Monday, December 27, 2010

Kalau Orang Khianat Dengan Kita...

Assalamulaikum...
selamat pagi Malaysia....
Alhamdulillah..malam td kita menang 3-0 dan seraya menewaskan Indonesia..
salah siapa Indon kalah??Markus???x juga...hik3..


Sebenarnya bukanlah itu mahu aku ngomelkan pada pagi 21 Muharram 1432 ini..
tetapi hajat dihati ingin berkongsi...
APA YANG PERLU DIBUAT ANDAI ADA YANG KHIANAT SAMA KITA.


1. pada mulanya selepas dpt tahu kes khianat itu, Istigfar banyak-banyak.

2. lepas tu tapayah amek tahu siapa yang buat khianat tu.bukan apa, risau kalau kita menyimpan dendam selepas itu.

3. kalau tertahu juga, maafkan sahaja kerana mungkin dia tidak sengaja. Biasalah manusia kan tidak sempurna.(+ve thinking)

4. tak payah nak susahkan diri nak reveal benda yang sebenarnya kepada org ramai atau org yang buat khianat itu sebab kalau dah jadik darah daging mereka, buat abeh air liur ja. Melainkan orang ramai bertanya,bolehlah kita perjelaskan perkara sebenar.

5. Akhir sekali, ucaplah Alhamdulillah kerana memberi ujian itu kepada kita.. Tandanya, Dia masih sayangkan kita.

huh~
khianat, dendam, egois, cemburu, sombong, bangga diri 
semua tu merupakan Penyakit Hati..
Jadi perlu diberi ubat untuk melegakannya..
Maka, berselawatlah anda dan beristigfarlah..
InshaALLAH.


selawat dan salam pada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.



mohonlah keampuanan dariNya.

2 comments:

Anonymous said...

nice sharing :)

Afuan Shah said...

tq weyh..biasa2 ja..improve penulisan.