Thursday, July 7, 2011

2004-2008

Salam alaik.

2004 : Dia dapat result UPSR yang bagus dan dia ditawarkan untuk belajar di sebuah MRSM di Perak.syukur.

Dia jauh dengan keluarganya. Seingatnya, dia hanya balik ke kampungnya 5 kali dalam setahun itu.
Dan dia mula merasakan keluarnya sangat jauh darinya dan dia lebih suka bergaul dengan rakan persekolahannya.

2005-2008 :Disebabkan terlalu jauh, ayahnya telah berusaha agar dia ditukar ke MRSM di Kedah. Syukur, dia dapat tukar MRSM. Dekat dengan kampung sebelah ayahnya. Tapi masih dia rapat dengan rakannya. Membesar bersama rakan di asrama membuatkan dia banyak berkongsi pendapat, masalah suka dan duka bersama rakan-rakannya. Mengenal erti berdikari. Mengenal agama. Dia mula berubah. Dari tudung bawal ke tudung labuh. Dan dia selesa berpakaian begitu.

Mungkin kerana dia sangat rapat dengan rakan-rakannya, dia dianggap sombong bagi kebanyakan keluarganya termasuk sepupu dan ibu dan ayah saudaranya. Tapi dia cuba berubah.Satu sahaja tentang dirinya, dia tidak suka orang 'menegurnya' di belakangnya. Baginya, jika tidak berpuas hati, tegurlah di depan mukanya. Dia seorang bertudung labuh tetapi kelakuan dan percakapannya seperti lelaki. Pernah suatu ketika selepas raya dia memakai 'flat'(kasut perempuan bertutup tanpa tumit) tetapi ada kawan menggelarnya 'pondan'. Dia hanya mampu tersenyum tapi dalam hatinya sakit. Perempuan mana yang tidak tersentuh. Pada hari raya 2007, dia membeli kasut bertumit tinggi. Masih, ada keluarga yang gelakkannya. Dan dia terjatuh moto pada hari raya itu dan tumit kasutnya rosak. Perah terlintas dihatinya

"mengapa orang hanya mahu menilai, tetapi jika melihat perubahan seseorang, orang mengambil perubahan itu sebagai satu bahan untuk bergelak-ketawa".




Loading...

No comments: