Tuesday, March 22, 2011

Percaya lah...

Assalamualaikum....

beberapa hari ni aku kurang blogwalking...comment2..aku pon tatau kenapa...rasa malas plak..maaf lah..
emmm...kalau hampa nak tau..tajuk entry ni..buat aku sentap..
aku ni jenis manusia yang senang nak percaya kat orang...
sangat senang ok...jadi aku mudah terpengaruh.
ok..entry ni memang cita pasal aku lah kan..malas nak baca pon...xpa..:)

ok..hampa rajin..baguih la..hahahah..
aku dah buat sesuatu yang aku anggap selama ni betul tau..sebab aku percaya kat dia...huh....lama aku buat benda tu selama 2 semester lebih kurang...ok..highlite here, bukan buat dosa besar ok..dosa kecik..tapi still..DOSA..haa..aku memang manusia jahat...bukan niat nak bukak pekung di dada, tapi sebagai pengajaran.

credit to Pakcik Google


aku ni pantang sket org caring lebih sket kat aku...so.. Aku akn jadi mudah pecaya kat org tu... Oklah.. Aku kan PEREMPUAN.. Jadiknya... Mudah percaya merupakan sifat yg aku susah nak kawal... Tambahan kalau org tu berusia pada aku... Aku anggap mcm kakak n abang lah kan.. Memang la depa baek sangat,aku tak nafikan. Tapi still, itu bukan alasan untuk aku percaya kat depa sebenaqnya..sama mcm hampa..jgn mudah percaya ok..

xpasal kartun ni enter frame

Kita boleh percaya kat GURU (Rasulullah s.a.w.) serta IBU dan BAPA sahaja. hah??? Haruan makan anak?? Ibu jual anak?? hehehehe..tu semua ibu bapa yag tak tau tanggugjawab ja..depa langsung x endah dengan amanah yang Allah dah berikan...nau'zubillah ibu ayah kita macam tu. dan juga kita yang bakal menjadi ibu atau bapa suatu hari nanti...insha Allah..

hehehe...Tayah nak pikiaq la apa aku buat..benda simple ja.. Tapi tetap salah apa yang aku buat tu dan aku baru sedaq.. Terima ksih kepada Abang Ludfy dan Kak Muna kerana menyedarkan aku. Ok siapa pon dia..dia tetap bernafsu...dalam english NAFSU=LUST. Jangan mudah pecaya kalau pun kita anggap dia seperti famili sendiri... Famili sendiri pon ada yg buat onar.. Kalau org luaq apatah lagi... Bukan kita nak sangka buruk disini.. tetapi biarlah hubungan kita ada batasan agar tiada kekecewaan pada pengakhirannya. Biarlah bersederhana. Berhati-hati lah... Itu lebih baik.

Dengan kawan-kawan pon jangan la nak percaya sangat...ada jugak style kawan test bf kita ka..tikan belakang ka..sedangkan kita dah anggap dia seperti darah daging kita..kan?? jadi... jgn mudah percaya..

Masuk pulak bab boyfriend ka tunang ka... sama ja konsep dia... dia sapa kita nak percaya macam suami sendiri?? MESTI lah berhati-hati. Ingat... mana mungkin pokok bergoyang kalau tiada anginnya atau tiada siapa menggoncang pokok itu..ye dak?? mana mungkin org laki bole 'stim' kalau kita orang perempuan ni tak kasi 'hint'... agak kasar bahasa aku.. tapi ni lah hakikat... jangan bukak segala persoal matter kat dia...dia sapa ja... memang.. Dia sayang kita.. Kadang2 sayang tu lah yg memberi kita kesedihan...



paham x ni??tah la.. lantak la.. nak percaya jugak.. percayalah.. nak percaya ngan apa yg aku omelkan??ikut suka lah... aku tidak memaksa..

"Ya Allah, Tuhan yang nyawaku dalam genggaman-Mu..Kau ampunkanlah dosa-dosaku ini...Kau jadikanlah aku hamba-Mu ini seorang yang tahu bersyukur dengan nikmat yang telah Kau limpahkan. Ya Allah, Kau tuntunlah jiwaku dan jasadku pada jalan-Mu. Istajibillah humma dua' ana. Amin."

p/s : sapa2 ada komen atau nak betulkan apa yang salah..dipersilakan..

Loading...

Sunday, March 20, 2011

Result . Mereka yang lebih gembira .

Assalamualaikum..,

alhamdu lillah result semester akhirku melepasi target....Terima Kasih Ya ALLAH.

yang pertamanya..terima kasih kepada GURU ku kerana keberkatan yang ada padanya.

dapat melihat kegembiraan pada raut wajah dua orang yang telah meletakkan harapan kepadaku..iaitu IBU dan AYAH.

Kemudian aku terus mencapai telefon menelefon sahabat...Nur Aina Farhani...hanya tuhan yang tahu betapa dia gembira untukku seperti dia yang mendapat result...Tq aina..

Aina


Kemudian aku menelefon rakan seperjuanganku... Nadzirah Annuar...alhamdulillah..result dia pon sangat gempak!!! tahniah !! Programming dapat A-

macam kenal ek??(nad)

Then, aku menaip mesej untuk diberikan kepada seorang yang sudah ku kira seperti abangku sendiri... Abang Nabil...memberitahunya tentang kejayaan aku...sebenarnya beliaulah orang yang telah mencabar aku untuk mendapat dean's list...yes!! memang aku seronok kerana inilah kali pertama aku mendapat anugerah dekan semenjak aku masuk Pusat Asasi UIAM Nilai tu. Beliau terus call aku selepas itu dan mengucapkan Tahniah..Pada suaranya aku merasakan kepuasan dihatinya...Dan yang paling tak menahan, beliau telah memberitahu 'abang-abang' ku yang laen tentang result aku...adooiii!!xperlu lah abg Nabil...huhu..abang-abang yang laen turut melafazkan tahniah kepadaku...

Aku juga menhantar SMS kepada lecturer aku.. Br.Helmi Afizal Zainal kerana beliau lah yang memberi jalan kepadaku untuk menukar program di kala niatku untuk tukar program tidak digalakkan oleh insan sekeliling yang laen.. dari Nursing ke Human Sciences. Beliau sangatlah gembira. Aku juga sangat gembira... Terima kasih bro. Saya doakan bro bahagia...

Kepada Abang Faizal, Abang Nabil, Abang Fendy, Abang Rambau dan Alang...terima kasih kerana selalu mengingatkan saya tentang kejayaan ini. Saya pasti merindui abang-abang semua semasa di Gombak kelak.. Andalah yang terbaekk  !!

Dari kiri...Alang, Abnag Faizal, Abang Nabil...Berbaju maroon: Abnag Fendy dan Abang Rembau


Kalau hampa nak tau..insan-insan di atas tu yang selalu ada disisiku apabila aku sepi, sedih, gembira apatah lagi dan segalanya...kepada semuanya...terima kasih...doakan saya berjaya di Gombak kelak..berjaya di dunia dan selamat di akhirat...Insha Allah.. Terima ksih kepada rakan-rakan  laen yang telah mengucapkan tahniah :)

Kepada kawan-kawan yang laen..sama ada di CFS IIUM PJ mahupun Nilai...
Tahniah buat anda juga !!!

p/s :Kepada dia yang belum/baru tahu result ku...saya harap awak dah tahu dan semoga awak juga mendapat result yang bagus. Awak juga sentiasa disisi..

Thursday, March 17, 2011

Award 99th Follower

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah...99 followers sudaa!! sangat sukaa!! sangat syiiiookkk!!
dari 2 Jun 2009 sehingga ke hari ini 17 Mac 2011 dok menaip untuk blog ini...(tolong gelakkan aku..)
dari Both Hands are Speaking sehingga bertukar kpd Loading...
aku malas blogging selepas aku buat akaun Facebook...curang la katakan...
okeh2...meh cn aku nak bagitau..

SIAPAKAH PENERIMA ANUGERAH 99TH FOLLOWER AKU??
*bajet macam follower dah 11 ribu 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Cik Sya Fiqa .Tahniah !!

ok Cik Sya Fiqa..saya nak kasi award neh..tapi awak jangan gelak ok??sebab saya x pandai nak buat sangat...TERIMALAH!!!!!

Jangan nanges ye Cik Sya Fiqa...award ni sangat x lawa...tp saya betul2 nak kasi kat awak

Kepada follower saya yang laen pon. terima kasih banyak2 kerana sanggup baca entry saya dan sanggup tengok blog saya yang sangat malas ni...hehehehe..
paling saya hargai...komen-komen tuan2 dan cik2 dan puan2 semua...terima kasih sekali lagi..
terharu ni...iskiskisk

*********************************

lagi satu...hari ni ada birthday orang tu....
jeng!jeng!jeng!
disebabkan aku baek hari ni..aku kasi hadiah...

Happy Birthday buat Cik Si Itam Manis 
pandang tak jemu yang ke 2011-1987= ???



hadiah paling buruk Cik Si Itam Manis penah dapat..tu pon kalau terima...hahahaha



ok dah..
sagi pukoi 5 petang result sem lepas dah nak keluaq..doakan aku kawan2!!!
adios...
Loading...

Tuesday, March 15, 2011

Cherita

Pada satu pagi hujung minggu yang dingin...sedang aku tengah layan Horlicks panas bersama roti 4 segi...gatal pulak tangan ini menekan butang "ON" pada notebook  cabok aku. Aku nak melayari internet untuk mencari makna momentous love sebab ada esaimen yang lecturer aku kasi. Tapi aku tingat member aku pesan jangan bukak Wikipedia...sebab takleh percaya. Ramai orang dok edit katanya. Haish...engat aku ni kolot sangat ka, aku bukak dictionary online lah weh!

Boring punya pasal, aku pon cari la drama Adamaya kat TV3 online tuh. Biaq la kat aku nak tengok 40 kali pon.weekkk!! Pergh!!! Sangat ensem itu Adam. Mia pon comel macam aku Maya. Sesiapa yang tak setuju Adam hensem sila pakai spect bulat ni (-O_O-) huahuahua. !!! Tapi aku sangat curious nak tahu kenapa Pengarah atau Penerbit filem En David Teoh tu tak buat movie Islamic kan?? Buat la movie tajuk "Travelog Menuju Tuhan".. See?? tajuk pon sophisticated kot. Mesti ramai orang nak tengok punyalah!!! Silap haribulan kalah movie Kak Limah.. Sabo je lah !

Tiba-tiba Cik Gda promote suruh aku buat blog. Erk???? malasnya rasa....Nuffnang bagai tuh...dia kata buleh dapat duet ribu-ribu.Yelah tu...Pastu dia kata ada banyak benda best, buleh baca orang dok buat kebebasan bersuara dok maki politik negara. Tak kurang jugak orang dok maki artist tempatan... Aiseh... gosip2. Tapi ada jugak benda best, contohnya; blog Salleh. Dia ni boleh dikatakan artist muda la. Nak dengar suara dia?? Cuba dengar lagu Alhamdulillah.emm...sedap cekkk!!! Tapi budak ni bagus orangnya..walau dah famous amous pada usia muda ni tapi dia baek ja. Orangnya rendah. Oupss!!! Rendah diri la..err..xpasal nak promote plak kat sini eh...

Tapi kalau nak buat blog nanti, nak letak nama apa ek blog aku?? Kalau "Bicara Pujanggi" boleh x?? Yelah, takkan Pujangga pulak. Aku kan perempuan, laen sikit la.. Pastu nak letak benda alah widgets yang sparkling-sparkling gituh. Baru nampak feminine sket kan... Pastu kaler pink layout tu... Auuuwww!!! Meletup mak, nyah!! Kompom kalah blog Ben 10.hikhikhik... Lagi 1, nak buat entry pasal apa ek??? Pasal couple ke?? Err...tak perlu sangat..borrinnngg mehhh... nak buat entry pasal mindset. Sebab orang ramai stereotype lah, kalau blogger UIA ja..mesti pasal masjid lah, surau lah..Tapi apa salahnya kan3??? nanti follow aku ok...aku kasi award banyak-banyak....(aku kedekut ok)

"Woiiii !!", Cik Betik jerit panggil aku... " Berangan je keje ko sampai meleleh air liur tuh..."
hehehehe.. " alah kacau daun betul la ko ni betik...Lepak la betik...Smile :) sket..monyok aje muke ko..."

hehehehe....sampai situ ja lah Cherita aku..

p/s : aku nak promote IIUM  bloggers sebenarnya...singgah la kat hijau2 tuh :)
kepada yang telah dipromote maaf ye...blog aku x femes lagi...bole bantu sket2 ja lah...:)

Monday, March 14, 2011

Alahai Jepun...Kenapa Melayu Pemaaf ?

Assalamu'alaikum w.b.t.
ehemm..ehemm...
sebanarnya aku agak risau untuk menaip pandangan aku ni..
tapi..aku teruskan...(inhale...exhale..huh~)

Tsunami di Jepun..banyak event "doa" yang dapat aku tengok berkeliaran di Facebook... antaranya ; Pray For Japan dan 5 000 000 Support Japan with a click. Caring sungguh Mr. Facebook ye.. Tapi aku tak attend pon. Entah kenapa aku rasa tak perlu. Bukan tak perlu untuk berdoa, tapi tak perlu untuk attend. Rasanya kita bole attend 'pray' tu 5 kali sehari paling kurang kan?? paham tak? huhu

Tapi tiba-tiba aku terfikir kenapa orang Melayu begitu semangat mendoakan Jepun...
Mereka dah lupa kah apa yang Jepun buat kat nenek moyang mereka dulu??
bak kata Tun Dr Mahathir bin Mohammad " Melayu Mudah Lupa"
membunuh dan merogol tu biasa la der..macam dah ibadat harian.
tapi sampai nak paksa orang minum air sabun banyak sampai kembung perut, pastu letak papan atas perut orang tu, pastu tentera Jepun maen jungkang-jungkit...parah x??

kalau nak tahu, ni la jungkang jungkit yang aku maksudkan

nak tengok ka macam mana nenek-moyang kita kena bunuh??

macam ni la
(lambat pulak nak upload..maaf..takleh nak upload lebih pics)
gambar tentera Jepun buat anak dara sebagai "ulam" aku tak dapat cari...hehehe...
kejam tak tentera Jepun??tapi kejam lagi Zionist kan??huhu..

Kenapa baik sangat orang Melayu mendoakan Jepun??

Satu, sebab ada orang Islam disana.
Dua, sebab ada pelajar Malaysia disana.

Alhamdulillah...tak ramai yang menjadi mangsa korban...
Sampai orang Indonesia risau sangat pasai pelakon ponografi, Cik Maria Ozawa yang merupakan anak kelahiran Jepun tu.hehehe.. (tq to Encik Thaqif )
tapi yang aku nak highlight ni, rakyat Jepun a.k.a. cucu-cucu tentera Jepun dulu tu...buat apa kita nak doakan  mereka??depa ada doakan kita dulu waktu kita dijajah dan disiksa??tapayahla nak doakan...Jahat x aku??
Memang pon...tapi sebelum kawan aku ingatkan aku bagaimana Rasulullah s.a.w. (selawat ke atas Baginda) tidak membalas dendam terhadap bangsa yang telah menghalang perjuangan Baginda.

Hah....sebab tulah Melayu tu Pemaaf orangnya.Sebab orang Melayu kan orang Islam jugak dan orang Islam tu kan umat Rasulullah. Jadi,kena la ikut jalan Baginda.
Kalau nak diikutkn hati, mau aku sumpah seranah ja puak-puak Jepun tu bgi pupus...tapi...balas dendam bukan nilai yang baik...maafkanlah...

anda macam mana??boleh maafkan tak??
Loading...

Saturday, March 12, 2011

Rugi Tak Kalau Tak Belajar Di Luar Negara??

Assalamualaikum w.b.t.
mood : mendengar lagu...

seronok tak belajar di luar negara agaknya??

apa rasanya??

dapat ambik gambar banyak-banyak kat sana kan??

dapat tunjuk kat dalam facebook??ouupps!!xlah... *no offense

pernah tak hampa terfikir untuk sambung belajar kat oversea...and we become foreigner there!!!hahahha..
kalau aku??yes...aku pernah...dan cita-cita aku ingin menyambung pelajaran di United Kingdom dalam bidang Psychology :) *xperlu sangat afuan

jom kita tengok...apa kata mereka??

ZZZAAASSSS!!

soalan aku kepada mereka : " rugi x kalu x blaja kat oversea? "


pelajar yang belajar di Rusia

pelajar yang beljar di India. *maaf kurang menjawab soalan...hehe

graduan UIAM Gombak. =.=" *terpengaruh dengan Tsuami kat Jepun tu

pelajar yang bakal belajar di luar negara. *kesian..hehe..cam x ready plaks.

pelajar UIAM. *nampak sangat ^-^

hehehehe..tulah seniors dan kawan-kawan aku punya jawapan...
kita yang belajar kat dalam negara ni kadang 'tergedik-gedik' nak belajar kat oversea padahal kita tak tahu apa yang pelajar Malaysia yang berada di luar negara alami dan mereka sebenarnya berhadapan dengan banyak risiko. Contoh yang paling jelas :
1. Di Mesir baru-baru ni pelajar Malaysia terpaksa pulang ke Malaysia kerana kes Hosni Mubarak tuh.
2. Pelajar di Australia (aku lupa daerah mana) terpaksa berhadapan dengan banjir dan kerajan di sana buat tak endah ja kat pelajar Malaysia.
3. dan pelajar di Rusia:
amekow!!

 lebih kurang macam tulah keadaannya. Kat sini bukan aku nak bagi tahu yang belajar kat oversea tu tak bagus dan belajar dalam negara sendiri bagus. Cuma aku ingin membuka mata dan hati kita semua yang belajar di oversea bukan lah setakat nak seronok-seronok ambik gambar lawa-lawa atau nak berlagak kaya kalau dapat scholar berjuta-juta. Kalau itu yang hampa fikirkan, adoii..pakat fail ramai2 la jawabnya. Banyak dugaan belajar kat negara orang ni. Aku yang taip ni ada experience la sket sebab belajar kat UIAM .Bukan nak kata la, tapi foreigner tersisih jugak la beb. Kesian...

Kat dalam negara sendiri pon sebenarnya kita berhadapan dengan risiko. Contohnya :

1. $$$ tak cukup.
hehehe..buat setakat ni, tu ja yang aku nampak..yang lain... Alhamdu lillah...aku bersyukur negara kita aman harmoni walaupun kerajaan dan pembangkang selalu bertekak..tah yang mana satu betul pon aku tak sure. *maaf bab ni aku tanak kupas sangat. Jadi berbahagialah anda kerana belajar dalam Malaysia!!!

Kesimpulannya, tidak rugi kerana masing-masing ada baik dan buruknya...Kalau masih nak pergi oversea jugak, belajar pandai-pandai, kupul duit. Pastu pergi la mana-mana yang hampa suka ok..:)

Nasihat seorang ibu :

Kepada pelajar yang belajar di luar negara, belajar lah bersugguh-sungguh. Tahniah !! anda terpilih menjadi duta kecil di sana tapi jangan lupa untuk kembali berjasa pada negara tercinta dan jangan lupa budaya kita :)

Kepada pelajar yang belajar dalam Malaysia tanah tumpah darah kita ini. Bersyukurlah anda. Janganlah nak berlagak macam 'omputeh' plak. Melayu kenal siapa Melayu :) Belajar rajin-rajin jugak ok.

sekian...apa kata anda???
Loading...


 

Saturday, March 5, 2011

Make A Move

Salam alaik...
NUR AFFUAN BT SHAHEYALAM..
make a move
because you are
made to move
lebih kurang seminggu aku kat Pendang..tapi maseh pada rutin yang sama..

1. Tidur
2. Makan
3. Online dan maen Cityville sampai lebam
4. lagi???

then i must decide what will be done...

1. Pujuk ayah untuk pergi PPD bersama untuk dapatakan jawatan "Guru Sandaran" bersama kawan aku..Nadzirah...kalau tak dapat jugak, jadi Examination Invigilator Ass. di USM.


2. Membuat keputusan untuk major di Main Campus IIUM Gombak. 
Political Science atau Psychology atau Communication
3. Menyimpan duit gaji seandainya diterima bekerja sebagai persediaan di Gombak kelak.

4. Mengulangkaji semua 'core courses' sebelum masuk main camp. (bagilah aku kekuatan Ya Allah)

5. Membaca akhbar atau meng'update'kan diri dengan isu luar dan dalam negeri.

6. Mencuba untuk dapatkan pinjaman dari MARA.kalau x dapat, kena mengamuk jugak sebab aku ANSARA a.k.a. anak MARA.

7. sudahlah...



Hah...ni la kawan aku tu...promote sket...'nama dia Nadzirah...but  not available...hahaha..apa??muka mintak penampaq??bagi ja...:P
hahaha...ok lah...bersama-samalah untuk merealisasikan impian aku pada cuti kali ini!!!!
Pulon Affuan Pulon!!!


p/s : sapa2 nak komen atau nak tambah idea impian Afuan Shah..yes..u may...:)

Wednesday, March 2, 2011

KAU MAWARKU...

SALAM ALAIK...entry pada kali ini hnyalah...

MAWAR...

ni ros putih...cantek kan...sejuk ja mata :)





hehehe..ni pulak mawar kuning..selalunya mawar kuning diberikan kepada sahabat dari seorang sahabat..



maaf ye...pic ni kurang sharp..mawar merah ni la yang selalu dijadikan bukti sang pencinta manusia.. :)



ni pulak warna biru...seperti yang kebanyakan sudah tahu..tiada satu pon tumbuhan berwarna biru..jadi ini yang fake..but i'm lovin it!!


hihi...purple in color...

yang ni pon fake...tapi hijau my faveret color..jadiknya, aku letak jugak!!

tu ja la yang aku nak tunjuk kat entry kali ni...
cantik kan bunga2 ni...
pokok renek ni susah jugak nak berbunga .kena pandai jaga n di manja..
kalau berbunga susah pulak dipetik..sebab berduri..almaklumlah cantek sangat...
hehehe..
kk..adios..!

Tuesday, March 1, 2011

PAUL SMITH atau ZARA ???

Salam alaik...
1 MAC 2011.
aku rasa macam pelik sikit dengan entry kali ini.
almaklumlah,sejak bila aku pandai nak discuss pasal brand and fashion kan...
tapi pagi ni..JOM!!!
ada tips sikit untuk hampa..

Lebih kurang pukul 1:30 pagi hari sabtu lepas...cousin aku kejutkan aku untuk meronggeng(bejalan-jalan) di downtown, KL.
aku dah tangkap lentok dengan bantal waktu tu, bole plak dia kejutkan aku...
tapi aku pon p la...terus sarung tudung dan............sampai...hehehe...dengan menaiki Kancil.

Jalan punya jalan...
jumpa la macam-macam benda...
Beg Bonia , Baju , Tudung Rozita Che Wan (beliau suda tukaq karier,hampaa bole jumpa dia kat sana), kasut NIKE, selipar FLIPPER dan banyak lagi 'branded goods'...
tapi sumpah!!!
kalau hampa nak beli PAUL SMITH pon bole pejam mata hulurkan duit...murah saja...
because it is... THE ORIGINAL FAKE.
muahahaha...alaaa...apa ada hal...janji bole pakai sudaa la...
kalau belagak mahal2 pon, poket kering x guna jugak kan??

ok..aku sebenaqnya tengah mencari-cari jeans...
tetiba aku terpana pada sebuah meja yang sangat banyak jeans..
brand yang ditawarkan(kenapa penggunaan istilah mcam..tettt) :

1. Paul Smith
2. Zara

yang aku engat harga ZARA.. RM 50.00..murah kan??belum ada tawar-menawar lagi..mau tinggal RM 40.00..hehehe
tapi before tu aku terpegang Paul Smith...aku x survey pulak harganya...
ok...kat cn aku nak tanya hampa...(kepada sesiapa yang suka shopping kat downtown atau uptown girl saja)
antara Paul Smith dan Zara..mana hampa nak pilih??
jeng...jeng...jeng...
TIPS agar tidak terkantoi beli benda murah atau fake...
carila brand yang agak2 hampa mampu kalau ianya real original...
kalau Paul Smith tu..yang original punya..mau cecah 4K kan???hahahah..agak la...memang nampak macho la kalau hampa pkai derr...tapi...member kompom dah tau hampa beli benda fake...sebab dia pon tau hampa tak mampu nak keluarkan 4K untuk sehelai jeans kan..
Kalau Zara...bole blah lagi...maseh affordable la kalau beli yang ori pon.
Jadi...konklusinya...
kalau nak shopping kat downtown atau uptown...cuba beli benda yang nampak original dan mampu dibeli oleh anda. ok2,,memang la kt downtown tu hampa mampu nak beli Paul Smith..tapi pk balik la..nampak sangat nipunya..hehehe...agak2 suda la..

ada pics sket...
ZARA...pon bole...hehhe...

Paul Smith...cool kan???
sapa tanak kalau dapat free??
meh cn.aku sepak laju2..



ok...aku rasa tu ja tips aku...
bye..ada tips lagi??sila komen..hehehe