Salam Jumaat semua..
disaat menaip entry ini, mungkin readers rasa aku touching bagai...tapi x pon..
dah lama aku nak bgtau perkara nii..SOAL HATI..
WANITA..
Ada diantara manusia diluar selalu mengatakan..apabila ada pasangan yang couple,
WANITALAH YANG DEMAND SEGALA-GALANYA..
Perempuan itu sebenarnya tidak mahu untuk demand pada awalnya.contoh demand :
CALL SELAMA 5 JAM SEHARI,
MESEJ SEHARIAN SAMPAI TERTIDUR,
JUMPA 2 KALI SEHARI,
DAN MUNGKIN DEMAND UNTUK LELAKI TU PIMPIN TANGANNYA KETIKA MELINTAS JALAN.
dan lain-lain... dalam kata lain untuk mendapatkan perhatian 200%
Tapi ingin aku bagitahu disini..
Yang namanya perempuan ini sangatlah rapuh..
Serapuh biskut raya tu...yang sekali masuk mulut terus cair tu..
Dalam masa perhubungan antara dara dan teruna.
lama kelamaan. "feel of belonginess" (aku pakai dictionary aku sendiri, tolong la betulkan) atau rasa hak milik semakin kuat..betul tak?
lepas tu, mula lah, si perempuan kalau tidak dapat mesej dlm masa sehari dari lelaki itu, dia akan terfikir seharian..
" aku ada buat silap ke??"
"aku ni menyusahkan dia ka??"
"atau dia kehabisan kredit??"
"atau dia tidak mengingati aku?"
begitulah lebih kurang...dan lebih teruk kalau dia send mesej, si lelaki tidak reply. PERGH!!
waktu ni rasa mcm nak lempang laju2!! hahaha...
itulah perempuan...bukti hatinya rapuh...kurang sabar...
dia mungkin tidak memikirkan lelaki itu sibuk dengan study, kerja..atau sedang dalam masalah.
dan sesetengah lelaki "tidak melekap" dengan handset mereka seperti kebanyakan perempuan.
maka..Gadis itu dengan emosional yang melampau bagi mesej macam ni
" awak..saya dah banyak sabaq ngan awak ni...tapi tahap kesabaran saya ada batasnya. kenapa?? susah sangat ka nak reply mesej saya?? awak ingat saya ni tehegeh-hegeh kat awak ka?? awak yang mengorat saya dulu kan...wuteva..ikut suka awak lah..."
see?? adooyaiii..perempuan kan?? tapi ini lah dugaannya..perempuan ni nampak ja matang. tapi dia sebenarnya ingin dilayan seperti puteri jika si lelaki tidak dapat mengawalnya...ulang: JIKA SI LELAKI TIDAK DAPAT MENGAWALNYA. mengawal bukan bermaksud mengongkong. sila fahamkan :)
sepatutnya si lelaki perlu dan harus menegur si gadis dengan berhemah. pesan kat si gadis lembut-lembut. Insha Allah, gadis tu memahami. Seorang perempuan bisa menerima teguran. hehe.. contoh teguran:
" awak, kalau boleh janganlah send MMS gambar awak. Saya risau laen yang jadiknya..Saya sayang awak. Saya tak nak dengan benda-benda remeh ni akan merosakkan hubungan kita. Saya rasa awak faham maksud saya. "
" awak, saya bukan taknak mesej awak, Tapi jangan lah seharian kita bermesej. Nanti mungkin akan mengeruhkan hubungan kita dan mungkin akan menimbulkan perasaan yang "melampau" dalam hati kita berdua"
begitulah lebih kurang...
perempuan tidak demand pada mulanya.
tetapi lama-kelamaan...dia semakin sayang kepada lelaki itu dan rasa wajib lelaki itu memberi perhatian kepadanya. Mungkin dia terlupa, lelaki itu banyak tanggungjawab lain lagi :)
ini saja lah yang aku nak share. Aku menulis berdasarkan pengalaman yang terdapat disekeliling aku.
Sepatutnya melengkapi antara satu sama lain adalah jalan terbaik.
Lelaki jangan teragak untuk menegur perempuan jika perempuan itu "terover". Aku pasti, lelaki ada pendirian yang lebih kuat dari perempuan :)
Loading...