Saturday, July 23, 2011

Majnun

Qais merupakan anugerah buat Laila
Laila adalah nyawa buat Qais

Biarlah terhalang kisah mereka
Qais masih menanti tanpa keluh

Laila sanggup menangis bertahun lamanya
Walau dirinya sudah sah dimiliki shabab lain

Qais hanya mahukan Laila
Laila mahu sehidup semati dengan Qais

Qais berpisah dari keluarga tersayang
Demi mencari cintanya yang jauh

Mengalirkan daun-daun kering di sungai
Mengharap Laila mencapai kasihnya

Qais yang dahulunya segak
Kini terbiar seperti bangunan runtuh

Runtuhlah hati mengharap disatukan
Namun hanya penantian sehigga mati

Qais menjadi majnun
Laila kini telah dikuburkan

Tetapi cinta mereka tidak mungkin kan terkubur
Walau keduanya telah pergi menghadap Ilahi...

-Qais Laila-




Loading...

6 comments:

. said...

qais laila = romeo juliet ;)

Afuan Shah said...

qais laila lagi hebat kisah cinta merka berbanding romeo juliet...
romeo juliet kisah motis..qais laila kisah benar :)

hamzah ian said...

cinta qais laila.. nice

ZORA said...

jiwang jugak..:)

si pujangga said...

Cinta Qais dan Laila banyak dirakamkan dalam kitab-kitab syair dalam pelbagai budaya... Sebenarnya, cinta Qais kepada Laila adalah simbolik cinta manusia kepada Allah S.W.T.

Afuan Shah said...

@hamizah ian dan @zora : hohoho...best kan cinta depa ni..

@si pujangga : waaa..pujangga sudah kembali..kini aku harus mengundur diri...demi memberi jalan kepada yg mengerti :P