Showing posts with label lovelovelove. Show all posts
Showing posts with label lovelovelove. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Berkongsi Rasa

Salam alaik. #19 Ramadhan

ahaaa..lama tak buat entry baru.
So, harini mari berkongsi rasa dengan saya~

Apa yang menyebabkan anda membuat pengakuan 'seseorang' itu ialah seseorang yg paling istimewa untuk awak semua??

sebab dia memahami awak?
sebab dia mencintai awak? (wekkkk!!)
sebab dia selalu buat awak tersenyum?
sebab dia selalu buat awak bahagia??

Eh, betul ka? awak benar-benar tahu maksud bahagia? ^^
Secara personal, BAHAGIA ialah berkongsi rasa

kongsi rasa menyampah
kongsi rasa geram
kongsi rasa baran
kongsi rasa cemburu
kongsi SEMUA rasa
dan tidak semestinya rasa 'seronok' sahaja.

bila awak-awak semua kongsi rasa ini, barulah bahagia itu akan datang dan anda akan saling menghargai kerana bukan calang-calang orang yang dapat berkongsi semua rasa dengan awak. Percayalah.



Mungkin anda kurang fahan dengan kaedah BERKONGSI RASA ini. Tapi setelah anda berjumpa dengan Mr Right atau Princess.. anda akan tersenyum :) Bila?? ouh...di luar bidang saya :)
Dan disetiap badai yang menimpa pada hari ini, ingatlah, disitulah kekuatan akan terbina.

Selamat Berpuasa !!



Loading...

Saturday, July 30, 2011

Mereka Bertanya

Mereka bertanya

Kenapa kau suka kan dia
Sebab dia adalah hidupku

Kenapa kau sayang dia
Sebab dia sayang aku

Kenapa kau suka dia
Sebab kami serasi bersama

Kenapa kau sayang dia
Sebab dia melengkapi aku

Tanyalah aku
Kenapa kau suka dia
Aku jawab kerana suka tidak memerlukan sebab

Kenapa kau sayang dia
Aku jawab kerna sayang juga tidak memerlukan sebab

Ia hadir tanpa dipinta
Ia pergi tanpa dipaksa
Ia kembali lagi dengan air mata
Ia pergi lagi, maka ia bukan milik kita.

Maka bersyukur dengan apa yang ada.
Kebahagiaan kita tak sama
Tak perlu dikejar, namun perlu dicari
Tak perlu memaksa, tapi memberi masa.

-A an-


p/s : Salam Ramadhan Kareem.


Loading...

Saturday, July 23, 2011

Majnun

Qais merupakan anugerah buat Laila
Laila adalah nyawa buat Qais

Biarlah terhalang kisah mereka
Qais masih menanti tanpa keluh

Laila sanggup menangis bertahun lamanya
Walau dirinya sudah sah dimiliki shabab lain

Qais hanya mahukan Laila
Laila mahu sehidup semati dengan Qais

Qais berpisah dari keluarga tersayang
Demi mencari cintanya yang jauh

Mengalirkan daun-daun kering di sungai
Mengharap Laila mencapai kasihnya

Qais yang dahulunya segak
Kini terbiar seperti bangunan runtuh

Runtuhlah hati mengharap disatukan
Namun hanya penantian sehigga mati

Qais menjadi majnun
Laila kini telah dikuburkan

Tetapi cinta mereka tidak mungkin kan terkubur
Walau keduanya telah pergi menghadap Ilahi...

-Qais Laila-




Loading...

Friday, July 22, 2011

Annisa dan Poligami dan Origami

Salam alaik..dah jumaat yey!!esok cuti!!




o.o.o.o.o...kau lah penebus cintaku...oooooo..suria atas duniaku..
ku tak akan pernah bisa...lalalala~~ [dimana-dimana]
kekasihku di jalanan yang berliku..
disaat ku perlukanmu...lalala~[beribu sesalan]
haaaa...
sapa tengok TV3 slot SAMARINDA pukol 10.30 yang akan ada 3 kali iklan dan setiap iklan lebih kurang 5 minit ituu...??? yess..aku peminat ANNISA !!!
sangat seronok...Selalunya cerita Melayu akan habes dengan magic...Yang dah mati akan hidup semula...hahaha...*betul ka?
Tapi cerita ni akhirnya Faris(Zamarul Hisyam), Balqis(Rozita Ch Wan) meninggal...Balqis meninggal selepas koma beberapa minggu..
Dan Anna (Fiza Elite) yang merupakan isteri pertama Farid baru mengetahui yang sebenarnya Balqis adalah madunya. Balqis adalah kawan karibnya juga..Sangat sedih ok..


Dalam cerita ni tema nya bukan percintaan tetapi persahabatan.
Anna dalam cerita ni bagitahu Balqis sebelum meninggal, sekiranya Balqis memang mencintai Farid, Anna akan mempertimbangkan Balqis untuk menjadi madunya. (Anna memang tidak sanggup bemadu dengan sesiapa sebelum ni)
Kerana tidak dapat melahirkan zuriat buat suami tersayang, dia lebih rela dirinya dicerai jika Farid ingin berkahwin lagi.

Ok...THE END pasal Annisa.

Ceritanya sekarang..
Adakah perempuan diluar sana sanggup bermadu??tepuk dada tanya selera..
Aku memang suka makan madu tambah2 biskut Cornflake Madu..sangat sedap.

Kalau jawapan aku..
MENGAPA TIDAK??
Ya aku sanggup bermadu jika itu takdir aku.
Jika aku juga sama keadaanya seperti Anna (tidak boleh melahirkan zuriat buat suami tersayang).
Aku tak sanggup nak rampas kebahagiaan yag sepatutnya dimiliki oleh si suami (iaitu mendapat zuriat).
Biarlah dia kahwen tapi tolong, jangan ceraikan aku. iskiskisk...sedihhh wooo...macam kacang lupakan kulit pulakkk...

Apa masalah aku cakap pasal POLIGAMI?? tak..aku pon ada pendapat aku pasal poligami ni...
Kalau lelaki itu dah sanggup untuk berlaku adil, izinkan dia. Dia ada hak.Cewahhh...
Tapi kalau sebab semata2 nafsu dia nak kahwen lagi?? Sila ceraikan aku dan kahwenlah dengan mana2 perempua yang dia suka...wallah hualam..ini pendapat aku SEKARANG!!!

Origami??hehehehe..acan ja..



Loading...

Wednesday, June 1, 2011

I am Heartbroken. Please Give Me Sit

Salam alaik..
Sedang aku melayan perasaan didalam bas RapidPenang semalam petang.

Tiba-tiba aku ternampak "sign" (kot) yang suruh kasi priority kat manusia yang kurang upaya.
apa??sign ja kan?? tapi aku teruja..nak buat macam mana.HAHA. Jom tengok kepada siapa kita MESTI bagi KEUTAMAAN untuk dapatkan tempat duduk dalam bas RapidPenang.


Warga Emas?? Kos Of !!

Ibu Mengandung?? Sangat patut !!

Parents yang ada baby/ anak kecil?? Tak kasi nanti budak tu mengamuk plak.

**********

*******

****

**

*

*

*

*

*

*
nampak tak yang kaler merah tu apa???

Haaa....untuk mereka yang PUTUS CINTA!!!!! =.="

Weyyyyyy...aku memang terus capai henset buruk aku dan snap gambaq2 tu.  Lantak la orang nak kata aku jakun pon :P
Aku rasa mugkin pihak Rapid nak letak 'sign' orang yang mempunyai masalah jiwa (mental ilnessess) tapi gambar tu serius aku jadi fikir 'sign' orang yang putus cinta. Mungkin orang putus cinta ni ada masalah jiwa jugak kot. Wallah hu'alam :) So semua, tolong ya

I AM HEARTBROKEN. PLEASE GIVE ME SIT

please give me sit in your heart..cecehhh..lawak saja...

okeh...aku rasa mcm aku sorang ja yang ambil serius benda ni..hehe

p/s : maaf..gambaq2 tu kurang cun sebab camera phone aku cikai

Loading...

Friday, April 29, 2011

LELAKI, TEGURLAH WANITA.

Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua..
disaat menaip entry ini, mungkin readers rasa aku touching bagai...tapi x pon..
dah lama aku nak bgtau perkara nii..SOAL HATI..
WANITA..

Ada diantara manusia diluar selalu mengatakan..apabila ada pasangan yang couple,
WANITALAH YANG DEMAND SEGALA-GALANYA..
 Perempuan itu sebenarnya tidak mahu untuk demand pada awalnya.
contoh demand :

CALL SELAMA 5 JAM SEHARI, 

MESEJ SEHARIAN SAMPAI TERTIDUR, 

JUMPA 2 KALI SEHARI,

 DAN MUNGKIN DEMAND UNTUK LELAKI TU PIMPIN TANGANNYA KETIKA MELINTAS JALAN.

dan lain-lain... dalam kata lain untuk mendapatkan perhatian 200%

Tapi ingin aku bagitahu disini..
Yang namanya perempuan ini sangatlah rapuh..
Serapuh biskut raya tu...yang sekali masuk mulut terus cair tu..

Dalam masa perhubungan antara dara dan teruna.
lama kelamaan. "feel of belonginess" (aku pakai dictionary aku sendiri, tolong la betulkan) atau rasa hak milik  semakin kuat..betul tak?
lepas tu, mula lah, si perempuan kalau tidak dapat mesej dlm masa sehari dari lelaki itu, dia akan terfikir seharian..

" aku ada buat silap ke??" 

"aku ni menyusahkan dia ka??"

"atau dia kehabisan kredit??"

"atau dia tidak mengingati aku?"

begitulah lebih kurang...dan lebih teruk kalau dia send mesej, si lelaki tidak reply. PERGH!!
waktu ni rasa mcm nak lempang laju2!! hahaha...
itulah perempuan...bukti hatinya rapuh...kurang sabar...
dia mungkin tidak memikirkan lelaki itu sibuk dengan study, kerja..atau sedang dalam masalah.
dan sesetengah lelaki "tidak melekap" dengan handset mereka seperti kebanyakan perempuan.

maka..Gadis itu dengan emosional yang melampau bagi mesej macam ni
" awak..saya dah banyak sabaq ngan awak ni...tapi tahap kesabaran saya ada batasnya. kenapa?? susah sangat ka nak reply mesej saya?? awak ingat saya ni tehegeh-hegeh kat awak ka?? awak yang mengorat saya dulu kan...wuteva..ikut suka awak lah..."

see?? adooyaiii..perempuan kan?? tapi ini lah dugaannya..perempuan ni nampak ja matang. tapi dia sebenarnya ingin dilayan seperti puteri jika si lelaki tidak dapat mengawalnya...ulang: JIKA SI LELAKI TIDAK DAPAT MENGAWALNYA. mengawal bukan bermaksud mengongkong. sila fahamkan :)

sepatutnya si lelaki perlu dan harus menegur si gadis dengan berhemah. pesan kat si gadis lembut-lembut. Insha Allah, gadis tu memahami. Seorang perempuan bisa menerima teguran. hehe.. contoh teguran:

" awak, kalau boleh janganlah send MMS gambar awak. Saya risau laen yang jadiknya..Saya sayang awak. Saya tak nak dengan benda-benda remeh ni akan merosakkan hubungan kita. Saya rasa awak faham maksud saya. "

" awak, saya bukan taknak mesej awak, Tapi jangan lah seharian kita bermesej. Nanti mungkin akan mengeruhkan hubungan kita dan mungkin akan menimbulkan perasaan yang "melampau" dalam hati kita berdua"

begitulah lebih kurang...
perempuan tidak demand pada mulanya.
tetapi lama-kelamaan...dia semakin sayang kepada lelaki itu dan rasa wajib lelaki itu memberi perhatian kepadanya. Mungkin dia terlupa, lelaki itu banyak tanggungjawab lain lagi :)

ini saja lah yang aku nak share.  Aku menulis berdasarkan pengalaman yang terdapat disekeliling aku.
Sepatutnya melengkapi antara satu sama lain adalah jalan terbaik.
Lelaki jangan teragak untuk menegur perempuan jika perempuan itu "terover". Aku pasti, lelaki ada pendirian yang lebih kuat dari perempuan :)




Loading...

Thursday, April 14, 2011

Lots of L.O.V.E.

Salam alaik n selamat petang...

 u may choose







untuk saya :;)

drawing also is a universal language..
tx to Mr Paint <3

Loading...

Wednesday, March 2, 2011

KAU MAWARKU...

SALAM ALAIK...entry pada kali ini hnyalah...

MAWAR...

ni ros putih...cantek kan...sejuk ja mata :)





hehehe..ni pulak mawar kuning..selalunya mawar kuning diberikan kepada sahabat dari seorang sahabat..



maaf ye...pic ni kurang sharp..mawar merah ni la yang selalu dijadikan bukti sang pencinta manusia.. :)



ni pulak warna biru...seperti yang kebanyakan sudah tahu..tiada satu pon tumbuhan berwarna biru..jadi ini yang fake..but i'm lovin it!!


hihi...purple in color...

yang ni pon fake...tapi hijau my faveret color..jadiknya, aku letak jugak!!

tu ja la yang aku nak tunjuk kat entry kali ni...
cantik kan bunga2 ni...
pokok renek ni susah jugak nak berbunga .kena pandai jaga n di manja..
kalau berbunga susah pulak dipetik..sebab berduri..almaklumlah cantek sangat...
hehehe..
kk..adios..!

Saturday, January 29, 2011

Saya Sayang Awak Sebab....

Assalamulaikum...buletin utama...hehehe..
lama noh aku x update..xpa2..
ada cita baek punya...

first and foremost...
hampa yg dok baca entry aku pada kali ini anti-couple x??
kalau 'YA'..tolong jgn baca..wahahaha...
dak aih..baca ja la...

macam ni..aku nak tanya kat hampa semua..
kalau hampa sayang kat seseorang....hampa sayang dia sebab apa??

sebab cun?
sebab baek?
sebab hensem?
sebab alim?
sebab kaya?
sebab pakai tudung labuh?
sebab pakai shawl?

kalau ada sebab2 yang seangkatan dengan senarai diatas...

SILA TINGGALKAN ORANG YANG ANDA KATA ANDA SAYANG KEPADANYA.

apa????aku kuang asam???tambah la asam...
nak tau kenapa aku suruh hampa tinggai org tu??
sebab jika hilang segala ciri2 itu ..MAKA....
akan luputlah kaseh sayang hampa pada org tu...

contoh...
"awek aku baek weh..pakai tudung labuh tu...siap pakai handsock kot"
(nauzubillah kalau awek hg berubah)...kalau awek hg tu tiba2 x pakai tudung...
hg sayang lagi x kat dia???hahahha..silap hari bulan..hg mintak clash ngan dia...
SEBAB : hg sayang kat tudung labuh dia ja..
hg x sayang pon kat dia..

lagi contoh... 
"pakwe aku hensem siot...memang aku rasa bangga lah kalau jalan gan dia...dah la anak org kaya..."(nauzubillah kalau pakwe hg tetiba accident n famili dia bankcrupt)...lepas accident..muka dia huduh gila...siap lumpuh lagi...pastu jatuh miskin...hg sayang lagi x kat dia??hahaha..silap2...hg p melwat dia kat sepital pon x kot...SEBAB : hg sayang kat hensem dan duet dia ja...hg x sayang pon kat dia..

sayang la kat seseorang kerana dirinya...
terimalah dia seadanya...
andai ada kekurangan...sama2lah melengkapi...

AMARAN!!!
TOLONG JANGAN NAK MEMANDAI NAK UBAH BUAH HATI ANDA (bukan isteri)

contoh : awek ni pakai shawl..tutup aurat..tapi pakwe dia...sikit punya kejam suruh dia pakai tudung labuh...awek dia pon ikut...bukan aku kata pakai tudung labuh tu kejam...tapi ingat...
AWEK:bukan hak mutlak pakwe lagi..
lagipun..hampa ingat kalau 1 hari nanti...hampa clash..hampa engat awek hampa tu nak pakai lagi ka tudung labuh??harapan la wey.. tau sebab apa..dia pakai tu pun sebab dia nak jaga hati hampa.
jadi... jgn nak memandai ubah2 anak dara org..mak bapak dia pon x bising...nak tegor sket2 bole kalau seksi...kalau dah kawen xpa.. ok...nak ubah apa pon..ubahla...tapi physically la..kalau secara personality??harapan la...HA HA HA!!!

btw...sayanglah Pencipta, Rasul, Guru, Ibu dan Bapa dahulu sebelum menyayangi yang laen (:

Tuesday, December 28, 2010

ABU DAN PE AH

Salam alaik...
latar masa : petang. 5.15 PM
latar tempat : wakaf dekat kolam ikan sebuah uni


PE AH : weh...ko ni ade masalah ape??


ABU : asal??nmpak cm aku ni bermasalah ke??


PE AH: aiii...ada jugak yg makan nasik pakai straw gan aku karang...


ABU : hek leh ko..asal emo sgt???ko marah ke aku x layan ko??


PE AH : eh..tau plak aku marah ko...


ABU : ah...xkan tatau...laaa...sori ah weh...aku busy seyh..


PE AH : ko pk ko punya busy je?aku punya bz nak sumbat mana??


ABU : sumbat je memane yg bole...(sumbat dlm mulut ko yg x benti becakap 2)


PE AH : maen2 plak mamat kerek sorang neh..ko x cntc aku, aku bole blah lagi wey..tp smpai mesej aku pon x reply..ape masalah???ko x suke aku..ckp..


ABU : weh! pe ah..ko ni bile nak matured..??aku pening la..ko egt ko je ke yg nak aku pikir..abeh, stadi aku, famili aku..aku tapayah pk??ko egt ko 2 bini aku ke??tapayah la weyh..kalau ko yg x tahan gan aku...ko bole blah...ko pk kepala ko je betul..semua nak kene ikot ko...ko pk bengang ko je??bengang aku nak letak mane??pajak gadai??


PE AH : (terkedu)


ABU : asal?ko nk nanges???nanges la..ko egt laku sgt air mata ko 2..ko kene paham la weh..kite same2 student. Ko x leh nak demand lebih dr aku..aku ni top up pon pakai duet scholar..xkan nak abehkan kat ko plak..kalau aku anak tokey kayu balak ke, xpe la...ceni la pe ah..skang ni kita buat haluan masing2...bukan aku ckp kita dah tadak pe2 hubungan..tp bg masa kat diri sendiri nak kenal diri sendiri...ko amek mase ko nak stadi ke, nak lepak gan member ke, nak bergosip ke...aku pon same..


PE AH : weh...smpai hati ko??


ABU : memang smpai la..dah ko buat perangai cm kanak2 ribena...ala pe ah..bukan lama pon..kita amek masa setahun ja...aku tau lama 2..aku pon rasa lama..tp aku dh pk sebaek2 baeknya..tu je lah..1 1 ja jln untuk kite...ko buat keje ko,,aku buat keje aku...ko jgn pk aku x syg ko..aku sayang...


PE AH : ko betul2 la weh...??


ABU : aah..aku tekad...aku yakin, kalau ada jodoh,kita jumpa balik...aku nak ko pun yakin..sebab jodoh pertemuan bukan terletak pada mesej, kol, dating suma tuh..ko skolah agama an...aku rase ko paham lebih..


PE AH : ok..kalau ko tekad..aku pon tekad ah...fine...aku mintak maaf kalau ko terase gan aku..


ABU : xpe...lepas ni blaja la..ok..aku blah dulu...jga diri elok2..chow!


PE AH : ok..ko pun..chow!


**************************************

heheheh..2 lah serba sedikit HIWAR/DIALOG antara 2 merpati...
di kala sedang belajaq ni..jgn terlalu megharapkan lebih2 dr pasangan anda..
masing2 perlukan ruang masing2..jgn ego...renung-renungkan..dan slamat beramal...
2lah dpt aku share serba sedikit..
still..Loading... *wink2*




derita merindu


mari minum KOPI CAP CINTA dulu...hik3...

Monday, November 29, 2010

HAPPY ANNIVESARIO!!!

SALAM ALAIK...

happy annivesario!

sanah helwah!

happy birthday!

selamat hari lahir!

sama ja suma benda kat atas 2.
yang penting!!
SEMOGA PANJANG UMUR

SEHAT2 SELALU

JANGAN TENSION2
 
BLAJAQ RAJIN2

kalau nak ucapan panjang2...heheheh..
semoga rahmat Allah senantiasa brsama 
semoga segala amalan diterima tetapi buatlah amalan itu sebaek n sesungguh mungkin
moga persahabatan kita akan kekal buat selamanya..
bukan setakat nafas terakhir..
tetapi sehingga berjumpa di syurga kelak..inshaAllah...
*macam sure2 ja aku masuk syurga..hehehe..
sebab 2 aku letak insha Alllah kat blakang ayat ni...hehehe

dah la...
malas nak type panjang2..bukan ada yang baca pon an..hua3...
k2..aku nak beli makan ni.
mek (farra nadya bukan nama sebenar) marah sebab lambat...

ok..eh..telupa plaks..
HAPPY ANNIVESARIO TOK SAPA EK??
sapa2 ja la..
janji besday dia 29 NOVEMBER 1991.
K. salam alaik.
:)

love,
PA
a.k.a.
padinni






Thursday, November 25, 2010

PUAS SUDAH...JALAN CHERITA PON BISA BERUBAH.

ditulis oleh Metamobile

Lirik:  Imran Ajmain / Sulu Sarawak
Komposer: Imran Ajmain
Gubahan: Eddie Marzuki

Verse 1

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Prechorus 1

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Chorus

jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Verse 2

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Prechorus 2

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Ulang Chorus

Bridge

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

Solo/Music Break

Ulang Chorus

Friday, November 5, 2010

KAMU...TERIMA KASEH

SALAM ALAIK..
hahahahaha..boring x??..asyik entry baru aku ja...padahal tadak benda yang best..lantak la..blog aku..aku punya pasal.hehehe
kali ni aku nak share tentang seorang rakan aku,sahabat aku, kawan aku yang aku sayangi dan yang paling penting aku HORMATI...
first of all...KAMU..TERIMA KASIH.

aku..afuan shah(bukan nama n ejaan sebenar) seorang yang tidak matang..aku akui itu.
aku hanya memikirkan, hanya aku seorag saja yg betul..
org laen x.paling aku tidak suka..aku sorang yang emosional..amat EMO.membuatkan aku meluat dengan diri aku sendiri..
contohnya...seandainya aku send mesej kat org n org tu lambat reply atau tidak reply..
aku amat bengang...see??mcm budak kan?hehe..tudia...AFUAN SHAH.
padahal aku x penah pk pon org yang aku send mesej tu sibuk ka,tadak kedit ka,tdoq ka..etc..blablabla..
dan banyak lagi kerenah budak2 aku..heheheh..

setelah aku menjumpai seorang hamba Allah yang aku sayang dan hormati..
aku bole highlite besday dia saja...dia lahir bulan NOVEMBER.(dia muda lebih kurang 6 bulan dr aku)
dia sedikit sebanyak telah menyedarkan aku..
yang buat aku respect member aku ni..dia sedarkan aku INDIRECTLY.
dia sedarkan aku..hidup kena banyak SABAR..
hidup ni kena banyak TOLAK ANSUR.
hidup ni banyak TANGGUNG dan JAWAB.
hidup ini TAK BOLEH MENDESAK dan DIDESAK.
paling penting..hidup ini kita kena YAKIN kepada ALLAH..bukan kepada yang laen..

dia tak pernah MARAH kalau aku lambat reply mesej dia.
dia tak pernah PENTINGKAN DIRI SENDIRI dlm menilai sesuatu.
segala apa yang dia lakukan..dia akan HABISKAN..means here..dia bertanggung jawab la kan.
segala apa yang dia pernah demand...dia tak pernah PAKSA aku sejak dari hari pertama kami kenal sehingga sekarang.
dan dia sangat yakin bahawa PERKENALAN kami akan berkekalan..
dia yang kugelar..MEMBER.
KAMU..TERIMA KASEH..

Sunday, October 17, 2010

TERHANTUK LA JUGAK...


aduss!!



SALAM ALAIK...
hari ni dh nak masuk minggu ke3 cuti sem bg CFS-ians..(bak kata luqman)
tp aku maseh x memperbaharui apa2 pon..
kenapa?
sebab malas..
sebab apa malas?
sebab lalai...
sebab apa lalai?
sebab selalu on9 menda merapu..
2 la jawpan yg bole aku kasi..

now..lets talk abt..TERHANTUK
TERHANTUK apa?
terhantuk dinding??
terhantuk pokok??
terhantuk dek perangai yg x molek..
2 la point kali ni..
bnyak la perangai x molek n kan...
cemerkap a.k.a. loglaq
gelak besaq bg perempuan cm aku neh
merapu..
bt menda LAGHA!!

hahaa..tp kali ni nak lebih specific terhantuk dengan org yg kita sayang..
huhuhu...(sengal)
bukan terhantuk kepala la..
tp terhantuk kasih sayang dengan org yg special neh..
hua3
ok..bila kita sayang org..kita mesti bnyak terikut dengan apa yg dia lakukan..
cara percakapan dia
mungkin jugak makanan kegemarannya
n.paling x tahan..pakaiannya(melampo2)
tau x dia 2 sapa ja?
dia noble person ka?
special tahap mana sgt dia?
apa beza dia dgn org laen?
sebab dia sayang kita lebih???
hahahahahhaha...hnya mmpu tergelak berguling2..
tapayah la ek smpai ekstrim cm2..

(sambung gelak guling2)

ceni la..
sebenaqnya...ada yang lebih menyayangi kita...
AMAT MENYAYANGI KITA...
manusia jugak..
yang akan menghembuskan nafas terakhir jugak
yang punya perasaan jugak..
kita pon amat menyayanginya...(2 apa yg slalu kita ucapkan la)
tp rasanya..xpulak kita ikut cara percakapannya
caranya berfikir
caranya bergurau
makanan kegemarannya
caranya menyayangi org laen..
caranya berpakaian..
muzik kegemarannya..
kenapa ek?
sebab kuno ka?
x sesuaila dengan peredaran masa..
hahahahah
bnyak bonar alasan ek..
tp..walau apa pon yg kita terpikir..
manusia 2 tapenah lupakan kita..
tapenah putus sayangnya pada kita..
tapi dia penah tinggalkan kita
tapi jugak...dia tinggalkan..WASIAT
see???
sayangnya dia pada kita an...

alaaa...hampa mesti dah tau sapa orgnya...
ya...
HE IS MUALLIM
HE IS AL AMIN
HE IS RASULULLAH S.A.W.

maka..terhantuk x anda???

adoii!!!terhantuk la jugak...

Thursday, September 2, 2010

done...merdeka!!!

merdeka!!
baru td ak submit esaimen komputer ak..
open office calc..
amat susah..
amat bengang...
tp sgalanya...settle..
nak dpt bapa 2..lantakla..
ak dah berusaha..
let Allah oi the rest..tawakal ja..
1 kemerdekaan yg nyata...

kemerdekaan lagi...
esok aku akn balik umah ak...
raya!!!!!!!!!

kemerdekaan yg paling ak terasa...
pada malam 31 ogos 2010...(di Jalan Kent)
maka ak sudah bebas dr jajahan budaya bukan melayu..(tx putra keleput sbb tenampak kesalahan n)
ak akan pastikan...
ak tak lagi terjajah...insyaAllah...

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN!!!

Saturday, August 14, 2010

IANYA TIDAKKAN PERNAH SAMA


bila ak sendiri yang mencari cinta itu..
terasa ia hilang dalam kabus yang tebal...
ia..tetap ada...tp kurang jelas...
sepertinya yang normal....jelas kelihatan...
tetapi cinta ini hnya di jiwa....
x terluah di bibir..hnya berbunga di hati...

terasa sakit sedikit kiranya begitu...
katamu semua yg dilakukan mesti punya sebab...
kadang2 terfikir...apa kau tidak merasakan apa yg ak rasakan?
tp tidak terucap dr mulutku ini...
kerna dia bukan milikku lagi...
yang halal bagiku mengucapkan rasa rindu dendam dan sayang berpanjangan..
ak hnya mampu menoleh padamu...dan ucapkan pada diriku sendiri...
terasa sakit bila bejauhan...
tersiksa rindu bila dipendam...
sambil menyeka air mata yang kian harinya memenuhi ruang mataku...
hangat~

tapi itulah dirimu...
yang tidakkan pernah sma dengan yang laen...
yang pernah singgah dihatiku...
yang pernah kukuh dijiwaku...