Showing posts with label HAHA. Show all posts
Showing posts with label HAHA. Show all posts

Friday, August 12, 2011

GA | Kad raya dari Solicious StoriNori

Assalamualaikum kawan-kawan. #12 Ramadhan sudaa...

nak habaq mai ni...ni nak mengurat Cik Solicious StoriNori dapatkan kad raya untuk tahun ini..


salam ramadhan untuk cik soly jugak!

hik3...last dapat kad raya waktu tingkatan 2 rasanya. Member-menber kasi..Eksited gila ni dapat kad raya.. Rasa mcm retisss gitu orang hantar kad raya...Tapi lepas tu raya tahun lepas ada jugak org hantar tapi x pos la..dia bagi by hand..tapi ok la..dapat jugak an...


Btw, oh Cik Soly....adakah potensi untuk saya mendapat kad raya? HAHA..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA !!



Loading...

Sejarah ini dipadam | Indon vs Melayu

Lokasi : Di sebuah perkampungan di Kedah Tua
Masa : Selepas Subuh adam
Masyarakat : Melayu + Indonesia


Cerita bermula apabila masyarakat Melayu di Kedah Tua menjemput masyarakat Indonesia untuk membuat persembahan tarian Jawa di sana. Sungguh asyik masyarakat Indonesia menari-nari dengan lemah lembut. Para jelita yang menari bersanggul dan memakai baju kebaya pendek sedondon semuanya. Sungguh ralit. Tetamu yang hadir sungguh terpukau dengan liang lintuk.





Punca :

Tanpa diduga selepas acara tarian, tiba-tiba ada seorang penari itu menjerit bahawa ada barang yang dibawanya hilang dan dia menuduh masyarat Melayu Kedah Tua lah yang telah mencuri. Masyarakat Melayu yang penuh dengan adat dan sopan terasa dicabar bila dituduh sebegitu. Maka pada malam yang ditemani purnama mengambang itulah menjadi saksi darah masyarakat Melayu dan Indon telah tertumpah di bumi Kedah Tua. Beberapa orang Melayu dilarikan ke Indonesia termasuk seorang perempuan jelita di kampung itu. Maka bermuram durja lah seluruh kampung.





Perkembangan :

Selepas empat kali purnama, perempuan yang jelita itu dapat melarikan diri semula ke Kedah Tua menaiki sampan yang dicurinya di tebing laut. Dengan bersaksikan kejora yang bertebaran di semesta, ombak badai dia tempuhi untuk kembali ke tanah tumpah darahnya. Mengikat selendang merah di pinggang sebagai simbol semangat membara.

Sampai di muara Kuala Kedah, dia terus berlari mencari rumahnya. Ibu dan tiga orang adiknya sedang dalam ketakutan kerana masyarakat Indonesia masih belum berhenti menyerang Kedah Tua dan negeri sekitarnya. Lampu minyak tanah sengaja dipadam bagi memastikan puak Indon tidak menyerang di rumah itu. Mereka semua terus berpelukan.Dan menangis dalam derita kebahagiaan.






Klimaks :

Malang tidak berbau. Puak Indon berjaya menghidu darah Melayu di rumah itu. Perempuan jelita itu sekali lagi dibawa lari ke Indonesia dan rumahnya terbakar dan seluruh keluarganya ditanam hidup-hidup. 


Pengakhiran :

Tiba-tiba aku terjaga dari mimpiku. Dan tamatlah peperangan itu.



p/s : jangan marah aaa...(aku rasa mcm tak jadi ja)
p/s2 : SELAMAT MEYAMBUT HARI KEMERDEKAAN !!!

sumber : mimpi+otak merapu


Loading...

Monday, August 1, 2011

Tarawikh, BF dan Hadith

Salam alaik..1 Ramadhan.
siapa tak sahur?? aku dah lapar ni.

ehemm..
tiba2 rasa macam tak biasa nak buat entry.

1. Kes tarawikh 8 atau 20 rakaat??
Jawapan aku yang hina  : Ikut kemampuan, kalau mampu buat 20 baguslah. Kalau tak larat, buat 8 pon boleh. Ingat perkara sunat, jangan sampai ada yang pengsan masa buat 20 tu. (ada ka orang pengsan stakat sekarang?) Yang buat 20, jangan nak berlagak hero nak pandang serong orang yang buat 8 tu. hoho. Lepastu, dah bagus buat solat sunat, jangan nak sesuka hati sesedap tapai ubi tinggal solat wajib. (lapar)

2. Isu nak tayang gambar GF atau BF dalam blog ??

Jawapan aku yang dina : Kes ni, senang ja cakap. Perempuan la yang ramai buat. Kauuuu!! BF aku hensem..Kau ade?? takde diam. Padan muka aku. Aku tadak BF hensem, kalau aku ada, aku pon nak letak jugak. Suweettt gituh kennnn?? haaa..meh aku nak tapak muka kau sedas. Simpan la untuk collection sendiri. Nanti kalau ditakdirkan korang clash, korang cerita pulak korang mencik la BF korang yang curang tu. Korang memang padai jaga maruah diri sendiri. Tahniah.

3. Isu ayat Quran kekal dan sahih tetapi Hadith ramai yang meriwayatkan, jadinya rasa macam was-was.

Jawapan aku bukan seorang ustazah : Isu ni senang ja, aku harap ramai lepas ni yang prihatin terhadap ciri-ciri periwayat hadith (thiqah, daya ingatan yang kuat dan bnyak lagi aku tak ingat). Lepastu, aku harap, jangan ada yang belajar sendiri tentang tafsir Quran dan Hadith. Korang berguru lah. Pastikan guru korang itu betul-betul berilmu ('alim dan jujur). Kang tak jujur, dia tipu korang pulak.hehe. Belajar sendiri belajar dengan sapa murid2?? YA, Syaitan walaupun bulan puasa syaitan dah diikat.


p/s : Kes dan isu diatas adalah yang aku suka bila aku blogwalking tadi. sekian. aku dah lapar.


Loading...

Friday, July 22, 2011

Annisa dan Poligami dan Origami

Salam alaik..dah jumaat yey!!esok cuti!!




o.o.o.o.o...kau lah penebus cintaku...oooooo..suria atas duniaku..
ku tak akan pernah bisa...lalalala~~ [dimana-dimana]
kekasihku di jalanan yang berliku..
disaat ku perlukanmu...lalala~[beribu sesalan]
haaaa...
sapa tengok TV3 slot SAMARINDA pukol 10.30 yang akan ada 3 kali iklan dan setiap iklan lebih kurang 5 minit ituu...??? yess..aku peminat ANNISA !!!
sangat seronok...Selalunya cerita Melayu akan habes dengan magic...Yang dah mati akan hidup semula...hahaha...*betul ka?
Tapi cerita ni akhirnya Faris(Zamarul Hisyam), Balqis(Rozita Ch Wan) meninggal...Balqis meninggal selepas koma beberapa minggu..
Dan Anna (Fiza Elite) yang merupakan isteri pertama Farid baru mengetahui yang sebenarnya Balqis adalah madunya. Balqis adalah kawan karibnya juga..Sangat sedih ok..


Dalam cerita ni tema nya bukan percintaan tetapi persahabatan.
Anna dalam cerita ni bagitahu Balqis sebelum meninggal, sekiranya Balqis memang mencintai Farid, Anna akan mempertimbangkan Balqis untuk menjadi madunya. (Anna memang tidak sanggup bemadu dengan sesiapa sebelum ni)
Kerana tidak dapat melahirkan zuriat buat suami tersayang, dia lebih rela dirinya dicerai jika Farid ingin berkahwin lagi.

Ok...THE END pasal Annisa.

Ceritanya sekarang..
Adakah perempuan diluar sana sanggup bermadu??tepuk dada tanya selera..
Aku memang suka makan madu tambah2 biskut Cornflake Madu..sangat sedap.

Kalau jawapan aku..
MENGAPA TIDAK??
Ya aku sanggup bermadu jika itu takdir aku.
Jika aku juga sama keadaanya seperti Anna (tidak boleh melahirkan zuriat buat suami tersayang).
Aku tak sanggup nak rampas kebahagiaan yag sepatutnya dimiliki oleh si suami (iaitu mendapat zuriat).
Biarlah dia kahwen tapi tolong, jangan ceraikan aku. iskiskisk...sedihhh wooo...macam kacang lupakan kulit pulakkk...

Apa masalah aku cakap pasal POLIGAMI?? tak..aku pon ada pendapat aku pasal poligami ni...
Kalau lelaki itu dah sanggup untuk berlaku adil, izinkan dia. Dia ada hak.Cewahhh...
Tapi kalau sebab semata2 nafsu dia nak kahwen lagi?? Sila ceraikan aku dan kahwenlah dengan mana2 perempua yang dia suka...wallah hualam..ini pendapat aku SEKARANG!!!

Origami??hehehehe..acan ja..



Loading...

Thursday, July 21, 2011

Jenis dia bila terasa hati atau kena marah...

salam alaik..

kepada :

GOLONGAN BERUSIA

dengan golongan ni biasanya dia kena marah la..tapi bila dia kena marah, maka dia terasa hati dan marah jugak sikit.
Sapa suka kena marah?? bagtahu aku...haha
ok...dia bila terasa, dia tak kan tengok muka orang tu jika orang tu cuba nak explain kenapa dia buat macam tu...contohnya orag tu marah2 melawak ja...ahhhaiii...nak buat macam mana, dia nak terasa jugak.
So, dia TAKKAN TENGOK MUKA ORANG TU. Dia tak bermaksud nak jadi kurang ajar pon, tapi dia risau air matanya akan mengalir. malu la kalau menangis depan orang kan?? haaaa...
Dan juga, bila orang yang buat dia terasa, dia akan diam. Jawab pon macam taknak jawab. Sila jangan paksa dia untuk bercakap..anda takkan faham sebab dia akan bercakap sambil nangis..hahahah..kesian.

GOLONGAN MUDA

Untuk golongan ni pula,
Dia ni selalu marah orang...hahaha..
Sebab golongan muda ni selalu bikin dia panas!!
Maka..kata2 yang 'sedap' lah yang akan disajikan..huhu
tapi kan...kalau golongan ni marah dia...welll!! dia akan diam..
Kalau dalam phone kena marah..jangan harap dia akan jawab apa2 soalan dr org yang marah dia tu...
ngada2 kan dia?? ya lah...dia terasa..apa boleh buat..pastu dia akan nanges....macam biasa lah..hahaha..
untuk pengetahuan semua..dia ni tak cukup matang lagi...hoho~

TAPI
percayalah..jenis dia, dia marah tak lama..
buat la apa pon kat dia...dia akan tak cakap dengan orang yg marah dia dan tak tengok orang yang marah dia paling lama 2 hari...
tapi dia senang maafkan orang..selepas sejam dia terasa hati dan nangis2, terus dia maafkan..
haaaa....memafkan lebih baek kan..

p/s : aku rasa sama ja jenis dia bila terasa hati atau kena marah dengan 2 golongan ni..hahaha


Loading...

Sunday, July 17, 2011

Dah mula menyampah

Salam...
ahad bertemu ahad...
aku memang malas nak update blog sebab ada sebab la kan.

aku sebenarnya menyampah tengok news feed atau any feeds kat Facebook..
rasa nak lempang Facebook...hahaha
Sebenarnya, aku minat jugak pasal politik.
Tapi aku tak la hebat macam mana orang lain kan..
Pasal isu Bersih 2.0 haritu..
aku igat dah habes...habes la..
adess..bole pulak drag sampai ke hari ini..dah seminggu la bhaaiii..
tak bosan ka??
nak buat status yang gempak Bersih 2.0,3.0,4.0 and infinity.0 ja...

Pastu drag sampai isu PRU-13.
Pastu buat page suruh PM rsign la, menyampah ngan Rosmah la, nak suruh Khairi berhenti la..
Apa yang matured sangat hampa ni??
Aku rasa Malaysia ada undang2..ingat main tengok undian FB ja ka...???HAHAHAHAHA
Lantak la kan...hampa kan pandai...

Lepastu bincang pulak pasal student nak kena buang universiti la apalah..
yelah..aku tak boleh nak larang..
akaun FB hampa...hampa punya sukalah kan..
Lagipon, gunalah FB sebaeknya sebagai satu wadah untuk berdiskusi dengan bijak dan adil..
x gituhhhhhh??

Aku pon gediklah nak share pasal Bersih 2.0 ni...
Ramai kan orang memaki hamun PDRM ??
Sembang lah kan, parents depa bukan Polis.
Hampa ingat semua benda hampa tahu..
Dan semua benda yang hampa tahu tu benda betul kan??
Lantakkkkk....asal hampa bahagia nak memaki org...keep it up..teruskan usaha..
Rasulullah memang suka umat yang memaki hamun ni..(pada yg slow ini sarcasm)

Dah tu jaaaa....
Jagan sampai pasal isu Bersih ni ada yang putus kawan sudahlah sebab tak sependapat..
Be profesional okehh??HAHA..

Salam nisfu Sya'ban..
Selamat berbuka puasa bagi yang brpuasa.
Selamat membuka buku baru...
 Adios...Salam alaik...




Loading...

Wednesday, June 22, 2011

Tak tutup Rambut dosa sekilo. Tak tutup Punggung dosa 50 kilo.



" Sy mgkin ta ttup rmbut sy, tp at least sy ttup bontot sy. Anda?"
[quoted]

Kat atas tu merupakan keratan status manusia 'gegirl' di FB. Aku terkejut kot. boleh pulak dia keluarkan statement macam tu?

Dia ingat kalau tutup rambut dapat dosa 1 kilo..pastu kalau tak tutup bontot dapat dosa 50 kilo ke??
sama ja la weh...hadoyaaiii...
pastu dah org bangkang status dia dan mintak dia delete status tu...dia boleh pulak nak keluarkan Article 10 Perlembagaan Persekutuan...

hah..gile kau!! Kau tahu tak Article 10 Perlembagaan Persekutuan??
Article 10 Perlembagaan Persekutuan : Kebebasan Bersuara.
mengikut apa yag aku faham, mungkin status dia bermaksud :
"ikut suka aku lah aku nak buat status apa pon..aku ade pakai akaun FB kau ke??"

Hebat kau dapat hafal perlembagaan persekutuan bagai...
Tapi aku rasa kau lupa Rukun Negara yang pertama : Kepercayaan kepada Tuhan.
Siapa Tuhan kau??Allah kan...
Janji Allah janji benar. Siapa yang bukak aurat akan dihukum dengan kehendak-Nya.(kecuali org yang bertaubat)
Tak kesahlah kau nak bukak yang mana satu pon kan..

Kot ye pon kau tak puas hati orang tu tuck in pastu nampak punggung, tapi tak payahlah kau buat statement
"Sy mungkin tak tutup rambut saya, tapi at least sy tutup bontot saya. Anda?"

apa masalah kau?? kau memang 'mengundang' lah.

Sama ja la weh...Kau tak tutup rambut ke, Kau tak tutup bontot ke, Kau pakai legging ke, Kau pakai tudung nampak leher ke..Aurat tetap aurat yang wajib ditutup bila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Aku rasa nak gelak guling-guling sebenarnya bila baca status dan komen2 kat status tu..HAHAHAHA!!

Apa-apa pun.Aku doakan aku dan kau mendapat hidayah supaya menjadi wanita yag solehah..inshaAllah..
Aku pon tak baik mana...banyak lacking lagi.. We all not perfect brada...but we can be better.
Wallah hua'lam bis sowab...


p/s : Aku mintak maaf kalau ada yang terasa.. Aku pon tengah perli diri sendiri sebab kadang2 kita tak sedar..kita pernah terfikir macam status tu.

Loading...

Wednesday, June 1, 2011

I am Heartbroken. Please Give Me Sit

Salam alaik..
Sedang aku melayan perasaan didalam bas RapidPenang semalam petang.

Tiba-tiba aku ternampak "sign" (kot) yang suruh kasi priority kat manusia yang kurang upaya.
apa??sign ja kan?? tapi aku teruja..nak buat macam mana.HAHA. Jom tengok kepada siapa kita MESTI bagi KEUTAMAAN untuk dapatkan tempat duduk dalam bas RapidPenang.


Warga Emas?? Kos Of !!

Ibu Mengandung?? Sangat patut !!

Parents yang ada baby/ anak kecil?? Tak kasi nanti budak tu mengamuk plak.

**********

*******

****

**

*

*

*

*

*

*
nampak tak yang kaler merah tu apa???

Haaa....untuk mereka yang PUTUS CINTA!!!!! =.="

Weyyyyyy...aku memang terus capai henset buruk aku dan snap gambaq2 tu.  Lantak la orang nak kata aku jakun pon :P
Aku rasa mugkin pihak Rapid nak letak 'sign' orang yang mempunyai masalah jiwa (mental ilnessess) tapi gambar tu serius aku jadi fikir 'sign' orang yang putus cinta. Mungkin orang putus cinta ni ada masalah jiwa jugak kot. Wallah hu'alam :) So semua, tolong ya

I AM HEARTBROKEN. PLEASE GIVE ME SIT

please give me sit in your heart..cecehhh..lawak saja...

okeh...aku rasa mcm aku sorang ja yang ambil serius benda ni..hehe

p/s : maaf..gambaq2 tu kurang cun sebab camera phone aku cikai

Loading...