Wednesday, June 22, 2011

Tak tutup Rambut dosa sekilo. Tak tutup Punggung dosa 50 kilo.



" Sy mgkin ta ttup rmbut sy, tp at least sy ttup bontot sy. Anda?"
[quoted]

Kat atas tu merupakan keratan status manusia 'gegirl' di FB. Aku terkejut kot. boleh pulak dia keluarkan statement macam tu?

Dia ingat kalau tutup rambut dapat dosa 1 kilo..pastu kalau tak tutup bontot dapat dosa 50 kilo ke??
sama ja la weh...hadoyaaiii...
pastu dah org bangkang status dia dan mintak dia delete status tu...dia boleh pulak nak keluarkan Article 10 Perlembagaan Persekutuan...

hah..gile kau!! Kau tahu tak Article 10 Perlembagaan Persekutuan??
Article 10 Perlembagaan Persekutuan : Kebebasan Bersuara.
mengikut apa yag aku faham, mungkin status dia bermaksud :
"ikut suka aku lah aku nak buat status apa pon..aku ade pakai akaun FB kau ke??"

Hebat kau dapat hafal perlembagaan persekutuan bagai...
Tapi aku rasa kau lupa Rukun Negara yang pertama : Kepercayaan kepada Tuhan.
Siapa Tuhan kau??Allah kan...
Janji Allah janji benar. Siapa yang bukak aurat akan dihukum dengan kehendak-Nya.(kecuali org yang bertaubat)
Tak kesahlah kau nak bukak yang mana satu pon kan..

Kot ye pon kau tak puas hati orang tu tuck in pastu nampak punggung, tapi tak payahlah kau buat statement
"Sy mungkin tak tutup rambut saya, tapi at least sy tutup bontot saya. Anda?"

apa masalah kau?? kau memang 'mengundang' lah.

Sama ja la weh...Kau tak tutup rambut ke, Kau tak tutup bontot ke, Kau pakai legging ke, Kau pakai tudung nampak leher ke..Aurat tetap aurat yang wajib ditutup bila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Aku rasa nak gelak guling-guling sebenarnya bila baca status dan komen2 kat status tu..HAHAHAHA!!

Apa-apa pun.Aku doakan aku dan kau mendapat hidayah supaya menjadi wanita yag solehah..inshaAllah..
Aku pon tak baik mana...banyak lacking lagi.. We all not perfect brada...but we can be better.
Wallah hua'lam bis sowab...


p/s : Aku mintak maaf kalau ada yang terasa.. Aku pon tengah perli diri sendiri sebab kadang2 kita tak sedar..kita pernah terfikir macam status tu.

Loading...

Monday, June 20, 2011

Paham tak?

Salam...


Paham tak bila hari ni hari isnin??
so da lagi 4 hari aku kena kerja minggu ni

Paham tak bila aku kena kerja??
Kerja tak best ok

Paham tak bila kerja tak best??
Aku akan rindu untuk pergi ke kelas

Paham tak bila aku nak pi kelas??
aKu harap bulan 9 datang cepat-cepat..

Paham tak bila bulan 9 datang cepat-cepat??
maka cuti dah tiada...

Paham tak bila cuti dah tiada??
So, aku tiada masa untuk meronggeng...
Paham tak bila aku tiada masa meronggeng??
Maksudnya aku sentiasa busy dengan dunia universiti.

Paham tak bila aku busy dengan dunia uiversiti??
Aku akn kembali depression...

Paham tak bila aku depression??
Mood swing.

Tahu tak kenapa benda ni berlaku??
Sebab aku manusia yang lembab nak fikir yang tu semua rezki dan nikmat semasa sehat, masa lapang, masa muda dan semua...

Astagfirullah hal adzim..

Loading...

Sunday, June 19, 2011

KEBAHAGIAAN

BAHAGIA
ITU
TETAPKAN
ADA

JANGAN
DIKEJAR
TETAPI
CARI


Loading...

Tuesday, June 14, 2011

Tangis Melayu 2

sambungan entry Tangis Melayu

mode : medengar lagu Warisan

salam alaik...

orang Melayu mana tak tahu lagu ni ?
buat malu lah kalau tak penah dengar kan...
tapi aku rasa memang ramai bergelen tak tahu lagu ni...
Kalau yang penah pergi BTN mesti dah hafal lagu ni...
ouh...patutlah ramai yang tak reti hormat bangsa sendiri
sampai ada blog yang memaki bangsa ini...


Semalam aku tonton tv
Tekejut aku.
ada lagi belia Melayu yang tidak tahu maksud simpulan bahasa mudah
"Langkah Kanan" pon tak tahu.
Malu...siapa malu??
pakai baju macam berkemban tak malu pulak.haisshh..


Sedih...sedih...
Sejarah sendiri pon tidak mahu tahu...
Mana nak tahu gah orang Melayu dahulu...
Tun Sri Lanang, Mat Kilau dan Tok Janggut semua tu...
Kalau tak usaha mereka, kau tak duduk kat Tanah Melayu.


Kecewa..kecewa...
Melayu tinggal hanya kuasa..
Tapi sekarang sesama sendiri pon nak bertikam lidah...
Dekat mana??
Dekat laman sesawang politik...
Pemimpin ok saja...(ok ke?)
Penyokong yang dah porak peranda...
Orang Cina India dok gelak kat kita.
Mereka berkira-kira tidak lama lagi tanah ini jadi milik mereka.


Bangunlah..bangkitlah...
Orang Melayu tidak boleh lupa...
Nenek moyang kita kaya raya...
Tidak kira pemimpin atau rakyat biasa.
Tapi sekarang...??
Pemimpin pon miskin .... Rakyat juga merana...
Siapa tak mahu kaya bahasa dan dunia....
Kaya akhirat jangan pula di lupa.

klik untuk pembesaran



Loading...

Thursday, June 9, 2011

Kemanisan

Salam alaik
Penah rasa manis??
mesti pernah kan..

Dia pernah rasa manis dulu..
rasa manis itu menandingi semua kemanisan yang penah dia rasa sehigga sekarang.
bila dia dalam kemanisan itu.
tiada apa yang boleh menghalangnya dari merasakan kemanisan itu.
Dia sanggup berkorban demi kemanisan itu.



Awal paginya diserikan dengan kemanisan dimana tika itu ramai yang sedang menikmati kemanisan tidak seberapa
Masa rehat kudapan dia berkejar untuk merasakan kemanisan itu walau hanya lima minit.
Pada tengah harinya pula, dia sambung untuk mencari kemanisan itu...
Petang juga diserikan dengan kemanisan..risau juga kalau-kalau ianya terlepas...
Pada senjanya dia menunggu lagi...ditemani dengan bahan-bahan untuk merasakan kemanisan itu sehingga malamnya..

Tapi oleh kerana kecuaian nya...
Dia terlepas...kemanisan itu hilang.dan kini yang aku cuma rasakan hanyalah tawar.
Dia tidak menghargai kemanisan itu.

Dia mengharapkan kemanisan itu tidakkan pernah pergi jauh sangat darinya.
Dia berdoa pada-Nya agar kembalikanlah kepadanya kemanisan itu.
Kemanisan itu merupakan nikmat yang tidak terkira dan nyata sangat susah untuk mendapatkannya.



Wallahu'alam


Loading...

Wednesday, June 8, 2011

Potensi Menjadi Lelaki Pengotor

mood : sedang menunggu lagu Hey Soul Sister yang tersekat2 di YouTube

Salam...Rabu sudaaa...!!
soooooooo....lama benau plak x update blog ni kan...

straight to the POINT
antara ciri lelaki yang berpotensi menjadi pengotor/tidak kemas di mata perempuan cool bebeh...HAHAHA!!
(pada mata kasar)

1. Yang utama : tidak membuang bulu ketiak...

Kalau aku, memang terus cop pengotor. Kemonlah!! dalam Islam pon diharuskan* membuang bulu ketiak. Untuk pengetahuan lelaki di luar, bulu ketiak antara punca badan berbau okeh!!! eyuuuuuu~

2.  Bila dia bancuh Nescafe atau kopi, dia tak reti nak basuh mug/cawan yang dia gunakan.. 

I hate that !!! tanggungjawab lah weyyy...Kalau kat pantry ofis ni..ada sorang mcm tu..kemon...ofis ni tadak maid untuk awak k. Huhh~~

Pedia ni???


3. Kalau dia bukak kasut, dia x reti nak susun elok-elok.

Main campak-campak ja kan... Nak jugak aku campak dalam tong sampah.

4. Dia tak bawak sapu tangan bersamanya.

Heyeahh!!! susah dah skang ni nak jumpa laki bawak sapu tangan kan?? Tapi ayah saya bawak ok. Ya lah..kalau terbersin k, mulut tercomot k...nak lap kat mana kan?? asyik mintak kat perempuan tisu ja.. Ingat perempuan kilang tisu ka?? lalalala~~

Kalau rasa membazir beli, yang kenduri kahwen punya pon ok


5. Menghisap rokok yaw!!!

Weyyyy..memang abu rokok nak kena ada kat belakang kabinet bagai.. Please la smoker di luaq sana.. tanggugjawb lah dengan abu rokok anda dan puntung rokok. Lagi 1 weh... kat ofis ni toilet share laki pempuan.. memang nak kena jumpa puntung rokok dalam mangkok tandas tu lah kan!! What the hellllOOO?? memang mangkok!!




6. Kereta dia

Orang kata kereta bini kedua bagi lelaki yang sudah berkahwin kan?? Tapi ada jugak yang jenis letak hangar/penyangkut baju lah, ada puntung rokok*again, dan segala bagai.Anda boleh lihat dia akan meletakkan di bawah seat atau kat tempat duduk belakang...susun elok-elok boleh kan?


Yang ni ja lah untuk setakat ni. Yang lain saya x dapat nak dikesan lagi. hehe
Kalau ada yang nak tambah atau apa-apa yang laen..bole lah tinggalkan komen... hehe


p/s : ada jugak ciri perempuan pengotor ni. Tapi cari sendiri lah eh...huahuahua!! btw....sorry!! (:




Loading...

Friday, June 3, 2011

Nikah Bab 1

(entry panjang)
salam alaik..
cecehhh..mentang2 hari Jumaat nak cerita bab nikah pulak kan..suka la tu kan?
tak..sebenarnya bukan aku nak cerita pasal hukum kahwin, syarat wajib suma tuh...aku tak pandai.
tapi aku nak cerita pasal benda remeh...ok uollZZz ??

BAB 1 

aku taknak letak gambar pengantin bersanding ka...nikah ka...
sebab hampa semua pon mesti penah pi kenduri kahwin atau hampa dah berkahwin pon..
suka saya berbicara, berkenaan tentang make up waktu akad nikah, bersanding, acara berinai, acara apa2 lagi lah..ikut adat kat tempat masing-masing.

aku faham, kita kahwin kalau boleh nak sekali ja seumur hidup kan kan?
tapi...ingat, kita disarankan untuk bersederhana dalam semua hal. Termasuklah bab MAKE UP. yes.
amacam??boleh dah bayangkan pengantin perempuan make up tebal tebal 3 inci?? eye shadow 4 5 color??
 "tak apa lah, nak naek seri uolllzzz", kata seorang mak andam pondan.Naek seri lah sangat.

Aku pelik, kalau waktu akad nikah dah pakai make up tebal-tebal tu, macam mana nak solat sunat lepas akad nikah tu kan...ya..ya...sunat ja pon...tapi takkan hampa takmau buat solat sunat yag akan dilakukan hanya sekali seumur hidup?? bersama suami tersayang..ouch!! so romantic!!! *berangan. Then baru acara membatalkan air sembahyang...so sweettttttt!! *berangan lagi



Beralih pula kepada acara persandingan yang memang tak dapat dikawal oleh masyarakat Melayu kita. Ouh...Tidak mengapalah kalau tidak mahu menepung tawar atau menepung manis pon. Lagi baik. Tapi.. Tapi...tak payahlah anda dan saya (bakal pengantin) nak pakai make up tebal-tebal. Kenduri dr pukol 11pagi sehingga pukol 5 petang katakan, takkan nak buang make up 3 4 inci tu kan nak solat pulak. Aku bet weh...tak kan punya. Ingat senang ka nak buang maskara tu?? i mean yang waterproof. Rajin benau mak andam nak make up berjuta-juta kali. Dah la ramai tetamu yang datang dan pengantin mesti kena layan kan? Tapi kalau ada yang berhenti untuk solat, Alhamdu lillah. Aku bersyukur.Tapi kalau make up biasa-biasa sahaja mesti tak jadi masalah untuk kita nak ambil wudhuk kan??

Hari yang bahagia sepatutnya mendapat keberkatan-Nya.
Aku memang tak layak nak berbicara soal nikah kahwin ni. Tapi ni pemerhatian aku.
Special make up for my future husband..auWW!1
Aku doakan kita dapat berfikir secara sederhana di hari bahagia itu nanti..InshaAllah :)
Lagi 1, kalau mak andam tu yang nak make-up tebal-tebal untuk anda, cakap ja
"I bos atau u bos?"


p/s :kalau ada yang salah...sila betulkan..anda mampu mengubahnya :)

Loading...

Wednesday, June 1, 2011

I am Heartbroken. Please Give Me Sit

Salam alaik..
Sedang aku melayan perasaan didalam bas RapidPenang semalam petang.

Tiba-tiba aku ternampak "sign" (kot) yang suruh kasi priority kat manusia yang kurang upaya.
apa??sign ja kan?? tapi aku teruja..nak buat macam mana.HAHA. Jom tengok kepada siapa kita MESTI bagi KEUTAMAAN untuk dapatkan tempat duduk dalam bas RapidPenang.


Warga Emas?? Kos Of !!

Ibu Mengandung?? Sangat patut !!

Parents yang ada baby/ anak kecil?? Tak kasi nanti budak tu mengamuk plak.

**********

*******

****

**

*

*

*

*

*

*
nampak tak yang kaler merah tu apa???

Haaa....untuk mereka yang PUTUS CINTA!!!!! =.="

Weyyyyyy...aku memang terus capai henset buruk aku dan snap gambaq2 tu.  Lantak la orang nak kata aku jakun pon :P
Aku rasa mugkin pihak Rapid nak letak 'sign' orang yang mempunyai masalah jiwa (mental ilnessess) tapi gambar tu serius aku jadi fikir 'sign' orang yang putus cinta. Mungkin orang putus cinta ni ada masalah jiwa jugak kot. Wallah hu'alam :) So semua, tolong ya

I AM HEARTBROKEN. PLEASE GIVE ME SIT

please give me sit in your heart..cecehhh..lawak saja...

okeh...aku rasa mcm aku sorang ja yang ambil serius benda ni..hehe

p/s : maaf..gambaq2 tu kurang cun sebab camera phone aku cikai

Loading...