Wednesday, June 22, 2011

Tak tutup Rambut dosa sekilo. Tak tutup Punggung dosa 50 kilo.



" Sy mgkin ta ttup rmbut sy, tp at least sy ttup bontot sy. Anda?"
[quoted]

Kat atas tu merupakan keratan status manusia 'gegirl' di FB. Aku terkejut kot. boleh pulak dia keluarkan statement macam tu?

Dia ingat kalau tutup rambut dapat dosa 1 kilo..pastu kalau tak tutup bontot dapat dosa 50 kilo ke??
sama ja la weh...hadoyaaiii...
pastu dah org bangkang status dia dan mintak dia delete status tu...dia boleh pulak nak keluarkan Article 10 Perlembagaan Persekutuan...

hah..gile kau!! Kau tahu tak Article 10 Perlembagaan Persekutuan??
Article 10 Perlembagaan Persekutuan : Kebebasan Bersuara.
mengikut apa yag aku faham, mungkin status dia bermaksud :
"ikut suka aku lah aku nak buat status apa pon..aku ade pakai akaun FB kau ke??"

Hebat kau dapat hafal perlembagaan persekutuan bagai...
Tapi aku rasa kau lupa Rukun Negara yang pertama : Kepercayaan kepada Tuhan.
Siapa Tuhan kau??Allah kan...
Janji Allah janji benar. Siapa yang bukak aurat akan dihukum dengan kehendak-Nya.(kecuali org yang bertaubat)
Tak kesahlah kau nak bukak yang mana satu pon kan..

Kot ye pon kau tak puas hati orang tu tuck in pastu nampak punggung, tapi tak payahlah kau buat statement
"Sy mungkin tak tutup rambut saya, tapi at least sy tutup bontot saya. Anda?"

apa masalah kau?? kau memang 'mengundang' lah.

Sama ja la weh...Kau tak tutup rambut ke, Kau tak tutup bontot ke, Kau pakai legging ke, Kau pakai tudung nampak leher ke..Aurat tetap aurat yang wajib ditutup bila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Aku rasa nak gelak guling-guling sebenarnya bila baca status dan komen2 kat status tu..HAHAHAHA!!

Apa-apa pun.Aku doakan aku dan kau mendapat hidayah supaya menjadi wanita yag solehah..inshaAllah..
Aku pon tak baik mana...banyak lacking lagi.. We all not perfect brada...but we can be better.
Wallah hua'lam bis sowab...


p/s : Aku mintak maaf kalau ada yang terasa.. Aku pon tengah perli diri sendiri sebab kadang2 kita tak sedar..kita pernah terfikir macam status tu.

Loading...

Monday, June 20, 2011

Paham tak?

Salam...


Paham tak bila hari ni hari isnin??
so da lagi 4 hari aku kena kerja minggu ni

Paham tak bila aku kena kerja??
Kerja tak best ok

Paham tak bila kerja tak best??
Aku akan rindu untuk pergi ke kelas

Paham tak bila aku nak pi kelas??
aKu harap bulan 9 datang cepat-cepat..

Paham tak bila bulan 9 datang cepat-cepat??
maka cuti dah tiada...

Paham tak bila cuti dah tiada??
So, aku tiada masa untuk meronggeng...
Paham tak bila aku tiada masa meronggeng??
Maksudnya aku sentiasa busy dengan dunia universiti.

Paham tak bila aku busy dengan dunia uiversiti??
Aku akn kembali depression...

Paham tak bila aku depression??
Mood swing.

Tahu tak kenapa benda ni berlaku??
Sebab aku manusia yang lembab nak fikir yang tu semua rezki dan nikmat semasa sehat, masa lapang, masa muda dan semua...

Astagfirullah hal adzim..

Loading...

Sunday, June 19, 2011

KEBAHAGIAAN

BAHAGIA
ITU
TETAPKAN
ADA

JANGAN
DIKEJAR
TETAPI
CARI


Loading...

Tuesday, June 14, 2011

Tangis Melayu 2

sambungan entry Tangis Melayu

mode : medengar lagu Warisan

salam alaik...

orang Melayu mana tak tahu lagu ni ?
buat malu lah kalau tak penah dengar kan...
tapi aku rasa memang ramai bergelen tak tahu lagu ni...
Kalau yang penah pergi BTN mesti dah hafal lagu ni...
ouh...patutlah ramai yang tak reti hormat bangsa sendiri
sampai ada blog yang memaki bangsa ini...


Semalam aku tonton tv
Tekejut aku.
ada lagi belia Melayu yang tidak tahu maksud simpulan bahasa mudah
"Langkah Kanan" pon tak tahu.
Malu...siapa malu??
pakai baju macam berkemban tak malu pulak.haisshh..


Sedih...sedih...
Sejarah sendiri pon tidak mahu tahu...
Mana nak tahu gah orang Melayu dahulu...
Tun Sri Lanang, Mat Kilau dan Tok Janggut semua tu...
Kalau tak usaha mereka, kau tak duduk kat Tanah Melayu.


Kecewa..kecewa...
Melayu tinggal hanya kuasa..
Tapi sekarang sesama sendiri pon nak bertikam lidah...
Dekat mana??
Dekat laman sesawang politik...
Pemimpin ok saja...(ok ke?)
Penyokong yang dah porak peranda...
Orang Cina India dok gelak kat kita.
Mereka berkira-kira tidak lama lagi tanah ini jadi milik mereka.


Bangunlah..bangkitlah...
Orang Melayu tidak boleh lupa...
Nenek moyang kita kaya raya...
Tidak kira pemimpin atau rakyat biasa.
Tapi sekarang...??
Pemimpin pon miskin .... Rakyat juga merana...
Siapa tak mahu kaya bahasa dan dunia....
Kaya akhirat jangan pula di lupa.

klik untuk pembesaran



Loading...