sekali lagi..aku penah kena..
(sebab tu aku jadi kasar sebab taknak kena buli...buat muka garang mcm mak singa, tadak sapa berani dekat)



So kayyy....Masalahnya...ada ofismate aku dalam pejabat ni penah kena raba...*shit*
Kesian tak?? Kalau aku, tak cakap banyak...aku sepak dua tiga das..settle la (aku cakap besar sebab tak kena lagi)
U know whut? Lelaki yang jenis macam ni jangan dilayan, kalau dia tak tanya, kita jangan gatal na pi sembang dengan dia...It's kindaaaaa.....MENGUNDANG..haaaa...yeahh!! mengundang dia untuk meraba kita...(directly..malas berkias)
Kita buat ja kerja kita yang bertimbun, so tadak masalah dia nak menggatal..abes waktu kerja balik umah..settle.


Dia(lelaki gatal) kan bos...kita kuli batak ja..so, mengalah ja lah.....whattt???mengalah??? pegi mampus..
Rezeki kita, Allah yang kasi, bukan bos hocayyy..
Tak cukup bini kat rumah, gadis baek kat ofis yang berbaju kurung pon nak try... what a desperate!!
Kalau aku, memang terus aku tegur...Penah kat CFS ada sorang mamat ingat aku jenis bole main sentuh2 ikut suka hati nenek tiri...then terus aku tegur lepastu dia mintak maaf..sekarang dah tak berani.
Kalau kawan aku tegur, kalau bukan....HAHAHA..sendiri mau ingat

Panjang nau leteran aku..
Hari ni orang dari Pejabat Buruh (kot) mai ofis ni..
Tetiba dengan aku kena masuk dalam conference room, siap tutup pintu..
Then, tanya..ehem2

"saya dapat aduan dalam pejabat ini ada sexual harrasment dan ada bos yang keluarkan kata-kata kesat. Betul ka"

haaaa..apa lagi. Aku, Kak K, Kak A dan Kak Y..terus diam..tengok sesama sendiri tanpa sebarang isyarat dan perkataan yang keluar daripada mulut.. tetanjat boboii!!

Aku yang baru ni mana nak tahu apa-apa sangat kan..
Then kakak2 dia atas pon tidak mengaku...
Lepas keluar dari conference room  Kak K bagi tahu memang ada sexual harrasment berlaku. Depa kena raba. Apa boleh buat..
Then at last, Kak K bagitahu pekerja Pejabat Buruh (kot) yang memang ada kes sebegitu..
Aku harap bos tu dapat tindakan tatatertib dan harus dihukum pancung...



So, GADIS diluar sana..berhati-hatilah. Tidak rugi menjadi perempuan tegas.. aku tak nasihatkan suruh jadi kasar. Tapi DALAM KELEMBUTAN PERLU ADA KETEGASAN.
maaf..entry kali ni memang panjang..sapa baca sampai habis, trima kasih banyak2..



Loading...

Monday, July 18, 2011

People without problem is insane

Salam..
Isnin 18/7/2011
*benti baca buku cerita kanak2 sat.

Susah tak nak dapatkan sesuatu??
Kalau senang Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan utuk kita.
Semua berjalan dengan lancar.
kalau nak dapatkan iPhone 4 bagi yg 'tidak berada' kena lah buat kerja part time then baru dpt beli kan...see??susah sikit la kan nak dapatkan iPhone 5 bagi golongan itu.
Tapi bagi golongan berada, famili ada pusaka bebillion trillion..aku rasa mcm...within tricy, they're managed to get it..*wah2...aku ngah apply vocab english ni..salah tolong betulkan ^^




susah tak nak mencapai sesuatu..??
Mencapai disini bermaksud sesuatu yg dicapai memerlukan fasa.
Contohnya, selepas masuk Pusat Asasi UIA, students akan masuk main campus untuk sambung degree.
Tapi sebelum masuk main camp, student mesti mencapai CGPA yang dikehendaki oleh pihak universiti kan?
Sebagai ujian buat kita, CGPA yang dikehendaki tidak mencukupi dan kita perlu 'redo'...nak redo kena extend...
Ya Allah...dalam hati ni
"orang lain masuk main camp bulan 9 ni, aku ja yg lambat lagi..dah jadi budak third year kat sini..should be 2 tahun ja pon" 
Kalau entend free tak pa jugaklah..ni nak kena bayar itu ini..alaun dah la tak dapat..semua kena tanggung sendiri...adik-adik sekolah lagi kat kampng..mak ayah keja tak besar...poket dah POKAI!!!!!!
see?? depression kan??


Tapi yakinlah dalam kesusahan yang menjadi ujian buat kita pasti ada kesenangan. Da selepas kesabaran Allah s.w.t. menjanjikan berita gembira selepas itu. Maka yakinlah pada janji al-Khaliq. Janji Allah janji benar. Maka..sabarlah....berdoalah agar ditabahkan hati.

People without problem is insane


Loading...

Sunday, July 17, 2011

Dah mula menyampah

Salam...
ahad bertemu ahad...
aku memang malas nak update blog sebab ada sebab la kan.

aku sebenarnya menyampah tengok news feed atau any feeds kat Facebook..
rasa nak lempang Facebook...hahaha
Sebenarnya, aku minat jugak pasal politik.
Tapi aku tak la hebat macam mana orang lain kan..
Pasal isu Bersih 2.0 haritu..
aku igat dah habes...habes la..
adess..bole pulak drag sampai ke hari ini..dah seminggu la bhaaiii..
tak bosan ka??
nak buat status yang gempak Bersih 2.0,3.0,4.0 and infinity.0 ja...

Pastu drag sampai isu PRU-13.
Pastu buat page suruh PM rsign la, menyampah ngan Rosmah la, nak suruh Khairi berhenti la..
Apa yang matured sangat hampa ni??
Aku rasa Malaysia ada undang2..ingat main tengok undian FB ja ka...???HAHAHAHAHA
Lantak la kan...hampa kan pandai...

Lepastu bincang pulak pasal student nak kena buang universiti la apalah..
yelah..aku tak boleh nak larang..
akaun FB hampa...hampa punya sukalah kan..
Lagipon, gunalah FB sebaeknya sebagai satu wadah untuk berdiskusi dengan bijak dan adil..
x gituhhhhhh??

Aku pon gediklah nak share pasal Bersih 2.0 ni...
Ramai kan orang memaki hamun PDRM ??
Sembang lah kan, parents depa bukan Polis.
Hampa ingat semua benda hampa tahu..
Dan semua benda yang hampa tahu tu benda betul kan??
Lantakkkkk....asal hampa bahagia nak memaki org...keep it up..teruskan usaha..
Rasulullah memang suka umat yang memaki hamun ni..(pada yg slow ini sarcasm)

Dah tu jaaaa....
Jagan sampai pasal isu Bersih ni ada yang putus kawan sudahlah sebab tak sependapat..
Be profesional okehh??HAHA..

Salam nisfu Sya'ban..
Selamat berbuka puasa bagi yang brpuasa.
Selamat membuka buku baru...
 Adios...Salam alaik...




Loading...

Sunday, July 10, 2011

Kampung Gegirl

Salam.
Saya budak kampung.

Semalam hari Sabtu 9/7/2011 bersamaan dengan hari kemerdekaan Sudan Selatan dan Perhimpunan 'Suci' di ibu kota.
Aku pi Pauh(Perlis). Perghh!!! masuk dusun....terbaek dari dusun!!

Teruja weh..lama tak masuk dusun ni.
Ada pokok rambutan(org Perlis panggil buah rambut) dalam 10 unit.
Ada pkok petai. Pokok manggis, dokong, cempedak dalam pagar..huhu
Buah kelapa pandan pon ada...sllllrppppp!!!
Dan ada pkok buluh hutan...so aku tak makan la buluh. tapi aku dapat skill nak amek rebung ..ingat senang kotttt..

Buah rambutan malas nak bagitahu...banyak sangat sampai aku terfikir bila nak habis buah ni.
PAstu sebagai manusia yang jarang turun ke dusun, aku pon apa lagi. JAdi model sambilan la...
Buah rambutan punyalah banyak sampai cecah tanah.
Perhatian..aku tak sebut pon rambutan tapi 'mok tan',,hehehe
Bukan buah mok tan berair tu...fresh wehh...begetah kata orang!!haha

Buah manggis tak banyak sangat pokok kat situ, jadi aku makan sikit ja lah.(aku tak nampak pon pokok dia, nmpak buah ja)
Buah kelapa pandan pulakkkkk...
Ni memang tak menahan. Nyok pandan hocayyy...
Air nyok tu penuh sampai tiada ruang kosong dalam tempurung nyok tu.MAnis takpayah tambah gula dah tau..
Isi nyok tayah cakap la..bukan isi inti. Paham tak isi inti?? Isi inti ni biasanya isi tu dah tebal dan sesuai dibuat inti cucoq badak ka, atau santan..haaa..
Isi lembut dan nyamannnn..memang feel habis...Teringat jelly kelapa...ahaaaiii...!

Pkok petai pulak.Walaupun aku tak makan petai tapi pokok petai bagi aku lawa/cantik.
Sebelum jadi berpapan-papan petai tu, pokok akan menghasilkan bunga bewarna kuning. TApi bunga dia tadak kelopak la kan...Kalau nak tahu.balik kampung. aku tak amek gambaq pulak kan.
Cantik jugak la.. haaa...pastu aku tertarik la kenapa kat pokok petai tu ada diikat dengan CD. ha ah, CD la...aku x tahu plak CD-ROM ka apa ka..Tapi CD la..
Aku pelik la ingat budak2 yang saja main2 ikat.
Bila aku tanya kat sepupu aku yang berumur 9 tahun, dia bagitahu aku nak halau tupai.
Pergh!!ok, first time tahu. Jangan tekejut. Sebab CD kan bila kena angin tu, benda tu akan berpusing dan ada kilat-kilat sikit kan?? So mugkin tupai ingat kilat betul la..JAdi tupai tak berani la nak curi petai.
Dah la petai mahal.

Lepastu skill yang aku dapat, nak dapatkan rebung.
Rebung banyak jenis, rebung madu dan rebung hutan. (2 jenis ja aku tahu..haha)
Rebung madu banyak bisa kiranya kalau orang lepas bersalin tak elok lah kan. Risau tumpah darah.
Rebung madu jugak kurang sedap, kalau direbus nanti manisnya hilang dan rebung madu sangat terbaek untuk menternak 'angin'...burrrrrrrrrrppppp!! haaa...macam tu lah.
Tapi semalam aku pi belajaq macam mana nak potong atau dikenali sebagai 'chop' rebung hutan.
BAnyak miang hocayyyy...
Perghhh...Tok long yang amek rebung tu memang cekap la., nak chop senang wehh tapi nak 'perisi' atau org kata bersiang rebung tu susah. Bukan maen amek ja.. Bukan seluruh ruas rebung tu kita amek makan..Susah plak nak bercerita. haihhh.. Tapi hujung ruas ja tahu...Masak rebung dengan gulai tulang...terbaek!!mantooppp!HAHA

ok...tu ja lah..aku paling teruja dengan rebung hutan tu lah. best weh..Aku rasa tak ramai orang tahu cara2 nak amek rebung ni kan..haha..
Ok baiiiiii....(dah macam karangan darjah 6 'pengalaman pergi bercuti di kampung' pulak)

Loading...

Thursday, July 7, 2011

2009-201_ ??

Sambungan 2004-2008

2009 -201_: Dia di universiti. Dia sudah berubah. Tidak lagi memakai tudung labuh dan mula berjinak dengan shawl. Kata orang, perubahan biarlah makin lama makin bagus. Tapi tidak dia. Makin ramai kawannya, Makin banyak kerenah mereka. Dan dia tidak pernah salahkan rakannya jika dia berubah macam mana sekali pun. Baginya, perubahan itu, kita yang nak, Bila kita nak, kita akan beusaha kearah situ. Dia berusaha menjadi gadis lembut dan tidak kasar seperti dulu. Tetapi hanya mampu bertahan selama beberapa minggu. Tidak mengapa, orang sekeliling masih boleh menerima dia seadanya. Dan dia selesa dia seperti itu.

Tapi itu bukan persoalannya. Dia masih dinilai oleh orang sekeliling. Dinilai dari belakangnnya. Dan dia tidak suka sama sekali. Dia tahu orang melihatnya. Kini, dia sedang berusaha menjadi orang 'sempurna' kerana orang sekeliling mahunya menjadi sempurna tanpa ada cacat.


Loading...

2004-2008

Salam alaik.

2004 : Dia dapat result UPSR yang bagus dan dia ditawarkan untuk belajar di sebuah MRSM di Perak.syukur.

Dia jauh dengan keluarganya. Seingatnya, dia hanya balik ke kampungnya 5 kali dalam setahun itu.
Dan dia mula merasakan keluarnya sangat jauh darinya dan dia lebih suka bergaul dengan rakan persekolahannya.

2005-2008 :Disebabkan terlalu jauh, ayahnya telah berusaha agar dia ditukar ke MRSM di Kedah. Syukur, dia dapat tukar MRSM. Dekat dengan kampung sebelah ayahnya. Tapi masih dia rapat dengan rakannya. Membesar bersama rakan di asrama membuatkan dia banyak berkongsi pendapat, masalah suka dan duka bersama rakan-rakannya. Mengenal erti berdikari. Mengenal agama. Dia mula berubah. Dari tudung bawal ke tudung labuh. Dan dia selesa berpakaian begitu.

Mungkin kerana dia sangat rapat dengan rakan-rakannya, dia dianggap sombong bagi kebanyakan keluarganya termasuk sepupu dan ibu dan ayah saudaranya. Tapi dia cuba berubah.Satu sahaja tentang dirinya, dia tidak suka orang 'menegurnya' di belakangnya. Baginya, jika tidak berpuas hati, tegurlah di depan mukanya. Dia seorang bertudung labuh tetapi kelakuan dan percakapannya seperti lelaki. Pernah suatu ketika selepas raya dia memakai 'flat'(kasut perempuan bertutup tanpa tumit) tetapi ada kawan menggelarnya 'pondan'. Dia hanya mampu tersenyum tapi dalam hatinya sakit. Perempuan mana yang tidak tersentuh. Pada hari raya 2007, dia membeli kasut bertumit tinggi. Masih, ada keluarga yang gelakkannya. Dan dia terjatuh moto pada hari raya itu dan tumit kasutnya rosak. Perah terlintas dihatinya

"mengapa orang hanya mahu menilai, tetapi jika melihat perubahan seseorang, orang mengambil perubahan itu sebagai satu bahan untuk bergelak-ketawa".




Loading...

Monday, July 4, 2011

Bahagia

Salam alaik.
*Its been so long that i haven't see your face...lalala~~

Beratus juta milion trillion orang dalam dunia ini.
Semua pernah rasa kebahagiaan.
tidak kiralah macam mana pon kebahagiaan itu sampai kepada diri masing-masing.
Ia tak sama.Cara mendapatkan kebahagiaan atau macam mana nak pertahankan kebahagiaan yang Allah pinjamkan kepada kita. Sekali lagi, ia tetap tidak sama.
Sama tapi tak serupa.

Kita kadang-kadag sedih bila tengok kebahagiaan orang lain.
Dalam hati terlintas
"kenapa aku tak macam dia orang?"
"kenapa aku selalu sedih?"


Sebabnya. Kita terlupa bersyukur.
Kerana disetiap kesusahan yang kita alami..dibelakangnya pasti ada kesenangan.
Kita tak perasan kesenangan itu kerana kita terlalu sibuk dengan kesenangan orang lain.
Kita tak pandai bersyukur.



Loading...

Sunday, July 3, 2011

Salam alaik..hari Ahad 3/7/2011
lama sudah aku tak buat entry baru.hehe...

Jangan takut lakukan perubahan.
Jangan risau kalau ada yang tidak suka akan perubahan itu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.





Loading...

Wednesday, June 22, 2011

Tak tutup Rambut dosa sekilo. Tak tutup Punggung dosa 50 kilo.



" Sy mgkin ta ttup rmbut sy, tp at least sy ttup bontot sy. Anda?"
[quoted]

Kat atas tu merupakan keratan status manusia 'gegirl' di FB. Aku terkejut kot. boleh pulak dia keluarkan statement macam tu?

Dia ingat kalau tutup rambut dapat dosa 1 kilo..pastu kalau tak tutup bontot dapat dosa 50 kilo ke??
sama ja la weh...hadoyaaiii...
pastu dah org bangkang status dia dan mintak dia delete status tu...dia boleh pulak nak keluarkan Article 10 Perlembagaan Persekutuan...

hah..gile kau!! Kau tahu tak Article 10 Perlembagaan Persekutuan??
Article 10 Perlembagaan Persekutuan : Kebebasan Bersuara.
mengikut apa yag aku faham, mungkin status dia bermaksud :
"ikut suka aku lah aku nak buat status apa pon..aku ade pakai akaun FB kau ke??"

Hebat kau dapat hafal perlembagaan persekutuan bagai...
Tapi aku rasa kau lupa Rukun Negara yang pertama : Kepercayaan kepada Tuhan.
Siapa Tuhan kau??Allah kan...
Janji Allah janji benar. Siapa yang bukak aurat akan dihukum dengan kehendak-Nya.(kecuali org yang bertaubat)
Tak kesahlah kau nak bukak yang mana satu pon kan..

Kot ye pon kau tak puas hati orang tu tuck in pastu nampak punggung, tapi tak payahlah kau buat statement
"Sy mungkin tak tutup rambut saya, tapi at least sy tutup bontot saya. Anda?"

apa masalah kau?? kau memang 'mengundang' lah.

Sama ja la weh...Kau tak tutup rambut ke, Kau tak tutup bontot ke, Kau pakai legging ke, Kau pakai tudung nampak leher ke..Aurat tetap aurat yang wajib ditutup bila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Aku rasa nak gelak guling-guling sebenarnya bila baca status dan komen2 kat status tu..HAHAHAHA!!

Apa-apa pun.Aku doakan aku dan kau mendapat hidayah supaya menjadi wanita yag solehah..inshaAllah..
Aku pon tak baik mana...banyak lacking lagi.. We all not perfect brada...but we can be better.
Wallah hua'lam bis sowab...


p/s : Aku mintak maaf kalau ada yang terasa.. Aku pon tengah perli diri sendiri sebab kadang2 kita tak sedar..kita pernah terfikir macam status tu.

Loading...