Thursday, August 25, 2011

khamis yang spontan #1

Salam alaik. #25 Ramadhan

Tiba-tiba tadi aku nampak status member aku yang meng'quote' kan ayat-ayat terbaek Maria Elena. Alaa, yang pasal hijabers tu.

Tiba-tiba aku terfikir, kenapa sebelum ni kita dok dengar ceramah, bukak youtube pasal aurat kita tak terkesan pon. (maksud aku kepada yang tak terkesan la, contohnya aku)

Tiba-tiba baru aku teringat, writing is an art of Psychology.

Tiba-tiba baru aku terfikir, writing is an art of Communication.

Tiba-tiba aku rasa, Writing may influence readers :)

Tiba-tiba aku rasa, bloggers have their own creativity and they can also influence people indirectly !

Tiba-tiba aku rasa, wow!! aku pon seorang blogger :)

Tiba-tiba aku rasa..ok...perasannya aku. sekian.



p/s : Selamat HAri Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin
p/s 2 : Tqvmlove Cik Soly for the very first card raya for this year :)



Loading...

Tuesday, August 23, 2011

Matang

Salam alaik... #23 Ramadhan

PTPTN aku dapat full. big thanks..

Bahagia bila dapat tahu kawan segelak sekamceng sudah matang
Tahniah

Gembira bila dapat tahu sahabat sebilik semeja sudah menjadi orang berwawasan.
Tahniah

Aku?
Bila?
Lupakan...



p/s : nak jahit manik kat baju....


Loading...

Monday, August 22, 2011

Gajiku~Pemergianmu~

Salam alaik. #22 Ramadhan

Ayahku pulang dari kerja lepastu bagi tahu bos aku dah kasi gaji.
RM850. esok aku cashkan ok.
alahaaiii..aku bajet bos aku nak kasi sekali duet raya cukup RM1000..hahaha
apakan daya...aku hanya kuli~~wuu~

esok..nak bank in entrance fee UIAM Gombak = RM310
top up duet spect baru = RM200

alih2...RM850 tinggal 2 ringgit sengah ja nanti..
apalah naseb..
tu la hampa ni...
waktu ada duet beriban2 takmau simpan...joli sana sini~

la ni nak buat apa??

senyum..tak perlu kata apa-apa


ngeh3...
ahaaai duet...kusangkakan ku bisa berjoli lagi denganmu..
apakan daya hamba...dulu menjoli tak ingat nak simpan...


p/s : wuuu..mintak maaf semua..tak dapat nak blogwalking lebat2 sebab buat kueh raya...


Loading...

Friday, August 19, 2011

Berkongsi Rasa

Salam alaik. #19 Ramadhan

ahaaa..lama tak buat entry baru.
So, harini mari berkongsi rasa dengan saya~

Apa yang menyebabkan anda membuat pengakuan 'seseorang' itu ialah seseorang yg paling istimewa untuk awak semua??

sebab dia memahami awak?
sebab dia mencintai awak? (wekkkk!!)
sebab dia selalu buat awak tersenyum?
sebab dia selalu buat awak bahagia??

Eh, betul ka? awak benar-benar tahu maksud bahagia? ^^
Secara personal, BAHAGIA ialah berkongsi rasa

kongsi rasa menyampah
kongsi rasa geram
kongsi rasa baran
kongsi rasa cemburu
kongsi SEMUA rasa
dan tidak semestinya rasa 'seronok' sahaja.

bila awak-awak semua kongsi rasa ini, barulah bahagia itu akan datang dan anda akan saling menghargai kerana bukan calang-calang orang yang dapat berkongsi semua rasa dengan awak. Percayalah.



Mungkin anda kurang fahan dengan kaedah BERKONGSI RASA ini. Tapi setelah anda berjumpa dengan Mr Right atau Princess.. anda akan tersenyum :) Bila?? ouh...di luar bidang saya :)
Dan disetiap badai yang menimpa pada hari ini, ingatlah, disitulah kekuatan akan terbina.

Selamat Berpuasa !!



Loading...

Monday, August 15, 2011

Berhenti kerja | Sambung belajar

Salam alaik. #15 Ramadhan

Ya Allah..
Hari ni last day aku kerja.
Tak sedih pon.
Nak prepare masuk UIAM Gombak pulakkk..
Borang scholar+PTPTN dah hantar.
Revision belum.
Isi borang enrollment belum.
Bayar yuran belum.
Beli barang-barang belum habis.
Baju raya pon belum siap..haha..ada plak kena mengena.

Apa-apa pon. Go Afuan !! 4.0 for every semester??? hoyeahhh!! -__________-



dan untuk semua yanag akan sambung semester pada bulan September lepas raya ni.
Belajar rajin-rajin.
Jangan nak enjoy manjang.
HAVE A LIFE


Loading...

Sunday, August 14, 2011

EINSTEIN SEORANG DISLEKSIA

Salam alaik. #14 Ramadhan

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.

Sebenarnya aku tengok movie Taare Zameen Par tadi. Cerita tu pasal seorang kanak yang bernama Ishaan yang mengalami gangguan DISLEKSIA (Dyslexia) tetapi ibu dan ayahnya tidak perasan mengapa keadaan anaknya sangat teruk dalam pelajaran. Jemput lah tengok, harus menangis punya lah.




Dyslexia disorder ini tidak mempunyai ubat untuk menyembuhkan tetapi hanya perhatian yang dapat memajukan seseorang yang mengalami gangguan ini. Sekali pandang, orang yang mengalaminya kelihatan normal. Mungkin disekolah, golongan ini diperlekehkan kerana 'kebodohan' mereka. Padahal, daya imiginasi mereka amat tinggi mengalahkan guru besar sekolah mereka. Kreatif.




Beberapa cendiakawan dahulu mengalami gangguan disleksia ini antaranya Albert Enstein (Physician), Leonardo da Vincci (genius creature) dan Edison (yang mencipta mentol). Mereka tidak boleh membaca dan mengeja pada awal kehidupan mereka. Tetapi, lihatlah. Mereka ialah golongan yang banyak buat perubahan kepada dunia ini. 

Setiap kanak-kanak mempunyai bakat sendiri.

Jika hendak anak-anak berlumba. Jangan pelihara anak-anak tetapi peliharalah kuda-kuda.


Life is all about GIVING CHANCE and totally not about GETTING NUMBER ONE.

but now, he's still alive


sumber : http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179 dan Google

p/s : tengoklah movie tu..sangat menarik..bukan cerita cinta. tadak banyak menari-nari :P


Loading...

Friday, August 12, 2011

GA | Kad raya dari Solicious StoriNori

Assalamualaikum kawan-kawan. #12 Ramadhan sudaa...

nak habaq mai ni...ni nak mengurat Cik Solicious StoriNori dapatkan kad raya untuk tahun ini..


salam ramadhan untuk cik soly jugak!

hik3...last dapat kad raya waktu tingkatan 2 rasanya. Member-menber kasi..Eksited gila ni dapat kad raya.. Rasa mcm retisss gitu orang hantar kad raya...Tapi lepas tu raya tahun lepas ada jugak org hantar tapi x pos la..dia bagi by hand..tapi ok la..dapat jugak an...


Btw, oh Cik Soly....adakah potensi untuk saya mendapat kad raya? HAHA..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA !!



Loading...

Sejarah ini dipadam | Indon vs Melayu

Lokasi : Di sebuah perkampungan di Kedah Tua
Masa : Selepas Subuh adam
Masyarakat : Melayu + Indonesia


Cerita bermula apabila masyarakat Melayu di Kedah Tua menjemput masyarakat Indonesia untuk membuat persembahan tarian Jawa di sana. Sungguh asyik masyarakat Indonesia menari-nari dengan lemah lembut. Para jelita yang menari bersanggul dan memakai baju kebaya pendek sedondon semuanya. Sungguh ralit. Tetamu yang hadir sungguh terpukau dengan liang lintuk.





Punca :

Tanpa diduga selepas acara tarian, tiba-tiba ada seorang penari itu menjerit bahawa ada barang yang dibawanya hilang dan dia menuduh masyarat Melayu Kedah Tua lah yang telah mencuri. Masyarakat Melayu yang penuh dengan adat dan sopan terasa dicabar bila dituduh sebegitu. Maka pada malam yang ditemani purnama mengambang itulah menjadi saksi darah masyarakat Melayu dan Indon telah tertumpah di bumi Kedah Tua. Beberapa orang Melayu dilarikan ke Indonesia termasuk seorang perempuan jelita di kampung itu. Maka bermuram durja lah seluruh kampung.





Perkembangan :

Selepas empat kali purnama, perempuan yang jelita itu dapat melarikan diri semula ke Kedah Tua menaiki sampan yang dicurinya di tebing laut. Dengan bersaksikan kejora yang bertebaran di semesta, ombak badai dia tempuhi untuk kembali ke tanah tumpah darahnya. Mengikat selendang merah di pinggang sebagai simbol semangat membara.

Sampai di muara Kuala Kedah, dia terus berlari mencari rumahnya. Ibu dan tiga orang adiknya sedang dalam ketakutan kerana masyarakat Indonesia masih belum berhenti menyerang Kedah Tua dan negeri sekitarnya. Lampu minyak tanah sengaja dipadam bagi memastikan puak Indon tidak menyerang di rumah itu. Mereka semua terus berpelukan.Dan menangis dalam derita kebahagiaan.






Klimaks :

Malang tidak berbau. Puak Indon berjaya menghidu darah Melayu di rumah itu. Perempuan jelita itu sekali lagi dibawa lari ke Indonesia dan rumahnya terbakar dan seluruh keluarganya ditanam hidup-hidup. 


Pengakhiran :

Tiba-tiba aku terjaga dari mimpiku. Dan tamatlah peperangan itu.



p/s : jangan marah aaa...(aku rasa mcm tak jadi ja)
p/s2 : SELAMAT MEYAMBUT HARI KEMERDEKAAN !!!

sumber : mimpi+otak merapu


Loading...

Thursday, August 11, 2011

High Speed Potography

Salam alaik.. #11 Ramadhan

ok..hari ni kita ringan-ringan ja.
semua gambar-gambar ni akau amik kat photobucket.
selamat mencuci mata!!





















cantik kan?? cepat gila photographer tu tangkap...
aku yang 'parkinson' bila tangkap gambar ni...asyik gegar ja...haha..
ok dah... selamat berbuka!




Loading...

Wednesday, August 10, 2011

Lagu MERDEKA Pilihan.

Salam alaik...hihhi...nak join segmen Musicbrilliant ni..hehehe.. ni la lagu yang paling saya minat...dari sekolah rendah memang lagu wajib ni..hihihi...






TANGGAL 31 BY ALLAHYARHAM SUDIRMAN HJ ARSHAD





lagu pilihan anda?? :)


Loading...

Siapa mampu NIKAH awal ?

Salam alaik. #10 Ramadhan

Siapa mampu nikah awal ? Aku tak mampu nikah awal. Sekian. Aku tak mampu nikah awal sebab aku tak bersedia untuk menggalas dua tanggungjawab yang sangat berat.




Tanggungjawab 1 : Kepada ibu bapaku yang telah memberi sepenuh kepercayaan untukku belajar bersungguh-sungguh

Tanggungjawab 2 : Bernikah dan memberi komitmen kepada suami sekaligus kepada keluarga mertua
.

Maka aku membuat pilihan untuk menggalas satu persatu tanggungjawab itu didahulukan dengan TANGGUNGJAWAB PERTAMA. Bagi aku, tiada apa yang lebih menggembirakan kedua ibu bapa kita melainkan mereka mahu melihat anak-anak mereka berjaya. InshaAllah akan aku laksanakan sehingga mereka tersenyum puas.




TANGGUNGJAWAB KEDUA aku akan laksanakan setelah berjaya mendapat segulung ijazah dan lagi molek selepas mendapat pekerjaan tetap. Inginku berkongsi gaji pertama bersama orang tuaku. (gaji yang ke seratus empat puluh pon kena share jugak).


Aku tak mampu menggalas keduanya-duanya sekali memandangkan bahu aku tidak sekuat mereka yang lain. Dan aku rasa setiap individu tahu kemampuan diri masing-masing. Aku pernah berbincang bersama pensyarahku, beliau berpendapat, biarlah belajar dan berjaya dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.


Kerana hanya yang sudah berkahwin sahaja yang tahu betapa beratnya tanggungjawab itu. Bayangkan, kalau sebelum nikah kita mempunyai 5 beradik, sekarang dah jadi 10 beradik. Kalau dulu ada 50 saudara mara,sekarang dah ada 100 saudara mara. Senang kata, semuanya sudah jadi dua kali ganda. Dan kalau setakat pihak lelaki menggunakan duet ibu dan ayah mereka untuk bernikah + kahwin..errr...bagi aku, DIA BELUM MAMPU MENYARA AKU.




Kesimpulannya, aku masih belum bersedia untuk bernikah. Anda bagaimana??




"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)



nota : sumber gambar dari Google dan Photobucket


Loading...

Tuesday, August 9, 2011

MERDEKA !!

Salam alaik. # 9 Ramadhan

MERDEKA !!!
Bulan Merdeka kan ?? semangat lah ni.


Jalur Gemilang

Sekolah Rendah

Selalunya sambutan kemerdekaan di sekolah disambut pada bulan September memandangkan 31 Ogos, 1 Malaysia cuti kan?? Murid-murid mesti seronok punya pada hari tersebut sebab tak payah bawak beg berat-berat.hohoho


Waktu sekolah rendah,cikgu-cikgu akan memastikan semua murid membuat 'songkok merdeka' masing-masing termasuk perempuan. hehe. Maka, macam-macam rupanya. Bintang yang mempunyai 14 bucu sering menjadi masalah kepada pelajar untuk estimate ruang melukis. hehe (termasuk aku)



tegok songkok adik2 tu..dulu kami buat sendiri.

Lepastu, ramai-ramai pakai sambil memegang lirik lagu Sudirman dan menyanyi dengan sepenuh hati

Tanggal tiga puluh satu...
bulan lapan lima puluh tujuh...
(sambung)
Sebelum itu, tidak dilupa menyanyikan lagu kebangsaan kita. Lirik lagu kebangsaan digubah dan seni katanya ditulis oleh Saiful Bahri.



Lepastu mesti ada pertandingan melukis dan mewarna bertemakan Hari Kemerdekaan. Dan aku mesti tak menang sebab aku 'memang pintar melukis+mewarna'. HAHA


Haaa.. terlupa pulak, pakaian pada hari sambutan tersebut ialah baju kurung, cheongsam, sari, baju melayu dan banyak lagi. Jeans+top tak dibenarkan.


Panjang kan entry aku kali ini. Maka, isi terakhir ialah Bunga Raya warna merah itu yang mempunyai 5 kelopak itu melambangkan 5 rukun negara.Mungkin juga bagi kita (orang Islam) melambangkan 5 rukun Islam ^_^


ada sejenis ikan suka makan bunga raya ni...ikan apa tah??

ANDA PULA BAGAIMANA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DI SEKOLAH ??




nota : gambar dari En. Google
p/s : tahun ni yang ke-54 okeh..

Loading...

Friday, August 5, 2011

Nasi Dagang vs 8 Rakaat

Salam alaik. # 5 Ramadhan (24 days left)

huuu~lambat online hari ni. Lenguh tangan isi tender.

Moreh..tarawikh..

Situasi di kebanyakan surau dan masjid dewasa ini ketika bulan Ramdhan menjelma.
Ramai manusia akan hadir untuk solat tarawikh berjemaah. Tidak kira lelaki mahupun wanita dan tak terkecuali budak berumur 6 tahun.

sumber : google

Semestinya jumlah jemaah masjid atau surau meningkat dengan mendadak.
Kalau sebelum Ramadhan, jumlah jemaah masjid hanya mencukupi saf(barisan) pertama sahaja.
 *kadang-kadang setengah saf
Tapi bila tibanya bulan puasa, Saf disurau tidak mencukupi. Alhamdu Lillah.Sampai begitu sekali.Baguslah, lepas Ramadhan bagai mana pula ?? Waktu subuh?? Zohor??


Bab moreh pula.

"Jah ooo Jah..kelasss Surau bawah rumah aku. Moreh nasik dagang. Surau kau mampoo??" Kata Bedah kepada Jah yang tinggal Kampung Pening Lalat.
sumber : google

"Weh kawan-kawan, malam ni kita serbu surau kat Kampung Niyang Rapik. Aku dengar imam kata malam ni moreh makan lemang dan rendang tok." kata Mamat yang berusia 6 tahun kepada kawan-kawannya yang berumur 15-24 tahun.

"Apa lah diorang ni..Buat moreh sikit,50 bungkus je kau tahu. Aku pon tak sempat merasa. Dah la malam ni makan roti jala cicah kari daging." Kata Melor kepada Melati.


"hahahaha...aku sempat tapau 10 bungkus nasi dagang moreh malam tadi..padan muka depa tak dapat moreh tu...HAHAHAHHA!!" bisik Mak Cik Embun kepada diri sendiri.


KAuuuuuuuuuuuu!! macam-macam kerenah kalau bab moreh. Semua peringkat umur masing-masing ada strategi untuk dapatkan moreh..hahahaha!!
Eh taklah...bukan semua. aku yakin yang membaca ni tak kisah bab moreh..

Kesimpulannya, entry aku tiada kesimpulan. Tapi aku nak hampa yang buat kesimpulan.
Apa tujuannya kita pi tarawikh?? Apa tujuan kita pi solat jemaah ??




Loading...

Thursday, August 4, 2011

Blog : Mari berbincang secara sehat

Salam alaik.. # 4 Ramadhan

Sebelum memulakan penaipan dengan lebih panjang, aku nak berterima kaseh kepada En RepublicAku (aku tak tahu nama sebenar beliau) kerana telah membuat entry yang sungguh mantoppp!! (ya aku sedang membodek) hoho.

Atas kecetekan ilmu aku, aku tak fahan sangat dan mula keliru dengan penulisan beliau. Tapi selepas berbincang dengan beliau dan Luqeem. Dah faham. hehe

Alhamdu Lillah, pada hari ini dunia maya terutama pada laman sesawang blog telah membuka minda aku untuk terus menjadi manusia yang kreatif dan kritis dalam berfikir. Kalau budak sekolah dipanggil KBKK. HAHA. *cukup skema ayat aku hari ini

Perbincangan dalam sebarang isu di dalam blog (di ruangan komen) menjadi semangat untuk sesiapa sahaja(blogger) untuk terus menekan papan kekunci bagi memastikan pembaca paham apa yang cuba penulis sampaikan(membalas komen). Harus diingatkan disini, orang yang komen sangat memberi impak kepada blogger.

Kalau komen

"saya sudah membaca!!"

"nice one" 
penulis sendiri tidak tahu respon sebenar pembaca. Penulis tidak tahu apa yang pembaca inginkan. hoho (bajetakubloggerterhebatkasinasihat)

Orang yang nak taip komen pula, janganlah terlalu  'garang' dalam menyatakan pendapat.. tetanjat boboi. Mungkin pendapat penulis dan penaip komen berbeza. Tetapi susunlah ayat supaya tidak ada pihak yang akan menganggap kita nak cari gaduh..

Lagi satu, aku yakin penulis langsung tidak memaksa pembaca menyokong bulat-bulat pendapat mereka. Kerana itulah, ruangan komen tersedia supaya kita sama-sama dapat bertukar pendapat dan membuat perbincangan secara sehat.



Loading...

Wednesday, August 3, 2011

heyyyy...uols VOT ke TOP ?

Salam alaik..#3 Ramdhan.

*ahhh..terus tak jadi nak buat WW

gay,homoseksual,lesbian..auWW !!

bahasa mereka (GAY)

meks/iols : aku
uols : hang/kau
jejanz : seorang gay


"alaaa..dah puasa..so iols kena la puasa ##$%^ juga..rindu la uols"

"hello?? meks bukan drag..meks adek2 a.k.a jejanz tau..MAMPOO??"

"kaedahnyew la kan uols pakai short pants bulan puase..tak takut dosa ke??"

"uols semua..tengok la hot pic meks ngan BF meks.. uols volee ke? "

"uols...warna kulit muka iols x sekata la...jom la facial uols.."

"ok uols semua. barang wajib meks yang perlu dibawa untuk vacation ialah...lip balm, losyen, mascara maybelline dan yg paling penting... DU**X"

"hey..uols ni TOP ke VOT??"



hahahaha!! ya..antara dialog gay yg dapat aku ubah sikit dari yang asal..(tapi ada juga aku reka sendiri)hahaha..

Kesimpulannya...dah ramai orang kat Malaysia ni jadi macam ni..punca?? antaranya sebab patah hati dengan perempuan...perempuan reject ka apa ka...lebih kurang la..Maka...semoga kita semua terlindung daripada perkara-perkara yang sangat tidak bagus ini..

Rasulullah tak mengaku umat wehh...nauzubillah...Bencilah perbuatannya bukan dirinya. Doakan semoga 'jejanz' ini bertaubat dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Aminn..



p/s : aku tak jumpa perempuan bas semalam waktu balik kerja..sob3..haha

Loading...

Tuesday, August 2, 2011

eh..eh...Awak la..

Salam alaik.. 2 Ramadhan
puasa lagi aku hari ini.

Ramadhan memang betul-betul menguji kesabaran..
Sebelum gerak ke office tadi, aku macam dah bertekad takmau mai kerja dah. *penat*
macam orag lain tak kerja pulak kan?
ni semua sebab kena pi kerja naek bas, so kena bangun awal sebab bas tak tentu.
dan aku sangat mengantuk.macam budak-budak..tahniah afuan!!



"eh..ehh...dia la"

"eh..budak yang selalu balik kerja tunggu bas dengan aku"

"tersipu-sipu malu"

"ouh...rumah awak kat sini rupanya"

"haa..kat sini lah rumah I"

"waaaa..jodohnya kita"
"hehe..eh2, harini awak x pakai tudung belit-belit dah ke?"

"tak..harini kite pakai tudung bawal je..comel gak an?"

"erk??ok la...hihi.."


bas berhenti

"jom lintas jalan sesame"

"jom2"

"oklah..saya p kerja dulu ok"

"ok..balik kerja bole jumpa lagi"

berpisah

hahahahah...dialog kat atas tu semua aku reka sediri.. aku terjumpa seorang perempuan yang selalu tunggu bas waktu balik kerja..tak sangka nak pi kerja pon naek bas sekali..haha..selamat berkenalan..*tapi dia jarang senyum =.="

Kesimpulannya...marilah kita bersabar dengan kerenah manusia dalam bulan yang mulia ini.hoho




p/s : aku perempuan straight..sekian
p/s 2 : nawal addina...saya tak tiru awak kan? hihi.btw...admire all you conversation entry ;)


Loading...

Monday, August 1, 2011

BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK

Salam alaik..*terketar2...first time join segmen




OK. start sekarang..aku masa kecik waktu sahur sampai sekarang dah 20 tahun hidup, tak suka sahur dengan makanan yg berkuah.. tak lalu.antara pilihan aku, telur masin, ayam goreng, nugget makan ngan nasik pon boleh. Kalau tuang kicap makan ngan nasik hangat2 perghhh!! mahu terangkat selera aku walaupun mata tertutup..wohoooo....dah la nak bangun bukan maen 'senang'.

dan tak dilupakan....jeng!jeng! jeng! Telur Dadar.. tapi tak gebu la..tadak masa aku ak pk gebu ka tak..pikir lepas sahur nak tidoq balik ja...hehehe...



wee~sedap ohhhhh....pasti tidoq balik..pastu mak ayah sekali lagi berperang untuk kejutkan aku subuh..perang ngan anak2 oke...sebab aku suka dengan telor dadar ni bukannya apa..senang la mak aku nak buat memandangkan pagi2 macam tadak mood nak masak gulai bagai tuh kan.Sebab utama.telur dadar tidak berkuah...aku tak suka makan sahur dengan nasi yg ada kuah...tak lalu.heheh..ok sekian


p/s : emm...En Ben.ni first time tahu..mcm tak paham ja...hoho


Loading...

Tarawikh, BF dan Hadith

Salam alaik..1 Ramadhan.
siapa tak sahur?? aku dah lapar ni.

ehemm..
tiba2 rasa macam tak biasa nak buat entry.

1. Kes tarawikh 8 atau 20 rakaat??
Jawapan aku yang hina  : Ikut kemampuan, kalau mampu buat 20 baguslah. Kalau tak larat, buat 8 pon boleh. Ingat perkara sunat, jangan sampai ada yang pengsan masa buat 20 tu. (ada ka orang pengsan stakat sekarang?) Yang buat 20, jangan nak berlagak hero nak pandang serong orang yang buat 8 tu. hoho. Lepastu, dah bagus buat solat sunat, jangan nak sesuka hati sesedap tapai ubi tinggal solat wajib. (lapar)

2. Isu nak tayang gambar GF atau BF dalam blog ??

Jawapan aku yang dina : Kes ni, senang ja cakap. Perempuan la yang ramai buat. Kauuuu!! BF aku hensem..Kau ade?? takde diam. Padan muka aku. Aku tadak BF hensem, kalau aku ada, aku pon nak letak jugak. Suweettt gituh kennnn?? haaa..meh aku nak tapak muka kau sedas. Simpan la untuk collection sendiri. Nanti kalau ditakdirkan korang clash, korang cerita pulak korang mencik la BF korang yang curang tu. Korang memang padai jaga maruah diri sendiri. Tahniah.

3. Isu ayat Quran kekal dan sahih tetapi Hadith ramai yang meriwayatkan, jadinya rasa macam was-was.

Jawapan aku bukan seorang ustazah : Isu ni senang ja, aku harap ramai lepas ni yang prihatin terhadap ciri-ciri periwayat hadith (thiqah, daya ingatan yang kuat dan bnyak lagi aku tak ingat). Lepastu, aku harap, jangan ada yang belajar sendiri tentang tafsir Quran dan Hadith. Korang berguru lah. Pastikan guru korang itu betul-betul berilmu ('alim dan jujur). Kang tak jujur, dia tipu korang pulak.hehe. Belajar sendiri belajar dengan sapa murid2?? YA, Syaitan walaupun bulan puasa syaitan dah diikat.


p/s : Kes dan isu diatas adalah yang aku suka bila aku blogwalking tadi. sekian. aku dah lapar.


Loading...