Showing posts with label DIA. Show all posts
Showing posts with label DIA. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

MERDEKA !!

Salam alaik. # 9 Ramadhan

MERDEKA !!!
Bulan Merdeka kan ?? semangat lah ni.


Jalur Gemilang

Sekolah Rendah

Selalunya sambutan kemerdekaan di sekolah disambut pada bulan September memandangkan 31 Ogos, 1 Malaysia cuti kan?? Murid-murid mesti seronok punya pada hari tersebut sebab tak payah bawak beg berat-berat.hohoho


Waktu sekolah rendah,cikgu-cikgu akan memastikan semua murid membuat 'songkok merdeka' masing-masing termasuk perempuan. hehe. Maka, macam-macam rupanya. Bintang yang mempunyai 14 bucu sering menjadi masalah kepada pelajar untuk estimate ruang melukis. hehe (termasuk aku)



tegok songkok adik2 tu..dulu kami buat sendiri.

Lepastu, ramai-ramai pakai sambil memegang lirik lagu Sudirman dan menyanyi dengan sepenuh hati

Tanggal tiga puluh satu...
bulan lapan lima puluh tujuh...
(sambung)
Sebelum itu, tidak dilupa menyanyikan lagu kebangsaan kita. Lirik lagu kebangsaan digubah dan seni katanya ditulis oleh Saiful Bahri.



Lepastu mesti ada pertandingan melukis dan mewarna bertemakan Hari Kemerdekaan. Dan aku mesti tak menang sebab aku 'memang pintar melukis+mewarna'. HAHA


Haaa.. terlupa pulak, pakaian pada hari sambutan tersebut ialah baju kurung, cheongsam, sari, baju melayu dan banyak lagi. Jeans+top tak dibenarkan.


Panjang kan entry aku kali ini. Maka, isi terakhir ialah Bunga Raya warna merah itu yang mempunyai 5 kelopak itu melambangkan 5 rukun negara.Mungkin juga bagi kita (orang Islam) melambangkan 5 rukun Islam ^_^


ada sejenis ikan suka makan bunga raya ni...ikan apa tah??

ANDA PULA BAGAIMANA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DI SEKOLAH ??




nota : gambar dari En. Google
p/s : tahun ni yang ke-54 okeh..

Loading...

Thursday, August 4, 2011

Blog : Mari berbincang secara sehat

Salam alaik.. # 4 Ramadhan

Sebelum memulakan penaipan dengan lebih panjang, aku nak berterima kaseh kepada En RepublicAku (aku tak tahu nama sebenar beliau) kerana telah membuat entry yang sungguh mantoppp!! (ya aku sedang membodek) hoho.

Atas kecetekan ilmu aku, aku tak fahan sangat dan mula keliru dengan penulisan beliau. Tapi selepas berbincang dengan beliau dan Luqeem. Dah faham. hehe

Alhamdu Lillah, pada hari ini dunia maya terutama pada laman sesawang blog telah membuka minda aku untuk terus menjadi manusia yang kreatif dan kritis dalam berfikir. Kalau budak sekolah dipanggil KBKK. HAHA. *cukup skema ayat aku hari ini

Perbincangan dalam sebarang isu di dalam blog (di ruangan komen) menjadi semangat untuk sesiapa sahaja(blogger) untuk terus menekan papan kekunci bagi memastikan pembaca paham apa yang cuba penulis sampaikan(membalas komen). Harus diingatkan disini, orang yang komen sangat memberi impak kepada blogger.

Kalau komen

"saya sudah membaca!!"

"nice one" 
penulis sendiri tidak tahu respon sebenar pembaca. Penulis tidak tahu apa yang pembaca inginkan. hoho (bajetakubloggerterhebatkasinasihat)

Orang yang nak taip komen pula, janganlah terlalu  'garang' dalam menyatakan pendapat.. tetanjat boboi. Mungkin pendapat penulis dan penaip komen berbeza. Tetapi susunlah ayat supaya tidak ada pihak yang akan menganggap kita nak cari gaduh..

Lagi satu, aku yakin penulis langsung tidak memaksa pembaca menyokong bulat-bulat pendapat mereka. Kerana itulah, ruangan komen tersedia supaya kita sama-sama dapat bertukar pendapat dan membuat perbincangan secara sehat.



Loading...

Thursday, July 21, 2011

Jenis dia bila terasa hati atau kena marah...

salam alaik..

kepada :

GOLONGAN BERUSIA

dengan golongan ni biasanya dia kena marah la..tapi bila dia kena marah, maka dia terasa hati dan marah jugak sikit.
Sapa suka kena marah?? bagtahu aku...haha
ok...dia bila terasa, dia tak kan tengok muka orang tu jika orang tu cuba nak explain kenapa dia buat macam tu...contohnya orag tu marah2 melawak ja...ahhhaiii...nak buat macam mana, dia nak terasa jugak.
So, dia TAKKAN TENGOK MUKA ORANG TU. Dia tak bermaksud nak jadi kurang ajar pon, tapi dia risau air matanya akan mengalir. malu la kalau menangis depan orang kan?? haaaa...
Dan juga, bila orang yang buat dia terasa, dia akan diam. Jawab pon macam taknak jawab. Sila jangan paksa dia untuk bercakap..anda takkan faham sebab dia akan bercakap sambil nangis..hahahah..kesian.

GOLONGAN MUDA

Untuk golongan ni pula,
Dia ni selalu marah orang...hahaha..
Sebab golongan muda ni selalu bikin dia panas!!
Maka..kata2 yang 'sedap' lah yang akan disajikan..huhu
tapi kan...kalau golongan ni marah dia...welll!! dia akan diam..
Kalau dalam phone kena marah..jangan harap dia akan jawab apa2 soalan dr org yang marah dia tu...
ngada2 kan dia?? ya lah...dia terasa..apa boleh buat..pastu dia akan nanges....macam biasa lah..hahaha..
untuk pengetahuan semua..dia ni tak cukup matang lagi...hoho~

TAPI
percayalah..jenis dia, dia marah tak lama..
buat la apa pon kat dia...dia akan tak cakap dengan orang yg marah dia dan tak tengok orang yang marah dia paling lama 2 hari...
tapi dia senang maafkan orang..selepas sejam dia terasa hati dan nangis2, terus dia maafkan..
haaaa....memafkan lebih baek kan..

p/s : aku rasa sama ja jenis dia bila terasa hati atau kena marah dengan 2 golongan ni..hahaha


Loading...

Thursday, July 7, 2011

2009-201_ ??

Sambungan 2004-2008

2009 -201_: Dia di universiti. Dia sudah berubah. Tidak lagi memakai tudung labuh dan mula berjinak dengan shawl. Kata orang, perubahan biarlah makin lama makin bagus. Tapi tidak dia. Makin ramai kawannya, Makin banyak kerenah mereka. Dan dia tidak pernah salahkan rakannya jika dia berubah macam mana sekali pun. Baginya, perubahan itu, kita yang nak, Bila kita nak, kita akan beusaha kearah situ. Dia berusaha menjadi gadis lembut dan tidak kasar seperti dulu. Tetapi hanya mampu bertahan selama beberapa minggu. Tidak mengapa, orang sekeliling masih boleh menerima dia seadanya. Dan dia selesa dia seperti itu.

Tapi itu bukan persoalannya. Dia masih dinilai oleh orang sekeliling. Dinilai dari belakangnnya. Dan dia tidak suka sama sekali. Dia tahu orang melihatnya. Kini, dia sedang berusaha menjadi orang 'sempurna' kerana orang sekeliling mahunya menjadi sempurna tanpa ada cacat.


Loading...

2004-2008

Salam alaik.

2004 : Dia dapat result UPSR yang bagus dan dia ditawarkan untuk belajar di sebuah MRSM di Perak.syukur.

Dia jauh dengan keluarganya. Seingatnya, dia hanya balik ke kampungnya 5 kali dalam setahun itu.
Dan dia mula merasakan keluarnya sangat jauh darinya dan dia lebih suka bergaul dengan rakan persekolahannya.

2005-2008 :Disebabkan terlalu jauh, ayahnya telah berusaha agar dia ditukar ke MRSM di Kedah. Syukur, dia dapat tukar MRSM. Dekat dengan kampung sebelah ayahnya. Tapi masih dia rapat dengan rakannya. Membesar bersama rakan di asrama membuatkan dia banyak berkongsi pendapat, masalah suka dan duka bersama rakan-rakannya. Mengenal erti berdikari. Mengenal agama. Dia mula berubah. Dari tudung bawal ke tudung labuh. Dan dia selesa berpakaian begitu.

Mungkin kerana dia sangat rapat dengan rakan-rakannya, dia dianggap sombong bagi kebanyakan keluarganya termasuk sepupu dan ibu dan ayah saudaranya. Tapi dia cuba berubah.Satu sahaja tentang dirinya, dia tidak suka orang 'menegurnya' di belakangnya. Baginya, jika tidak berpuas hati, tegurlah di depan mukanya. Dia seorang bertudung labuh tetapi kelakuan dan percakapannya seperti lelaki. Pernah suatu ketika selepas raya dia memakai 'flat'(kasut perempuan bertutup tanpa tumit) tetapi ada kawan menggelarnya 'pondan'. Dia hanya mampu tersenyum tapi dalam hatinya sakit. Perempuan mana yang tidak tersentuh. Pada hari raya 2007, dia membeli kasut bertumit tinggi. Masih, ada keluarga yang gelakkannya. Dan dia terjatuh moto pada hari raya itu dan tumit kasutnya rosak. Perah terlintas dihatinya

"mengapa orang hanya mahu menilai, tetapi jika melihat perubahan seseorang, orang mengambil perubahan itu sebagai satu bahan untuk bergelak-ketawa".




Loading...