Friday, March 23, 2012

Kaku

Assalamualaikum wbt..

terkadang kaku melihat itu
ada kalanya tersenyum
yang penting, aku tahu engkau gembira

tapi aku kaku jua sehingga bila-bila
 

mungkin pada masa yang lepas
yang pernah kita hadiri bersama
menjadikan aku tersalah perkiraan
sepatutnya, aku sedar diri

dasarnya, aku tak mengharap
namun, engkau bak haruman mawar putih
yang segar
dan aku mula melakar sesuatu yang indah
di atas kertas putih

kertas itu akhirnya terkoyak
dek kerana duri mawar putih itu
aku mengaku mata aku tidak menipu
pada hari itu
aku teresak..ya..engkau tidak pernah menipu

aku serupa tak mampu melihat kau bahagia
aku tahu ia bukan milik aku
aku tahu..engkau tak pernah khilaf
kerana itu engkau tidak meminta maaf

engkau teruskan kebahagiaanmu
kini syurga duniamu makin hampir
tapi syurgaku maseh jauh
membuatkan aku maseh bermimpi

aku tahu engkau tetap gembira
walau tanpa kehadiran aku

dari dulu kehadiranku hanya
mengisi ruang masa
sekali lagi, aku yang terlalu mengharap

sedaya kudrat ku cuba untuk merelakan
syukur, kerelaanku membuatkan ku bahagia
tapi aku maseh kaku
engkau dan aku tidak mungkin akan bertemu.

memujuk hati
engkau sudah pergi
dan takkan pernah kembali lagi



Loading...

Thursday, November 10, 2011

Bosan rupanya

 Salam alaik..
tak lama lagi rasanya blog ni akan gulung tikar..
aku memang tak menyempat semenjak masuk Gombak nak update apa-apa..

hmmm..
sibuk..serius busy..
cuba untuk mencari masa untuk diri sendiri.
demam, cirit-birit, hampir asma, batuk n selesama tu dah bole adapt dah ngan diri aku kat Gombak.
tapi enjoy la...student life  kata orang.
maka...live the life lah kan..

pastu, assignment punya pasal..sampai bole gadoh2 sampai demam..HAHA.
very lembik la afuan wehh..
midterm exam pulak..
xpa..yang ni ok ja..sebab aku memang bukan jenis yang stay up.
mata aku ok..tapi otak aku jammed.

kepada sesiapa yang ada masalah...any kind of masalah ...
be calm..follow ajeeewww...
kalau masalah ngan manusia, mintak maaf tapi before tu bawak bawak la BERBINCANG
kalau ada masalah ngan buku, rebus ja buku tu ok..
nanti ok la tu.
adios..



Loading...

Saturday, October 1, 2011

Out from Comfort Zone

Salam alaik tsheeeeeeeeeemuaaa..
sebulan lebih aku tak buat post baru dan jujur aku tak blogwalking.
biasa..aku aku kat UIA memang malas nak online. sebab utama : LOADING.
nama blog aku  LOADING pon ada kaitan dengan masalah kelajuan siput babi internet disini. harap maaf

ok ok.. straight....I  am officially an IIUM Gombak student now after the bai'ah ceremony.
well.. taa'ruf week is the very very 'best' ever. Tak boring langsung. Seroiusly proportional.

Lepastu add and drop course session..
the very very 'best' jugak sampai kena buat manually.
kaki aku macam dah nak tercabut nak cari lecturer bagai mintak signature.
maka sem depan, aku akan jadi seperti pelesit untuk merampas group/class yang aku nak secara online.
total credit hour for this semester : 12.5
ya sangat sikit gila.

datang pulak PTPTN.
terima kasihlah sebab susahkan aku..
kena apply lagi sekali lepastu aku akan dapat duet pinjaman tu lambat.
(aku memang suka isi borang ribuan kali)

Maka, kesabaranku amat dicabar selama aku duduk kat UIAM Gombak ni.
tak..tak..bukan salah UIAM..salah aku senarnya =.="
mahallah/ asrama aku jauh gila dari kelas...
kbai.

Thursday, August 25, 2011

khamis yang spontan #1

Salam alaik. #25 Ramadhan

Tiba-tiba tadi aku nampak status member aku yang meng'quote' kan ayat-ayat terbaek Maria Elena. Alaa, yang pasal hijabers tu.

Tiba-tiba aku terfikir, kenapa sebelum ni kita dok dengar ceramah, bukak youtube pasal aurat kita tak terkesan pon. (maksud aku kepada yang tak terkesan la, contohnya aku)

Tiba-tiba baru aku teringat, writing is an art of Psychology.

Tiba-tiba baru aku terfikir, writing is an art of Communication.

Tiba-tiba aku rasa, Writing may influence readers :)

Tiba-tiba aku rasa, bloggers have their own creativity and they can also influence people indirectly !

Tiba-tiba aku rasa, wow!! aku pon seorang blogger :)

Tiba-tiba aku rasa..ok...perasannya aku. sekian.



p/s : Selamat HAri Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin
p/s 2 : Tqvmlove Cik Soly for the very first card raya for this year :)



Loading...