Friday, August 12, 2011

Sejarah ini dipadam | Indon vs Melayu

Lokasi : Di sebuah perkampungan di Kedah Tua
Masa : Selepas Subuh adam
Masyarakat : Melayu + Indonesia


Cerita bermula apabila masyarakat Melayu di Kedah Tua menjemput masyarakat Indonesia untuk membuat persembahan tarian Jawa di sana. Sungguh asyik masyarakat Indonesia menari-nari dengan lemah lembut. Para jelita yang menari bersanggul dan memakai baju kebaya pendek sedondon semuanya. Sungguh ralit. Tetamu yang hadir sungguh terpukau dengan liang lintuk.





Punca :

Tanpa diduga selepas acara tarian, tiba-tiba ada seorang penari itu menjerit bahawa ada barang yang dibawanya hilang dan dia menuduh masyarat Melayu Kedah Tua lah yang telah mencuri. Masyarakat Melayu yang penuh dengan adat dan sopan terasa dicabar bila dituduh sebegitu. Maka pada malam yang ditemani purnama mengambang itulah menjadi saksi darah masyarakat Melayu dan Indon telah tertumpah di bumi Kedah Tua. Beberapa orang Melayu dilarikan ke Indonesia termasuk seorang perempuan jelita di kampung itu. Maka bermuram durja lah seluruh kampung.





Perkembangan :

Selepas empat kali purnama, perempuan yang jelita itu dapat melarikan diri semula ke Kedah Tua menaiki sampan yang dicurinya di tebing laut. Dengan bersaksikan kejora yang bertebaran di semesta, ombak badai dia tempuhi untuk kembali ke tanah tumpah darahnya. Mengikat selendang merah di pinggang sebagai simbol semangat membara.

Sampai di muara Kuala Kedah, dia terus berlari mencari rumahnya. Ibu dan tiga orang adiknya sedang dalam ketakutan kerana masyarakat Indonesia masih belum berhenti menyerang Kedah Tua dan negeri sekitarnya. Lampu minyak tanah sengaja dipadam bagi memastikan puak Indon tidak menyerang di rumah itu. Mereka semua terus berpelukan.Dan menangis dalam derita kebahagiaan.






Klimaks :

Malang tidak berbau. Puak Indon berjaya menghidu darah Melayu di rumah itu. Perempuan jelita itu sekali lagi dibawa lari ke Indonesia dan rumahnya terbakar dan seluruh keluarganya ditanam hidup-hidup. 


Pengakhiran :

Tiba-tiba aku terjaga dari mimpiku. Dan tamatlah peperangan itu.



p/s : jangan marah aaa...(aku rasa mcm tak jadi ja)
p/s2 : SELAMAT MEYAMBUT HARI KEMERDEKAAN !!!

sumber : mimpi+otak merapu


Loading...

4 comments:

EyA edamanhatiku said...

hahak ada2 jer la cite ne
header engat btul tngah loading..upanya mang tula headernya..tkena daa hehe

Intan Aina said...

huh..semangat kot akak baca..
last2 mimpi jer..
siap trbayang2 lagi, ala2 cite Hikayat merong mahawangsa gitu..huhu

A'an said...

laa mimpi ker? Aiseh. tapi best laa :D

Afuan Shah said...

@edaman :hahha..biada..tricky skit...:P

@intan :hahahha...menjadi jugak la kak kan?? *wink!

@A'an :mimpi+ reka sendiri..best eh?tenkiu2!! :)