Monday, May 30, 2011

COO tak pandai guna Excel ???

Salam.
boleh tak kalau aku nak gelakkan beliau ni??HAHAHAHAHA
SAPA? yes...!! COO atau Chief Operation Officer (Ketua Pegawai Operasi)
weyhhhhhhhh....beliau tidak pandai guna Microsoft Excel..
kemon...kemonlah!!
takkan kerani bodoh macam aku ni bengap sangat tak tahu yang beliau sedang menipu aku..

"Encik..tabaek bohong..mak saya kata, kalau bohong nanti mati susah"

hahahahaha...kalau boleh aku cakap kat beliau macam tu lah....pergh!!mau aku kena pecat..
tapi serius la, kalau ya pon nak mintak tolong aku, jangan la perbodohkan diri sendiri..
benda simple ja pon. Buat table pakai Excel.



Macam mana hang boleh dive Camry kalau Excel pon tak reti guna??HAHAHAHA...

"saya, kalau bab computer ni poorly fail", COO said
(lebih kurang la)

cewahhh!!! hellloooooo??
macam mana CEO boleh amek hang kalau Excel pon fail...kemon..kemon...aku tak suka penipuan.
gaji aku dengan hang entah berapa puluh kali ganda pon aku tak tahu. Tapi hang tak layak nak meipu diri sendiri macam tu. Naseb baek lah tak mengaku hang tak reti guna Microsoft Word. Kalau tak, mau aku gelak guling-guling...pastu muntah hijau.

Baek kasi aku~HAHA

p/s : baru tadi aku tahu yang beliau memang x pandai guna Excel. kesian la plak. =.="

Loading...

Sunday, May 29, 2011

Everywhere is Prince

Salam...tengah tengok final Mentor pon bole update okeh..
Alhamdulillah..dah 20 tahun aku kat bumi Allah yang sungguh indah ini.

straight......PUTRA...everywhere is you???why and why??
kenapa bukan AFFUAN yang everywhere...??

jom tengok...10 PUTRA di Malaysia.

1. PUTRAjaya

Intelligent City, Garden City. Idea asal oleh Tun Dr. Mahathir

2. Masjid PUTRA

Masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan
 Masjid ni dekat ja dengan UIA Nilai..kalau nak tahu, masjid ni betul2 depan blok Mahallah(asrama) aku..HAHA. Actually, banyak lagi masjid putra kat Malaysia ni. Tapi saya pilih yang kat Nilai..ikut suka lah kan..

3. PUTRA LRT

*logo

4. Universiti PUTRA Malaysia

dulu nama Universiti Pertanian Malaysia..tapi nak jugak letak PUTRA


5. Pusat Dagangan Dunia PUTRA (PWTC)

Book Fair kat sini ka??

6. Hentian PUTRA

woohooo..tak silap aku, set2 pantai timur naek turun bas kat sini

7. PUTRA Palace

aku dok Perlis 13 tahun pon tak pernah jejak kaki kat hotel ni.

8. PUTRA Heights

ala-ala Beverly Hills uollZZ

9. Proton PUTRA


kereta yang layak untuk para PUTRA sahaja. LTD ED

10. PUTRA Medical Centre

tak lawa kan logo ni??

so...amacam...banyak kan??EVERYWHERE IS PUTRA..Malaysia ni terlalu angau dengan nama PUTRA...
aku tak faham. kenapa bukan PUTRI?? huh~~
belum masuk jalan kat Malaysia yang pakai nama putra lagi...nama orang lagi...
seb baek nama aku NUR AFFUAN..



p/s : no offense

Loading...

Thursday, May 19, 2011

Aku Lepaskan

*sambil mendengar lagu Bunga-bunga Cinta (Mihrab Cinta)
*cuaca : hujan renyai2

Salam alaik..
oh..aku dah jatuh cinta sejak aku teroka blog dia..
Ya aku jatuh cinta.

tapiii..
tapi
tapi...

dia dah crush ngan someone..
ok fine..aku baru tau tadi.

kenapa Mr K??
apa kurangnya I ?
I pon pakai spect wut??
I pon garang2 sombong jugak...
I pon budak UIA..

Apa??I lambat kenal you?
dah nak buat macam mana...
Mr K. I rasa sgt sedih..even I silent reader tak bemaksud I tak ambil berat tentang you.
I sanggup habiskan berjam-jam baca entry you yang lepas sebab I baru jumpa your blogspot.

Andddddddddd..when I open your formspring..
I got the answer..
I must let you go.
walau dengan keadaan yg x seberapa baik ni...



Mr K. I harap dan doakan you dan 'dia' bahagia sepertimana you selalu happy bila buat entry baru.
Even hati I sekarang rasa x ketahuan. Namun, I redho.

I takkan berhenti baca your entry.
Terima kasih Mr K for giving me hope..*ouch :(



Selamat tinggal Mr K.

Your admire,
Affuan


p/s : sila Loading betul2 lepas baca keh..

Loading...

Wednesday, May 18, 2011

The Other Khairul

Salam alaik...
Salam 1Malaysia 1 Agama???tak....jgn jadikan Malaysia negara pluralism...
okeh...
terang lagi ber'spotlight'
Memang aku nak cerita-in pasal 1 blog yang kalau aku kasi link pon, hampa akan gelak kat aku sebab dah famous amous dah...


yezza...penah tak teroka entry2 beliau (hormat okeh) ??
pasal Gadis , Jejaka, dan banyak lagi la kan...
before ni memang aku maen like fanpage dia kat FB tu. Aku tak teroka pon blog dia. Member kata best...
pastu aku baca la 2 3 entry dia...dan memang betul, Mr K sangat pandai menulis. Eh tak2, menaip.
Ayat2 yang digunakan tak macam blog Loading ni. Bersepah.(bajet nak cari simpati)

Dan entry2 dia memang bagi kesan kat aku..antara kesan yang paling ketara.
Yezza..aku dah jatuh cinta sama beliau. Aku pakai spect ok. Kiranya aku cute. (sapa baca entry terbaru Mr K akan paham apa yg aku banggakan ni) hehe

Aku pernah jumpa blog2 hebat.
Antaranya abang Mayat dan Cik Hanis Zalikha yang teramat cantik bagi aku.
Penulisan yang mantap. Serius. Tengok follower la der. Pastu tengok comment2 kat entry mereka berdua ni.
Beratus ok. aku nak cecah 5 komen pon siksa. Sampai penat promote. haha. (5 tu pon termasuk komen aku sekali)
Mungkin ramai silent reader. Yeah. Maybe.Tapi aku suka blog Mr K jugak.


Kalau aku, follower memang memainkan peranan penting untuk memastikan blog kita orang baca. Tapi sekarang tidak lagi sebab ramai follower hanya suka 'cicah garam belacan' kat blog aku. Untuk pengetahuan kalau hampa perasan, kat blog aku tiada Traffic Feedjit tu kan..


Nuffnang pon tak dak. Memang la aku bodoh sangat sebab tak mau duit. Tapi tu bukan tujuan asal aku. Kalau aku dah letak Nuffnang tu nanti aku asyik suruh hampa 'klik' kat Nuffnang ads untuk kasi aku duit. Kesian hampa. Penat kan. Nak baca entry sampai habis pon malas inikan pula nak klik Nuffnang ads tu. Oh tak, aku tak kata kat pembaca blog aku. aku kata kat orang laen. Hampa semua ni rajin..Aku tahu. (clichae sgt kan)


Ada kawan aku merungut, dia ada follower cecah 500 org. Tapi nak komen nya tak ramai. Sebab apa??

1. sebab salah diri sendiri (terutama aku) yang x reti nak kasi 'isi' dalam entry.
 
2. sebab sekarang ni trend follower "i follow u, follow me back" (juga ada dlm entry Mr K).haha. Aku pon dulu mcm tu..Zaman2 nak 'up' kata orang. Tapi sekarang harapan la aku nak follow kalau ada orang buat macam tu. Memang aku kejam.

Bagi aku tiada yang dapat bahagiakan aku di alam Loading aku ni melainkan komen2 yang membina dan meruntuh.

apa yang aku nak bagitahu sebenarnya..
Entry yang berisi sebenarnya entry yang mcm ini. Yezza. Panjang sikit pon takpa. Sebab tak sakit otak.
Banyak lagi entry Mr K yang aku dah teroka semalam waktu kerja. (tempat kerja aku ni mcm nak suruh aku resign sebab dah dua hari aku tak buat apa-apa) Sebenarnya rasa rugi sebab aku baru jumpa blog dia sebab aku kena ambik masa lama untuk baca entry2 dia tu.

Kos of sebagai seorang PEREMPUAN. saya ulang PEREMPUAN, aku akan lebih tertarik kepada blog lelaki. Itu fitrah. Tapi memang best pon. Aku bukan mengipas dah ni aku sedang 'mengaircond' Mr K.
Blog dia pon tak serabut penuh dengan widget bagai tuh. dan yg paling aku kagum. Aku tak pernah tahu macam mana muka Mr K. (aku x sure kalau2 dia pernah tayang gambar dia kat blog). Tapi aku tak tahu. Kagum la haih..sebab kebanyakan blog suka benau letak gambar2 depa. Tambah2 blog perempuan, aku mengaku. Tengok blog abang Mayat tu. Kelabu ja. Tapi pergh!!! beratus komen kot. Tapayah blink2 bagai tuh kan. See?? kemantapan penulisan memainkan peranan penting dalam pembikinan sesebuah blog.

The Other Khairul memang betul2 the other. Biasa. Tapi unik. (aku tengah memuja pulak)


Lantak lah kalau hampa fikir yang aku ni tengah mengipas blog Mr K. Kepada newbies blogger memang aku promote. Tapi aku tiada alasan lain melainkan aku nak share benda yang patut anda baca. Baca kemudian anda Loading...Jangan main telan segala apa yang hampa baca okeh??



Loading...

Sunday, May 15, 2011

Lagu 90-an vs Lagu Millenium

Assalamualikum sidang hadirin Loading sekalian..
apa habaq??harap sehat dengan keizinan-Nya.

ok...straight to the point.

SAPA SUKA LAGU 90-an??
sila angkat tangan

SAPA SUKA LAGU MILLENIUM??
sila angkat kening...

meh...aku kenalkan...penyanyi yang mempuyai suara yang mantap dan lirik lagu mereka yang masih meniti dibibir mereka yang menggemari lagu era 90-an (juga 80-an)

SPRING


SEARCH. tengok la muka Amy...hensem kot dulu2..kih3


IKLIM.lupakan sejarah hitam vokalisnya...dia manusia biasa...


RAHIM MAAROF. cinta kristal !!!!

apa??taktau lagu 90-an macam mana??
contoh na...
lagu Spring "Butakah Cinta"

Jika benar cinta itu buta ..
butakan mataku...
sekali terluka masih jua..kumenunggu..
apa yang kuinginkan...
cuma kejujuran dalam perhubungan....
jika itu tiada..
apalah ertinya..
penantian ini hanya sia2...

ehem2...best plak karoks sorang...
mantap x lirik lagu tu??
best kan???
lirik lagu 90-an ni bukan konkrit mcm lirik lagu Millenium tau..

contoh :

lirik lagu 90-an : biarlah aku abadikan cintaku yang setia....
lirik lagu millenium : aku tak percaya cinta...lalala~

berkias kan??
ini yang kita mahukan...
penulisan lirik yag mantap cenggini sgt best sebab maseh 'valid' sampai ke anak cucu kita nanti..peminatnya terdiri dr semua peringkat umur...budak sekolah rendah pon dah pandai layan...
kalau lirik lagu skag neh...peminatnya bermusim....paling lama 2 bulan...apa barang der??
bukan aku nak kata tadak yg best...ada tu ada la...tp sangat kurang...

hehehe...
apa2 pon...
bersederhanalah dlm berhibur..berhibur tiada salahnya...

kalau rasa etry aku bias...mintak maaflah..
anda digalakkan untuk komen :)

Loading...

Tuesday, May 10, 2011

Penat

Salam..
dah selasa hari ni...
semalam x p kerja..
hari ni pon...
memang tu company bapak aku ada share 50%
haha..

gila x best kerja..
sumpah belajaq best lagi..
penat kot..
dah la asyik kena "usha pelik" ja ngan org kat opis...
nama aku pon depa tak ingat..
pastu kena marah2 plak..
*lantak la kalau hampa pkiaq aku x matured...penat okeh..

dah la aku x dapat gaji..
alaun RM 300 ja..
memang la aku kanak2 ribena..
duet buat beli cekelat..

tp pkiaq balik pasal nak masuk UIAM Gombak t...
pakai bnyak duet..aku sebolehnya tanak la pinjam duet peterpan (PTPTN)
try nak mintak biasiswa..inshaAllah kalau dapat..
member aku dah dapat biasiswa New Straits Times kot..jeles plak..

uhhh..penatnya...
siksanya nak cari duet..
tp belajaq pon pakai duet..
ingat nak kerja tempat laen lah..
korban lagi...

Loading...